PKR Intai “Kuda” Baharu

Share


tun-m-berkudaKelangsungan sesebuah parti politik adalah bergantung kepada sokongan pengundi, yang mana kuasa undi tersebut bakal memasyhurkan di mana parti itu bakal berada di dalam hirarki kepimpinan, atau pentadbiran jika memenangi pilihanraya.

Dalam proses meraih sokongan, jentera parti memainkan peranan penting dalam memastikan gerak kerja meraih sokongan rakyat. Jentera parti, suka atau tidak, bilangan adalah penentu kelancaran, kerana gerak kerja ini memerlukan kerahan tenaga yang besar terutamanya menjelang pilihanraya umum.

Namun begitu, ada juga parti-parti yang mampu mengetuai gabungan, dan mendapat pulangan politik lumayan hasil kebijaksanaannya berpolitik, dengan memanipulasi sekutu-sekutu yang lain.

Paling jelas, bagaimana PKR mampu meletakkan dirinya sebagai pemain utama, sedangkan jika dilihat kepada gabungan mereka sebelum ini (termasuk PAS), parti pimpinan Wan Azizah ini boleh dikatakan antara parti yang paling lemah dari segi kekuatan jentera, kecuali di Permatang Pauh.

Menyedari statusnya itu, PKR dilihat bijak menjalinkan kerjasama dengan semua parti pembangkang dalam usahanya untuk mengekalkan pengusaaan, terutamanya di Selangor. Hakikatnya, sehingga kini mereka masih bertahaluf siyasi dengan DAP dan PAS, sekalipun dua-dua sekutu tersebut telah isytihar perang terbuka di antara satu dengan lain. Calon-calon mereka sebelum ini mendapat sokongan dari pengundi DAP dan PAS.

PAS misalnya, bukan sahaja sekadar penyokong, tetapi menjadi “kuda perang” dalam memastikan hal-ehwal pengurusan pengundi berjalan lancar di kawasan PKR bertanding. Jika situasi politik Selangor masih lagi kekal, tidak mustahil kita dapat melihat sekali lagi, setelah berkali-kali, bagaimana PKR menggunakan segenap penjuru dan peluang untuk memaksimakan jentera PAS Selangor.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Saifuddin Abdullah tidak menolak kemungkinan bahawa PKR akan bekerjasama dengan parti yang bakal diterajui oleh Shafiee Apdal sungguhpun PKR sendiri telah kehilangan kerusi Parlimen Penampang yang telah isytihar keluar parti dan sertai Shafiee. Itu belum lagi desas desus bahawa kerusi DUN Moyog (PKR) juga bakal mengikuti jejak Penampang.

PKR tidak rela hilang penguasaannya ke atas rakan-rakan sekutu. Maka pendekatan yang diambil memang bijak, iaitu memastikan terjalin usahasama sebelum melangkah ke fasa berikutnya; manipulasi. Pribumi, Amanah dan parti pimpinan Shafie, 3 “kuda” baharu yang masih belum terlambat untuk ditunggang.

Kalau Superman DAP sudah memberitahu dengan jelas siapa yang perlu diperkuda, tak mungkin PKR berdiam diri sahaja.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *