DAP, PKR Nak Anwar, Mahathir Nak Muhyiddin, ‘Berperang’ Lagilah..

Share


facebook_1474955082483

BELUM pun sebulan parti Pribumi ini ditubuhkan secara rasmi, Pengerusinya Mahathir sudah mengumum bahawa Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu menang dalam PRU14 yang akan datang.

Terbatuk-batuk gamaknya Anwar yang merengkok dalam penjara melihat usahanya menyatukan (atau saling menggunakan) parti-parti pembangkang selama bertahun-tahun sejak 1998, ‘dihijack’ dengan begitu mudah oleh Mahathir yang sememangnya dikenali sebagai kepala hijack segala benda.  Walaupun ada TAPI dibelakangnya tapi pedulikanlah, sebab tak relevan dengan situasi semasa.

Yang penting, dengan parti Mahathir tak boleh menang pilihanraya sendirian, sudahkah perkara ini dibincangkan dengan parti pembangkang yang lain?  Kita pun tak tahu bila yang Mahathir berjumpa dengan semua parti pembangkang sebelum buat pengumuman ini atau ia adalah seperti Mahathir yang biasa, MyWay or No Way at all.  

Kedudukan parti Mahathir itu sendiri berbanding parti pembangkang utama lain pun masih belum dapat dipastikan, nak cari ahli masih terkial-kial, tapi cakap begitu megah sekali sehingga boleh menamakan bakal Perdana Menteri sendiri, seolah-olah semua 3 juta ahli UMNO ini, pindah masuk parti dia saja lagaknya.

Betul, kalau ikut peraturan hari ini. Anwar tak boleh terlibat dalam politik selama 5 tahun selepas dibebaskan dari penjara, tapi bukankah pembangkang bercadang melakukan sesuatu mengenai perkara itu atau paling tidak memilih seorang yang mereka percaya sebelum Anwar mengambil alih?  Datang mana pulak Muhyiddin dalam hal ni, parti dia pun tak sampai sebulan ditubuhkan?

Sebab itu respon dari PKR, DAP, PAS dan lain-lain selepas ini sangat ditunggu, terutama dari PKR.  Nak dengar apa Wan Azizah kata dan apa Azmin akan kata, mesti syok ni.

Tapi rakyat boleh menjangkakan keadaan tidak stabil di kalangan parti-parti pembangkang dengan cadangan ini sahaja – belum cerita benda-benda lain lagi.

Apa pun, satu hal yang pasti, sejak Mahathir menubuhkan parti sendiri ini, apa yang keluar setakat ini hanyalah cerita berkaitan Perdana Menteri.  Anaknya Mukhriz kelmarin, bercakap Perdana Menteri (kalau mereka menang) hanya dihadkan selama 2 penggal sahaja, Mahathir pulak hari ni mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri kalau pembangkang menang.

Mana cerita tentang rakyat?  Kita rakyat ni tunggul nak kena penuh kemahuan dia sajakah?

Sedangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, hari-hari bercakap tentang rakyat, MRT, bajet 2017 dan sebagainya, semua ini tentang rakyat dan segalanya rakyat.  22 tahun kita jadi tunggul, sudah-sudahlah tu.



5 thoughts on “DAP, PKR Nak Anwar, Mahathir Nak Muhyiddin, ‘Berperang’ Lagilah..

  • September 27, 2016 at 3:28 pm
    Permalink

    Boleh diumpamakan dua sahabat yang mahu tubuh company. Sorang ada duit untuk dijadikan modal , yang sorang lagi tak ada duit tapi ada contact untuk dapat projek. Si A , Funder cakap selalunya funder (pemberi modal) dapat 70% dari profit bersih syarikat dan B dapat 30% saja walau pun dia beri contact.

    Si B tak puas hati kerana dia fikir kan kearah 50/50 kerana katanya mereka berdua sama2 main peranan. Kalau A ada duit, contact tak ada, bisnis tak jalan. A pulak kata, B ada contact tapi tak ada modal, bisnis pun tak jalan. Mereka mula bergadoh start dari dalam kedai kopi bawak ke tepi jalan. Kedua2 tak mahu mengalah, masing2 70%, 50%, 70%, 50% sampai muka naik merah. Kerana tak tahan si B genggam penumbuk nak cepuk si A.

    Kebetulan masa itu lalu lah seorang kenalan cuba leraikan dan bertanya apa hal sampai nak bergaduh sedangakan mereka berkawan sejak sekolah tadika Buzibiz lagi. Mereka pun cerita dari awal sampai akhir. Tanya kawannya itu…ofis sudah bukak ke belum, sudah register ROS ke, apa nama syarikat ?

    Kedua2nya jawab… belum lagi.
    Rakannya tambah… kalau belum eloklah tak payah bukak langsong. Kalau masa belum start pun sudah bergadoh, dan berjalan nanti lagi parah.

    Mereka bertiga pun bersalam2an dan balik kerumah masing2, syarikat tak ada, bisnis tak jadi.

    Diatas itu merupakan pengalaman benar penulis tentang 2 rakan berbangsa India banyak tahun dulu, yang akhirnya tak jadi buat apa2. Salah seorang dari mereka sudah pun mati dibunuh oleh adiknya sendiri.

    Reply
  • September 27, 2016 at 5:05 pm
    Permalink

    mudahnya mahathir umum si sembab sebagai PM, memang sah hilang akal orang tua ini

    mahu si sembab menjadi PM memerlukan perbincangan & persetujuan terlebih dahulu yang ramai orang tahu terlalu berat & terlalu sukar untuk sekutu parti cap bunga mencapai persetujuan itu

    Reply
  • September 27, 2016 at 10:47 pm
    Permalink

    Mereka berebut jawatan yg tak ada utk mereka ,biarkan lah.Tak salah ,tak ada undang-undang melarang mereka berebut.Asalkan kita jangan tertipu lagi dengan org yg bernama Mahathir.

    Reply
  • September 28, 2016 at 12:40 am
    Permalink

    Bolahkah dikatakan ini Angan-Angan Mat Kapor, belum tentu menang lg dah sibuk namakan bakal PM…

    1. Apakah PPBM bunyi mcm Persatuan Bekas Prajurit sudah menguasai puak pembangkang, yg telah diasaskan oleh Anwar Ibrahim menyatukan PKR,DAP dan PAS via PR pada PRU12 n 13 kemudianya transform jd PH tanpa PAS yg berpecah arang dengan DAP?.
    2. PAS juga telah menolak utk kerjasama dengan Parti baru tajaan Mahathir..
    3. Mgknkah Mahathir begitu cenderung utk menamakan Muhyiddin sebagai PM Sementara bagi memudah/membolehkan Mukrix bila2 masa ambil alih jawatan itu?. Soalnya siapa Mahathir bagi menentukan kepimpinan negara ini yg sebenarnya terletak ditangan rakyat @pengundi utk membuat pilihan muktamad dan menentukannya!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *