22 Tahun Ansara Di Bawah Mukhriz Tanpa Impak Besar, Bila Mahu Bersara

Share


1. Pendedahan M Sallah semalam bahawa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sudah menjadi Presiden Persatuam Bekas Pelajar Maktan Rendah Sains Mara (Ansara) selama hampir 22 tahun sangat mengejutkan.

2. Sejak sedekad lalu kita hampir tidak mendengar apa-apa peranan besar Ansara program kemasyarakatan dan MRSM sendiri.

3. Lebih mengejutkan, Mukhriz yang mencadangkan supaya mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sendiri gagal menunjukkan teladan yang sepatutnya. Setelah 22 tahun menerajui Ansara, Mukhriz memaklumkan kepada jawatankuasa Ansara bahawa beliau akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan akan datang. Bapa borek anak rintik; “like father, like son”.

4. Mukhriz telah membuat keputusan membabitkan diri dalam “peperangan politik”. Ia sesuatu yang wajar dikagumi. Namun sudah seiring dengan keputusan menentang pentadbiran sedia ada wajarlah Mukhriz melepaskan jawatan Presiden Ansara.

5. Selama Mukhriz dengan Ansara dengan pelbagai jawatan dalam kerajaan pun beliau gagal untuk mengangkat persatuan terbabit sebagai pemangkin agenda masyarkat. Justeru apa yang boleh disumbangkan oleh Mukhriz kepada Ansara selepas beliau menjadi ahli politik yang mempunyai agenda peribadi dan kelompok di luar kerajaan.

6. Khabarnya, Mukhriz sudah berkira-kira mahu memperkudakan Ansara untuk kepentingan politik partinya yang baharu ditubuhkan. Adakah beliau tidak ada sedikit pun sikap ahli politik budiman untuk melepaskan jawatan tersebut kepada mereka yang lebih akrab kepada kerajaan?

7. Ansara ditubuhkan sebagai sebuah persatuan untuk bekerjasama dengan “the government of the day” bagi membantu mengembangkan potensi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memberi sumbangan kemasyarakatan kepada negara sebagai “membalas budi” atas pendidikan yang mereka terima.

8. Sebab itu sejak dahulu lagi, pemimpin-pemimpin pembangkang kelahiran MRSM pun tidak pernah berhasrat mengambil alih Ansara kerana mereka mahu Ansara kekal sebagai ngo yang boleh mempunyai hubungan kerja yang mesra dengan kerajaan.

9. Malangnya, Mukhriz bakal membawa Ansara ke kancah pergelutan politik yang tidak perlu dan bukan agenda asal penubuhannya.

10. Bersaralah Mukhriz dari jawatan Presiden Ansara. 22 tahun satu perjalanan yang panjang tanpa sebarang tanda besar dalam perkembangan Ansara. Sampai bila mahu bergantung kepada nama bapa dan aura politik bersih tanpa sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan.

11. Sudah tiba masanya Ansara mendapat kepimpinan baru yang mempunyai idea dan kesungguhan untuk menyumbang kepada masyarakat bukannya kuda tunggangan peribadi.



4 thoughts on “22 Tahun Ansara Di Bawah Mukhriz Tanpa Impak Besar, Bila Mahu Bersara

  • September 27, 2016 at 2:28 pm
    Permalink

    Paku dulang paku serpih
    Cakap boboi dikurangkan 2 penggal
    Tapi bapak dia sendiri dan dia plak melebih
    Parokkkk

    Reply
  • September 27, 2016 at 3:08 pm
    Permalink

    harap para ahli tahu & berani menunjukkan mukhriz pintu keluar dari ANSARA
    tujuan/matlamat/agenda penubuhan ANSARA sahaja yang penting
    tujuan/matlamat/agenda peribadi si botak lahanat yang ternyata seorang hipokrit cakap tak serupa bikin tidak penting

    Reply
  • October 1, 2016 at 12:14 pm
    Permalink

    Biar le Mukhriz tu jadi ketua ANSARA sampai bila2 pun, bak kata orang “ada aku kisah”. Memang itu saja taraf dan layak dia nak jadi pemimpin. Kalau nak berubah nasib pun mungkin lepas Mahathir dah tak de…..

    Reply
  • October 7, 2016 at 11:32 pm
    Permalink

    Jangan di perambat keluaq boboi ni kelak nanti merajuk bertahun2, pos tu ja yg diya ada.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *