Melayu Akan Berubah Jika UMNO Tewas?

AFF6192

Seronok juga penulis dengan ‘auta’ Syed Saddiq yang dikatakan berdialog dalam satu program anjuran Sinar Harian semalam. Khabarnya, dia berhujah mengatakan jika UMNO tewas pilihan raya, maka bangsa Melayu akan ‘berubah’.

Dia memperkuatkan hujahnya dengan memberi contoh parti yang memerintah selama 5 dekad di Jepun, LDP, yang tewas di tangan DPJ pada pilihan raya di negara berkenaan pada 2009. Kononnya selepas itu bangsa Jepun ‘berubah’.

Terlintas di fikiran penulis, apakah benar jangkaan Syed Saddiq itu? Atau ia hanyalah semata-mata pandangannya sahaja. Yakin sungguh ‘budak hingusan’ itu dengan teorinya, bagaikan sudah berpuluh-puluh tahun mengkaji sikap bangsa Melayu dan terlibat dalam kancah politik negara.

Apakah benar Melayu akan berubah jika UMNO kalah? Pada penulis, ia merupakan satu perkara yang sangat subjektif untuk diputuskan. Jawapannya mungkin benar dan mungkin tidak. Namun Syed Saddiq nampak yakin sangat denga ideanya itu…

Siapa kata UMNO tidak pernah tewas? UMNO pernah tewas di Kelantan. UMNO pernah tewas di Terengganu. UMNO pernah kalah di Perak dan Kedah. Malah BN juga kalah pada DAP di Pulau Pinang dan Selangor sehingga hari ini.

Apakah Melayu di Kelantan berubah? Apakah Melayu di Terengganu, Perak dan Kedah berubah selepas PAS mengambil alih, dan berubah semula setelah UMNO merampas kembali negeri itu? Bagaimana nasib Melayu di Pulau Pinang dan Selangor? Apakah mereka ‘berubah’?

Jika berlaku perubahan, sudah tentulah ia akan berubah kepada sama ada positif atau negatif? Untuk kekal ditakuk yang sama, ia tidak boleh ditafsirkan sebagai berubah. Cuba lihat bangsa Melayu di negeri-negeri yang dikatakan penulis dan fikirkan sendiri jawapannya.

Syed Saddiq perlu buktikan sikap, ciri-ciri dan tabiat semulajadi orang Melayu adalah sama seperti orang Jepun. Sosio-budaya dan sosio-ekonomi pun perlu diperincikan seteliti mungkin untuk diperbanding bagi membentuk persamaan. Melayu sama seperti orang Jepun?

Paling utama, apakah politik di Jepun sama dengan budaya politik di Malaysia? Bagaimana dengan ahli-ahli politiknya? Berapa puluh tahun Syed Saddiq kaji Shinzo Abe? Jika hanya dapat maklumat dari wikipedia atau sebuah buku saja, ‘balik kampung tanam jagung’ sajalah…

Pada pandangan penulis, jika itulah pandangan Syed Saddiq, maka penulis rasa lebih wajar pandangan itu dibakul sampahkan sahaja. Analoginya hampir sama jika penulis samakan seperti orang Amerika Syarikat akan berubah lebih Islamik jika Donald Trump jadi Presiden. Belum jadi Presiden pun sudah tunjuk anti-Islam, bukan?

Jadi penulis harap, Syed Saddiq simpan sedikit ‘kebijaksanaannya’ yang ‘terlebih bijaksana’ itu di dalam seluar. Jika mahu londehkan seluar sendiri pun, tunggulah masuk ke tandas atau berada di dalam bilik. Malulah kalau terlondeh depan orang ramai, kan?

12 thoughts on “Melayu Akan Berubah Jika UMNO Tewas?

  • August 31, 2016 at 7:55 am
    Permalink

    Budak ini jenis spesis Hisham Rais. Sikap menentang Dari zaman belajar. Belajar sekerat Jalan ke tengah tidak ketepi pun tidak .

    Bukan tujuan memandang kecil kearah spesis jenis ini tapi kalau kau jenis productif, jenis pejuang kental Dan amalkan apa yang Dia percaya Dan pegang Dari awal hingga akhir atau satu2 pegang an… Sekurang2 Ada satu dua ciri yang boleh kita tabik Dan admire. Malangnya mereka ini jenis parasite yang merempat. Buat apa kena merempat hanya kerana mesti menentang . Anti pembangunan . Segala apa yang orang lain buat tidak setuju.. Apa yang perlu dbuat tak pernah tahu.

    Reply
  • August 31, 2016 at 8:50 am
    Permalink

    …berapa cgpa budak ni…

    Reply
  • August 31, 2016 at 9:42 am
    Permalink

    diyo sajo nak glamo sbb bakat ini jo yg ado, dapek jugak makdey spesis samo boleh stim2 samo.

    Reply
  • August 31, 2016 at 10:49 am
    Permalink

    Sadiq segaraga budak baru bertatih dah nak lawan lari ngan husin bolt. Dia ingat dia tahu apa itu Malaysia dan apa itu Jepun,tak heranlah org mcm dia anti melayu sbb dia bukan org melayu. Elok dia balik ke negara asal usul dia negara arab. Politik di Mlaysia n Jepun amat berbeza. Di Jepun parti mana yg menang sekali pun tetap dikuasai org Jepun sedangkan kita berbeza kekalahan parti Melayu akan menyebabkan huru hara kepada bangsa teras negara ini iaitu org Melayu. Sadiq segaraga bacalah sejarah ketika Jepun kalah 3 hari bangsa lain memerintah Malaya sebelum kembalinya British ke Malaya. Apa yg telah dilakukan oleh bangsa itu terhadap org melayu mungkin sadiq segaraga tak terasa sbb dia bukan melayu dia sama dgn Tun sebab itu ramai org yg menentang UMNO adalah org2 jenis nie.

    Reply
  • August 31, 2016 at 11:37 am
    Permalink

    Mula2 diberi tarikh Sept 15 untuk PM di paksa Turun . Lepas tu semua ghairah tentang 22ogos. Apa yg berlaku di tarikh itu dalam bayangan mereka, kita sendiri pun tak tahu. Tapi semua Nya hebat2 berlaka hingga buatkan kita percaya bahawa itu semua bukan kerja jenis spontan tapi terancang .kiini sebagai edisi terbaru TPM Akan disingkir, Hisham Akan ganti.

    Sekejap lepas itu Hisham Akan jadi PM kerana Najib sudah lari ketika itu. Cantik sungguhnya naratif yang dilakar Oleh manusia yang diberi Nama zaid Mat Arip seiras dengan zaid ibrahim.

    Kedua zaid ini sema tahu siapa mereka. Hidup mereka merimpat kecuali Zahir lawyer itu mungkin tak payah merimpat .suara tak di dengar, rintihan tak dihirau .

    Reply
  • August 31, 2016 at 11:47 am
    Permalink

    Beliau belajar dari apa yg diajar…
    Kita sering diajar supaya berfikir diluar kotak…
    Biar dia bercakap sepertimana apa yg difikirnya…
    Kita mahu negara ini maju…
    Tapi pemikiran anak muda disekat…
    Pemimpin UMNO cuma mahu pemikiran mereka sahaja betul…
    UMNO mahu menerapkan mitos mereka sahaja…

    Reply
  • August 31, 2016 at 11:54 am
    Permalink

    Melayu akan lebih rajin. Akan lebih menghayati Al Quran. Akan kurang rasuah, curi duit rakyat dan pecah amanah. Insha Allah!

    Reply
  • August 31, 2016 at 2:56 pm
    Permalink

    jepun dulu lebih hebat dari jepun sekarang…

    Reply
  • August 31, 2016 at 6:00 pm
    Permalink

    kalau Umno kalah ,pribumi akan ganti Umno,melayu akan berubah balik jadi seperti zaman pemerentahan Mahathir,berlumba jadi kroni utk senang lenang.kalau melayu nak jadi rajin sekarang pun dah boleh jadi rajin.cer tukar polisi umno ,jadi kan tujuan nya utk membantu orang cina,apakah cina akan jadi pemalas dan mundur.orang melayu pula akan jadi kayaraya.jangan mimpilah.yg tak suka umno sekarang pun sepatutnya sudah berubah kalau nak berubah,buat contoh tunjuk yg awak tu,melayu tanpa ehsan dan tanpa pengaruh umno.

    Reply
  • August 31, 2016 at 10:15 pm
    Permalink

    Syed disko tau sgt ke pasal sejarah jepun? adakah dia tau bahawa organisasi jenayah terkenal jepun seperti yakuza sejak berzaman main peranan besar dalam politik dan sosioekonomi jepun sebelum era meiji lagi? Mungkin dia tak tau yg pm jepun sekarang pun pernah terpalit skandal pengurusan olimpik tokyo yang melibatkan yakuza yang kontroversi seluruh dunia Jadi adakah sama dgn skandal 1mdb yang disenasasikan oleh WSJ dan serawak repot je? Padahal seluruh dunia lebih tertumpu tentang pilihanraya us president brexit dan pengganas daesh sedangkan 1mdb hanya sekadar dalam satu laporan berita dalan dunia…

    Jadi apa hebatnya syed siddiq bekas pelajar uia dan pendebat terbaik asia terus berubah jadi kaki disko di filipina dasar paku serpih cakap besar pulak melebih

    Reply
  • August 31, 2016 at 11:06 pm
    Permalink

    Melayu itu sememangnya tidak ada moral. Keinginan pada duit Dan perempuan diluar batasan yg dibenarkan utk manusia. Ptuuiii dajal sungguh bangsa ini.

    Reply
  • September 1, 2016 at 11:53 am
    Permalink

    Hanya orang Melayu celup saja suka UMNO tewas tetapi orang Melayu tulen tetap menjaga dan memastikan UMNO terus kuat, kukuh dan relevan sehingga ke akhir hayat, sebab UMNO parti keramat, parti payung orang Melayu tanpa UMNO orang Melayu tak ada kedudukan, tak ada respek, tak ada nilai dan yang paling ditakuti orang Melayau menjadi merempet di tanah air sendiri. Jadi UMNO perlu bahkan wajib dipertahankan oleh orang Melayu untuk mempertahankan keduduka Malaysia sebagai negara Islam contoh di dunia, supaya orang Melayu dan politik orang Melayu dan kekuasaan dan ketuanan orang melayu terus terpelihara di bumi sendiri untuk selamanya.jadi hujahan mengatakan jika UMNO tewas orang Melayu akan berubah, berubah menjadi apa? kaya, senang, puas hati, dihoramti, atau menjadi bangsa tak dihormati, bangsa keilangan kusa politik di tanah sendiri, bangsa merempet sedangkan sekarangpun pencapaian orang Melayu dalan DEB tak hanya kira2 20%, rata2 orang Melayu masih ditekuk kemiskinan. Adakah Syed Saddiq mengharapka UMNO tewas dan orang Melayu berubah menjadi penumpang kepada kekayaan negara? Hujahan saudara tak masuk akal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *