Mahathir Suka Mengundang Masalah

Share


sultan-johor

KITA sering diingatkan agar tidak campurtangan dalam perkara yang bukan bidang kuasa kita. Namun bagi sesetengah pihak, perkara tersebut dijadikan keutamaan.  Bak kata pepatah ” jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak nampak”.

Mahathir telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Banyak tindakan beliau yang telah menguris hati ramai pihak terutamanya Majlis Raja-Raja. Setelah beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri, Mahathir dilihat masih cuba untuk menguris hati Raja Melayu.

Kali ini, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pula menjadi mangsa keceluparan Mahathir yang dilihat angkuh kononnya beliau “lebih pandai” dari semua orang sedangkan pada usia 91 tahun, sepatutnya Mahathir sedar bahawa beliau tidak akan mampu melawan lumrah alam bahawa kebijaksanaan beliau makin pudar.

Dalam satu forum semalam, Mahathir mendakwa bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran yang ianya boleh membawa keruntuhan persekutuan.

Para penganalisis politik berpendapat, Mahathir telah melangkaui sempadan yang sepatutnya. Sebelum ini beliau secara terbuka membuat gerakan untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Kini beliau “cari pasal” pula dengan kesultanan Johor. Mungkin betul lah dakwaan sesetengah pihak bahawa Mahathir sudah nyanyuk.

Baginda Sultan Johor bertitah yang Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana beliau merupakan individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan. Mahathir adalah punca kepada banyak masalah di negara ini. Oleh itu, Mahathir tidak mempunyai hak untuk campur tangan di Johor.

Selain daripada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin turut membidas kenyataan Mahathir. Pendirian Khaled selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Berdasarkan kenyataan media MB Johor tersebut:-

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Nampaknya, menjelang di penghujung usia Mahathir, beliau telah meletakkan diri sebagai “Bapa Perpecahan Bangsa”. Sepatutnya Mahathir menggunakan sisa-sisa umur yang ada untuk bersama keluarga dan beribadat kepada Allah s.w.t sebagai bekalan di akhirat kelak. Sayang seribu kali sayang, beliau mempersiakan usia yang ada.

 



12 thoughts on “Mahathir Suka Mengundang Masalah

  • August 25, 2016 at 6:11 pm
    Permalink

    Biar bangsa berpecah daripada bergelumang dengan rasuah dan pecah amanah

    Reply
  • August 25, 2016 at 7:42 pm
    Permalink

    Kepada rakyat Malaysia terutama dari Johor janganlah salah tafsir niat Tun Dr Mahathir dalam kenyataan mengenai Bangsa Johor. Apa yang dia dan kebanyakkan rakyat Malaysia bimbang ialah suatu hari nanti Johor akan terpisah dari Malaysia. Jika ini tidak benar rakyat Johor, MB Johor dan semua yang berkenaan beritahulah kami apa sebenarnya maksud dan tujuan Bangsa Johor. Beritahulah kami yang Johor sedikit pun tiada niat untuk keluar dari Persekutuan. Berilah keyakinan kepada kami rakyat Malaysia bahawa perpecahan ini tidak mungkin berlaku. Moga senang hati semua rakyat Malaysia. Itu saja

    Reply
  • August 25, 2016 at 8:52 pm
    Permalink

    Dey hantu gigi karat apa hang mengarut nih?
    Nak jadikan malaysia cam syria? Ini la contoh ejen
    pemecah belah ummah cam hang ni. Tak sedaq ke hang
    komen gitu? Akai ada?

    rafrash tak perlu kata sebab kenyataan madey boleh membawa johor keluaq dari persekutuan ambik je contoh brexit apa akan jadi dgn bangsa johor yg punya hubungan kekeluargaan yg berada di negeri persekutuan lain tambah lagi ekonomi dgn ketenteraan? Aku rasa ia tidak akan berlaku ia hanya cuma hasutan bekas pm 22 tahun sekarang nyanyuk ni kerana impian jambatan bengkok di selat tebrau tidak menjadi kenyataan bagi dia

    Reply
  • August 26, 2016 at 12:20 am
    Permalink

    Apapun bangsa pahang + bangsa neg.9 = 2.6 billion sudah masuk akaun…

    Reply
  • August 26, 2016 at 7:29 am
    Permalink

    Mahathir mengundang masalah utk menyelesaikan masalah.Pendedahan yg terlajak oleh beliau akibat ketidak stabilan mindanya mengenai konspirasi 3TS merupakan satu masalah kepada beliau , para pengikut dan balaci beliau seperti 3TS berkenaan.Utk mengalih tumpuan ,beliau akan menimbulkan isu lain pula,ini memang cara beliau sejak dulu lagi.3TS terus kehangatan,desakan demi desakan supaya mereka membersihkan nama,menykarkan hidup mereka sebagai bekas penjawat awam yg sentiasa di hurmati dan di anggap beritergriti.Pendedahan Mahahtir juga menjadikan para balaci yg lain ,terkedu dan terhenti melangkah,taku kalau-kalau mereka pua bakal menjadi mangsa si manipulator.

    Reply
  • August 26, 2016 at 7:36 am
    Permalink

    SdrInderasakti orang Pahang. Apa kena mengena Syria dengan 1MDB? Tak betul ke apa yang i kata? Rasuah dan pecah amanah tu haram…macam daging babi!

    Reply
  • August 26, 2016 at 8:38 am
    Permalink

    Dey hantu gigi karat soal kestabilan dan perpaduan masyarakat yg multicultural boleh dibuat main main ke? Ada ke aku kaitkan syria dgn 1mdb? Ada ke hang habaq tu ia berkaitan sgt dgn hang? Personal sgt kah 1mdb bagi hang tu ada 1mdb songlap duit hang ka? Kalau tak boleh dibuktikan atau sekadar ramalan tok dukun hang je toksah la mengulang gulang benda yang sama macam drama tv nampak sgt hang hilang aksi apa sendiri yang cakap. Tu je ke modai hang?

    Apapun aku bukan dari pahang tapi kelahiran johor skrg dok utara Ada apa dgn hang?

    Reply
  • August 26, 2016 at 9:01 am
    Permalink

    kihkih azmi..najib tu bukan la org pahang tulen..mak nye johor ayah nya pahang..

    Reply
  • August 26, 2016 at 4:14 pm
    Permalink

    AZMI CINA NUKIT YANG MENYAMAR SEBAGAI NAMA MELAYU, ASKAR UPAHAN DAPIGS , TOLONG LIHAT BOSS BOSS AWAK YANG RASUAH KUAT DI PULAU PINANG, MELUAT AORANG PENANG TERHADAP BOSS ENGKAU,

    Reply
  • August 26, 2016 at 7:08 pm
    Permalink

    Ha..ha…marah nampak! Saya hanya mengingatkan tuntutan Al Quran…rasuah itu lebih haram dari daging babi :-). Hang nak pertahankan perpaduan melayu tapi hang tak mahu mempertahankan tuntutan agama…;-)

    Reply
  • August 29, 2016 at 8:48 pm
    Permalink

    Hantu Gigi Jarang & azmi buat overtime hari2 ke ? kah! kah! kah!, semua artikel pun dia komen, kesian hanya kerana dedak madey al-quran pun dia boleh jual siap quote ayat terpilih special utk tuan dia hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *