Kerusi PAS Milik PAN. Ahli PAS Milik Siapa?

Share


amanah-pasNampaknya, ada sedikit rasa gusar di hati Salehudin Ayob tentang perkembangan terkini, terutamanya kenyataan dari Muhyiddin Yassin berhubung “karenah” Parti Pribumi (belum lulus) yang sedang mengintai-intai beberapa kerusi yang ditandingi oleh PAS sebelum ini.

Enggan partinya berputih mata, Salehuddin seolah-olah sedang memberi isyarat jelas kepada Parti Pribumi, dengan menyatakan bahawa semua kerusi PAS adalah milik PAN. Congakannya mudah, Parti Pribumi harus “table talk” dahulu dengan PAN untuk sebarang rundingan berkenaan pembahagian kerusi.

Tentu sahaja PAN (termasuk DAP dan PKR) mahu menjadi penentu, dan persepakatan mereka bersama Parti Pribumi nanti akan menjadi pemberat untuk terus mendesak PAS. Pernah satu ketika berada di syaf kepimpinan PAN, Salehuddin pasti tahu selok-belok untuk kalau pun tidak menguasai PAS, tetapi cukup untuk membuat PAS akur dengan kemahuan mereka.

Semua terpulang kepada PAS, samada untuk menerima “takdir” yang bakal ditentukan oleh gabungan tersebut.

Jika soal ahli diambilkira, PAS tentunya lebih layak untuk menentukan hala tuju mereka. Pada muktamar PAS sebelum ini, kalau tidak silap, ahlinya sudah mencecah 1 juta orang, jauh meninggalkan parti serpihannya PAN, malah PKR sendiri. Apatah lagi Parti Pribumi.

Apa yang boleh dijadikan sebagai penyedap hati kepada PAN, ialah dakwaan kononnya ramai ahli PAS yang berstatus “harum manis” sedangkan sehingga kini, jumlah yang keluar parti masih boleh dihitung. Jika benar ada sokongan, tentu ahli PAS sudah lama secara berjemaah keluar parti dan sertai parti yang mesra DAP itu. PAN sekadar menggunakan alasan “harum manis” untuk membayangkan seolah-olah mereka mendominasi, walhal pemilihan pada muktamar di Kuala Selangor jelas memberi isyarat jelas kepada golongan mesra DAP.

Ibarat parasit, kewujudan parti-parti baru ini sangat didukung oleh opportunis, yang mencari helah untuk terus relevan dengan “menumpang” kekuatan parti lain. Berbicara dengan angka dan kekuatan di blok pembangkang, PAS tidak boleh lari dari menjadi sasaran.



2 thoughts on “Kerusi PAS Milik PAN. Ahli PAS Milik Siapa?

  • August 23, 2016 at 12:17 pm
    Permalink

    Bila la nak ada pembangkang yg berkualiti kat malaysia ni.

    Reply
  • August 23, 2016 at 12:27 pm
    Permalink

    pan ni pandai2 nak ngato kerusi pas adalah diyo punyo sejak mulo2 wujud pun dah cakap bosa lopeh tu su’uh pas ngikut kato diyo, apo e kau tu abg ko adik?, langsung tak ngoti hormat o’ang tua2 dasa ku’ang ajak mmg ea kopalo ea sewel koponakan e pun ngikut samo tigo suku.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *