Tiada Cita-Cita Politik, Lebih Baik Berhenti Sahaja!

fathers and sonSebenarnya, politik juga menghidangkan plot-plot cerita yang lebih menarik untuk ditonton, lebih menarik dari sinetron atau cerekarama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Apa tidaknya, bagaimana boleh kita percaya, bahawa seorang ahli  politik itu tidak mempunyai impian untuk menjadi ketua, atau Perdana Menteri sedangkan kita sendiri menyaksikan bagaimana susuk tubuh itu memilih bertanding jawatan-jawatan penting di dalam partinya. Hakikatnya, jawatan-jawatan tersebutlah yang selalunya perlu dikuasai sebelum meniti ke takhta pentadbiran negara.

Ibarat seorang pemain bola, tetapi tidak berminat untuk menjaringkan gol! Begitulah perumpamaan yang boleh kita bandingkan, waima pemain tersebut berada di posisi penjaga gol sekali pun, maka tentunya dia mempunyai hasrat untuk menjaringkan gol.

Atau, mungkin juga dia tidak berminat menjaringkan gol, kerana dia bermain bolasepak adalah disebabkan menunaikan permintaan bapanya yang ingin melihat si anak sebagai pemain bolasepak. Boleh jadi juga. Tidak mungkin dia sanggup mendedahkan kepada umum punca mengapa dia tidak gemar menjaringkan gol, bukan?

Jadi, apakah ini juga relevan untuk kita kaitkan, iaitu seorang ahli politik tidak mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana impian ayahnya untuk melihat si anak menjadi Perdana Menteri, maka si anak dengan redha menceburkan diri ke arena politik?

Mana mungkin si anak akui bahawa dia tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya terpaksa menurut arahan bapanya. Kan?

Bergelumang dengan rakan-rakan yang berada di arena politik, amatlah sukar untuk mempercayai bahawa seorang ahli politik tidak mempunyai cita-cita politik. Di peringkat akar umbi sekalipun, paling kurang pun cita-cita mereka adalah untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Itu untuk orang biasa-biasa, lain pula sasarannya untuk mereka yang lahir di kalangan aristokrat.

Segalanya berkemungkinan.

5 thoughts on “Tiada Cita-Cita Politik, Lebih Baik Berhenti Sahaja!

  • August 17, 2016 at 3:57 pm
    Permalink

    masuk politik tp xnk jd pm..org no.1 dlm kerajaan…pelik tol..at least anwar pun akui ingin jd pm utk wat reformasi urus tadbir negara…sape la yg xnk jd pm tu ye…hmmm

    Reply
  • August 17, 2016 at 4:15 pm
    Permalink

    siapa tak teringin nak merasa jawatan perdana menteri malaysia.. mula-mula rasa jadi pm setahun pun dah cukup, tapi bila difikirkan best gak jadi pm, maka dipanjang-panjangkanlah tempoh memegang jawatan pm tu.. walaupun didesak oleh orang lain suruh letak jawatan tak kiralah alasan apa pun nak ditaruk.. manusia macam-macam ragam, macam-macam cita-cita.. bukan semua orang boleh setia membabi buta sokong najib razak seolah-olah dia maksum macam dewa yang berada di atas langit. untuk masa sekarang, biarlah najib teruskan jadi pm.. sampai masa nanti, bagilah orang lain pula merasa jadi pm.. lagipun kalau nak kaya, tak semestinya mesti jadi pm.. nak jadi berkuasa pun kerja lain pun boleh.. mungkin penasihat pm lebih berkuasa berbanding pm sendiri.. ye lah pm ada satu kepala, manalah mampu nak fikir banyak benda serentak, jadi harapkan penasihat dia sajalah fikirkan dengan harapan penasihat tak belot, ada udang di sebalik mee.. tapi kalau memang penasihat nak belot pun, perlu dikurangkan impaknya lah. actually kerja pm ni tak nyenyak tidur, banyak kertas nak dihadam dan dibaca untuk bagi speech, makan pun tak selera, lapar dahaga jangan cakaplah, rasa tak happy pun perlu buat-buat happy dan senyum, rasa takdak mood pun perlu fikir optimis everything is allright..

    so pesanan untuk sesiapa yang berangan nak jadi pm.. mulalah dari bawah dulu. bergaul dengan orang.. bukannya umur 30 tahun terus boleh jadi pm, nampak sangat takdak pengalaman.. at least umur 50 lebih baru nampak sesuai ke tak untuk jadi pm.. otherwise redha sajalah jadi pengikut.. masih boleh survive gak.. kerja benda lain pun boleh buat duit gak.. tak payah kemaruk nak bebankan diri jadi pm.. cuma letaklah siapa-siapa yang sesuai untuk dibonekakan menjadi pm, silalah.. biarlah boneka tu yang tanggung susah senang jadi pm.. nak menghadap jutaan manusia aneka ragam.. untuk masa sekarang, nampak najib razak paling sesuailah menggalas beban menjadi pm tu.. walaupun nampak happy, dalam hati siapalah yang tahu.. cuma perlu cekal.. di belakangnya ada ramai yang menyokongnya.. peace yo. i love pm.

    Reply
  • August 17, 2016 at 5:29 pm
    Permalink

    si bapa satu macam punya lahabau sudah tahu anak kaki bangku disuruh jadi pemain bolasepak…punyalah tak tahu malu si bapa, anak sudah le kaki bangku tapi disuruhnya score gol sendiri(OG), berkali-kali pulak tu! manager kelab bola mana tak nak pecat?

    orang yang lahir dari didikan bawah ketiak si bapa memang tak boleh jadi pemain bolasepak baik jadi striker mahupun jadi penjaga gol yang dapat membawa kemenangan & kejayaan kepada pasukan bolasepak yang diwakilinya…kalau jadi penjaga gol pun dia akan score gol sendiri(OG)…orang yang lahir dari didikan bawah ketiak si bapa ini sebenarnya mahu dijadikan seorang ‘politikus’ yang lebih bernafsu besar dari si bapa

    mukhriz ini kelab picisan seperti Kerala FC di India pun tak ingin nak ambil sign contract…dalam negara sendiri pun kelab picisan seperti Tongsan FC(milik DAP) pun tak ingin apatah lagi Sepat FC…bapa mukhriz ini banyak duit jadi takpelah kita benarkan bapanya tubuh Bersatu FC utuk bertanding dalam liga perdana negara

    orang bernama ‘muhyiddin’ dikatakan merupakan striker utama & perlu digeruni bagi Bersatu FC…memang kita akui muhyiddin ini pandai main bola, nika gee pun tahu pernah tengok bagaimana muhyiddin mainkan bola kepadanya…biasalah striker paling kaya seperti muhyiddin ini ada perempuan gilakan bolanya…’manager’ Bersatu FC lebih tahu tentang kekayaan & kehebatan striker bernama muhyiddin ini sebab itu dia dapat sign contract jadi striker utama

    keistimewaan muhyiddin ini dia boleh mendada bola lepas tu kepit guna perut bawa lari sampai masuk pintu gol pihak lawan tapi coach kata jangan tamak, sekali2 kena pass lantunkan bola guna perut kepada muhriz untuk mukhriz tanduk masuk gol…walaupun mukhriz berkaki bangku namun kepalanya tetap menjadi phojaan, bila bola sampai je di kepala, mesti gol!

    Reply
  • August 17, 2016 at 6:18 pm
    Permalink

    Dalam sejarah negara kita pernah kita jumpa satu orang yang jadi menteri tapi tak punyai wawasan untuk terus kekal jadi menteri. Atau untuk terus meniti tangga hingga kepuncak iaini jadi PM. Semasa dia jadi menteeri pun dia selah2 dipaksa untuk bekerja.

    Tapi orang yang berkenaan dalam diam2, jumlah yang dikatakan disonglapnya boleh tahan jugak. Itu apa yang dikata orang, betul atau sebaliknya kita tak pasti kerana bukti tak ada.

    Dia tak mahu jadi menteri lama2 kerana dia memang kaya sebelum jadi menteri. Sebagai seorang peniaga dia juga dikatakan peniaga yang shrewed dan tamak. Bila tamak tentu kedekut. Mungkin betul dia kedekut kerana terdapat tulisan mengenai dia tentang cara hidup dia yang simple. Dia jenis orang yang suka makan rojak mamak sahaja dikedai mamak. Jika kedai mamak saja kegemaran nya maknanya dia bukan jenis orang kaya yang bergaya bersembang dilobi hotel bayar kopi/teh RM28.00 secawan. Makan dessert lebih kurang berdua, billnya jadi RM170.00.

    Dia bukan jenis macam itu. Sekarang dia terus jadi kaya raya dengan bisnis banking dia di Afrika Selatan dan berbagai bisnis lagi diluar negara.

    Reply
  • August 18, 2016 at 7:29 am
    Permalink

    Cita-cita nak jadi MO1!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *