Saman Sivil DoJ: Penafian Mahathir Seumpama Bersetuju Anwar Bukan Peliwat!!

Share


madey_dalang

DIFAHAMKAN bekas orang UMNO, Mahathir ini ada membuat kenyataan kepada media pembangkang peliharaannya semalam, menafikan menjadi dalang sehingga membawa kepada saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) ke atas 4 individu (Perdana Menteri bukan salah seorang darinya) seperti diumum Loretta Lynch pada 20 Julai lepas.

Apakah kelakarnya ini?

Modus operandi sama (penggubahan wang haram),  sumber yang membawa kepada tindakan saman itupun sama, malah Mahathir juga antara manusia terawal yang membabitkan Riza Tahir dan Jho Low dengan 1MDB, alih-alih dia mengaku tak terlibat pula?  Siapa waras nak percaya tu?

Tak sebut lagi fakta Mahathir hantar kuncu-kuncunya membuat laporan mengenai 1MDB di beberapa buah negara asing (termasuk USA) lagi.  Ini bukan perkara rahsia malah diumum pasukan Mahathir dengan bangga.

Begitupun, mengenali Mahathir, penulis tidak terperanjat.  Dalam sejarah, apa benda salah yang dia pernah mengaku?  Paling terang krisis ekonomi 1997 lah, siapa yang salah?  Berbelas tahun Mahathir nak rakyat percaya Soros yang salah, tapi bila Soros datang Malaysia tahun 2013, dah bukan dia pulak yang salah?

Jadi, siapa sebenarnya salah sehingga membawa kepada berlakunya keruntuhan ekonomi paling dahsyat dalam sejarah negara kita sejak merdeka?  Tak pernah lagi ada keruntuhan ekonomi palimg teruk dari itu, hanya berlaku ketika Mahathir jadi Perdana Menteri sahaja.  Ramai orang kata Mahathir dalangnya, dah kalau bukan Soros, siapa lagi?

Tapi ada ke dia mengaku?  Itu baru satu, 22 tahun memerintah Malaysia, cukup banyak perkara buruk berlaku yang semuanya boleh dikaitkan dengan Mahathir tapi mimpilah dia nak mengaku.

Maka itu jangan beri perhatian sangatlah kepada penafian Mahathir ini.  Benda dah jelas dan terang, nafikan pun nampak kelakar.  Umpama mengatakan Anwar tu bukan peliwatlah, walhal dah berapa Mahkamah sahkan perkara itu?

Fikir macam itu saja cukup.



5 thoughts on “Saman Sivil DoJ: Penafian Mahathir Seumpama Bersetuju Anwar Bukan Peliwat!!

  • August 2, 2016 at 8:44 pm
    Permalink

    Akhirnya kelak Mahathir sendiri akan lupa siapa isterinya, Anak anak beliau bahkan nama beliau sendiri pun mungkin akan lupa.

    Reply
  • August 2, 2016 at 8:47 pm
    Permalink

    Kes Memali yang memakan korban yg ramai baik dipihak penguatkuasa mahupun rakyat sampai sudah mahati meletakkan kesalahan kepada Allahyarham Ibrahim Libya dan Musa Hitam.

    Mahatir yg berada didalam Negara sewaktu kes tersebut berlaku sanggup menipu mengatakan beliau berada di China. Tinggallah Musa Hitam menjadi kambing Hitam. Perkara ini terbongkar bila Mahathir mula menyerang Tun Musa Hitam dan Musa Hitam mendedahan perkara tersebut semasa sidang media. Sampai sekarang Mahathir tidak pernah menafikan tuduhan Musa Hitam tersebut

    Reply
  • August 2, 2016 at 9:36 pm
    Permalink

    kesilapan besar cara pengedalian cara menyuraikan memali. alfatihah moga allah memberi kesejahteraan pada arwah2 tu. Tak guna lagi dah nak tuduh sesiapa. usah di ungkit lagi. moga tidak terjadi lagi. …. so overroll.

    Reply
  • August 3, 2016 at 7:55 am
    Permalink

    Sekarang Red Granite milik anak tiri PM Najib Riza di US sudah di benarkan beroperasi seperti biasa,iannya menandakan DoJ di buat secara sembrono dan tidak mempunyai bukti yg solid.Sementara itu didalam negara,anak PM Najib pula di perentahkan bayar berjumlah RM 212,000 kepada pihak bank kerana sebagai penjamin kepada satu pinjaman membeli kereta.

    Kalau begitu betul ke PM Najib seorang yg menyalahgunakan kuasa.Dalam negara dimana beliau berkuasa sebagai PM, anak sendiri pun ‘tersangkut’ dengan keputusan mahkamah,manakala di luar negara pula dimana belaiu tidak mempunyai apa-apa kuasa ,anak tirinya ‘terlepas’.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *