‘Perdana Menteri Bayangan’: Anwar Atau Mukhriz?

Share


anwar-ibrahin-dan-mamak-mahathir1

Suatu masa dulu, ketika mana Anwar Ibrahim merupakan seorang anak muda yang cepat panas, dia berjaya mencuri banyak hati di kalangan golongan muda sezaman dengannya. Universiti Malaya sering kecoh gara-gara keterampilannya.

Anwar tidak dinafikan adalah seorang pemimpin yang cukup sempurna pakejnya. Dari sudut pidato politik yang penuh retorik mempesona pendengar, gayanya yang penuh kharisma dan personalitinya yang bagaikan seorang ‘syeikh’, dia cukup segalanya.

Dia dulu merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusoff Rawa. Namun Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu amat berkenan pada Anwar telah berjaya membawanya masuk menyertai UMNO. Mahathir ‘gilap’ Anwar secukupnya.

Pendakian Anwar di dalam UMNO cukup pantas. ‘Mencantas’ ramai tokoh UMNO yang jauh lebih senior dan berjasa dengan bantuan ‘tangan ghaib’ Presiden, Anwar berjaya berada di sisi Mahathir sebagai Timbalan Presiden parti sekaligus Timbalan Perdana Menteri.

Tapi hingga setakat itu sajalah. Anwar tidak boleh melangkah lebih jauh. Akhirnya ‘kedua kaki’ suami Wan Azizah Wan Ismail itu ‘dikerat-kerat’ Mahathir sehingga terperosok di dalam penjara. Namun Anwar tetap Anwar, ‘lawan tetap lawan’ katanya…

Jika dirujuk pada sejarah politik Anwar, penulis melihat bahawa dia takkan mampu mendahului mentornya, Mahathir. Sama ada dalam parti, dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan atau parti, kedudukan Anwar tetap di belakang Mahathir.

Walaupun kini nama Anwar dicanang pembangkang sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ jika mereka berjaya jatuhkan Barisan Nasional, nampak gayanya nama anak Mahathir kini membayangi bapa Nurul Izzah itu. Apatah lagi kini Mahathir menjadi ‘pencatur utama’ pembangkang, bukan?

Ramai penganalisis politik dapat membaca gerakan Mahathir adalah bertujuan untuk memastikan anaknya Mukhriz menaiki podium Perdana Menteri. Hanya yang ‘bangang’ saja yang akan gagal membaca langkah-langkah derhaka bangsa Mahathir tersebut.

Jadi, di mana kedudukan Anwar sekarang?

DAP dilihat sangat mendewa-dewakan Mahathir sekarang. Dulu mereka maki hamun Mahathir, tapi kini jika boleh, mereka bagaikan setiap hari mahu dilihat bersama Mahathir. Mahathir bagaikan ‘De Facto’ pada mereka, sedangkan Anwar merengkuk dalam penjara.

Pada dua PRK yang lalu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mahathir juga sanggup turun padang menghabiska sisa tenaga tuanya membantu parti Mat Sabu ‘mencuri’ undi dari ahli dan penyokong PAS. Penulis yakin, PAN tidak akan lupa pada jasa Mahathir tempohari.

mm-kit-siang

Anwar mengharapkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin untuk mengatasi pengaruh ‘De Facto’ pembangkang yang ‘baru tapi tua’ itu? Penulis tolak keupayaan mereka untuk berbuat demikian. Sedangkan Anwar ketika bebas pun gagal mengatasi Mahathir yang sudah pencen, inikan pula ‘boneka-boneka’nya?

Berbanding dulu, DAP kini tidak lagi mewar-warkan nama ‘Perdana Menteri bayangan’. Berbanding dulu, mereka melaungkan nama Anwar sebagai ‘bakal Perdana Menteri’. Yang disebut kini hanyalah kedudukan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sahaja, bukan ‘bakal Perdana Menteri’.

Pada hemat penulis, nama Anwar pada label ‘Perdana Menteri bayangan’ akan dipadam tidak lama lagi. Jika parti baru ditubuhkan Mahathir, kata sepakat dipersetujui dengan DAP, PAN dan sebahagian dari PKR, tidak mustahil nama Mukhriz akan diletak pada label tersebut.

Jika benar jangkaan penulis itu, maka tidak dapat tidak, Anwar terpaksa akur bahawa dirinya sampai mati pun mungkin akan terus berada di bawah tapak kaki Mahathir. Pahit atau tidak, dia perlu telan ‘hempedu’ itu dan terus kempunan lagi…



13 thoughts on “‘Perdana Menteri Bayangan’: Anwar Atau Mukhriz?

  • August 2, 2016 at 8:41 pm
    Permalink

    Anwar or Mukriz does not matter. Najib must go is the issue!

    Reply
  • August 2, 2016 at 8:41 pm
    Permalink

    Setuju dengan pandangan penulis. Tepat dan padat.

    Nampaknya Anuwar akan jatuh buat kali kedua dan dipinggirkan begitu sahaja.

    Reply
  • August 2, 2016 at 8:54 pm
    Permalink

    Cam mn hantu ada gigi jarang ea? Kena pakai yg palsu pullok lps ni…. tak gosok gigi tu laaa..

    Reply
  • August 2, 2016 at 10:20 pm
    Permalink

    ee hehehehe …. melalut la artikel ni, too much visualizing. hello bro …. dreaming too much … overroll.

    Reply
  • August 2, 2016 at 11:13 pm
    Permalink

    Hantu Gigi Jarang says:
    August 2nd, 2016 at 8:41 PM

    “Anwar or Mukriz does not matter. Najib must go is the issue!”

    solid as a rock, very hard to see Najib go so you’re right to say Anwar or Mukriz does not matter

    Reply
  • August 3, 2016 at 12:26 am
    Permalink

    aku percaya penyokong2 anwar, PKR, DAP & PAN tidak menganggap mahataik madey sebagai gading bertuah yang mereka dapat sehingga mahu melupakan & membuang tanduk iaitu anwar….jangan kita fikir anwar bodoh tidak tahu tentang cubaan mahataik madey nak jadi KETUMBAR kepada pakatan pembangkang…percayalah bahawa anwar telah menghantar lagi surat kepada wan azizah minta supaya berhati-hati lagi sambil terus maintain maniskan muka & bijak berkata-kata pada mahataik madey, muhyiddin, mukhriz dll

    maintain maniskan muka & bijak berkata-kata supaya dapat mengerah/memerah keringat sambil cuba mengeringkan dana & memperguna mahataik madey, mukhriz, muhyiddin dll ke tahap maksimum untuk berkempen membuat ceramah disana sini menjatuhkan Najib, UMNO & BN bagi pihak PKR, DAP & PAN sahaja…parti baharu yang nak ditubuhkan mahataik madey tidak akan kemana, mereka terpaksa mengharapkan ehsan dari PKR & DAP memberi kerusi kepada calon parti mereka untuk bertanding dalam PRU14 nanti…kata tidak mahu berlaku lagi pertandingan 3,4 penjuru kan?

    kita andaikan sahaja mukhriz & muhyiddin menang 2 kerusi parlimen nanti…aku tidak mahu membuat andaian lagi sebab percaya mukhriz & muhyiddin pun tidak suka nak andaikan mereka dapat menjadi PM atau TPM…parti mahataik madey ditubuhkan hanya untuk tunjuk ego & marah pada Najib, mereka(PKR, DAP. PAN & parti mahataik madey) tidak akan dapat menjatuhkan Najib, UMNO & BN kerana sebilangan besar Orang Melayu Islam masih tahu mengucapkan ‘nauzubillah min zalik’ pada bibir & dalam hati mereka…jangan lupa doa para alim-ulama(dikecualikan dr maza)!

    Reply
  • August 3, 2016 at 12:46 am
    Permalink

    selain nauzubillahi min zalik(pakatan pembangkang menang PRU14 dapat ambil-alih Putrajaya)…
    aku nak sebut naudzubillah himina ‘pakatan harapan’ nirojim

    Reply
  • August 3, 2016 at 8:13 am
    Permalink

    Anwar kena terima hakikat bahawa,dia memang sudah tidak layak utk jadi PM,umurnya yg sudah lanjut disamping rekord pribadinya sebagai seorang banduan,tidak melayakan beliau menjawat jawatan tersebut.Takdir Allah terhadap Anwar sudah cukup memberi isyarat kepada kita ,bahawa kita tidak perlu menyokong beliau,usahlah kita berdegil.Apa yg berlaku bukan satu cubaan kepada beliau ,tapi memang satu hukuman.

    Manakala Mukriz pula,sehingga ke hari ini ,kita tidak namapk sebarang keistimewaan dalam bakat kepimpinan beliau.Keistimewaan yg ada pada beliua hanya ‘bin Mahathir’,jadi bolehlah deddy kasi,itu pun beliau tak mempu menewaskan menantu Pak Lah.

    Reply
  • August 3, 2016 at 9:08 am
    Permalink

    Aku dah jangkakan pakatun sekarang sudah tidak menentu selepas anwar masuk jail pas keluar dari pakatan rakyat tokong didakwa atas rasuah banglo dan tanah taman manggis dan kini golongan protun telah menguasai segala galanya dalam pakatan harapan lagi mereka tak sedaq benar le kata anwar dalam surat nya mahathir ni ibarat ular seperti dalam karya Shakespeare the way their will of snake bite sterling back at you that wont see it behind

    Reply
  • August 3, 2016 at 2:03 pm
    Permalink

    Begini la Mahathir memang hebat masa 22 tahun penuh dgn visi serta dapat dizahirkan, tuturkata dwibahasa tersusun mantap cipta kontroversi mengucar kacirkan keadaan contoh ketara isu kekebalan raja dan bijak menyusun semula, hebat memberi pandangan dan penjelasan sehingga di sanjung dunia ke3, majoriti rakyat mengikuti hampir setiap hari isu masa kesamasa yang datang dan diselesaikan dengan baik disamping membimbing Umno kearah kemahuannya. Anuar memang hebat pidato disamping berwatakan warak membawa imej Islam harapan majoriti rakyat Melayu bersama Wan Azizah bertudung. (inilah sebab Mahadhir groomingkan Anuar sampai menjadi orang kanan) Mahadhir sanggup cantaskan Razaleigh, Musa Hitam dan Arwah Ghafar Baba demi menarik sokongan rakyat sebab pakej imej Islam ada pada Anuar.

    Karismanya tiada pada anaknya Mukhriz yang terlalu disuap oleh beliau dan tak punya perwatakan tertentu. Bagi Mahathir pada politik tiada istilah pendirian diri sebab yang penting politik mesti bermatlamat menghalalkan cara dan politik berpendirian mengikut suasana semasa. Paklah dan sekarang Najib berkebetulan berada di kelompok kanan memungkinkan menjadi perdana menteri.

    Setakat ini masih tiada pemain politik sehebat Mahathir cuma akhir2 ini dia sanggup menurunkan sendiri imej kearah kehinaan (bukan satu masaalah baginya) asal keinginan mengatasi segalanya. Cuma beliau perlu ingat tidak mesti tidak ada keturunannya nanti akan sesal dengan tindakan yang berlaku sekarang apabila perasaan malu menyelubungi.

    Jadi kesimpulan artikel ini hanyalah andaian2 penulis sahaja dan tidak akan berlaku apa yang diandaikan. (Pemain politik kebanyakkan serampang 2 mata – mana boleh jumpa lagi semacam politikus dulu seumpama Arwah Dato Haji Talib Karim dan …. cuba semak/google)

    Reply
  • August 3, 2016 at 4:18 pm
    Permalink

    berdasarkan ciri-ciri yang terdapat kepada “MALAYSIAN OFFICIAL 1”
    aku mengesahkan bahawa beliau adalah Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu PERDANA MENTERI MALAYSIA sekarang ini…
    Sekian terima kasih..

    Reply
  • August 3, 2016 at 4:45 pm
    Permalink

    Kot kono cokau ko Azmi, kono soal jawab, kot masuk jel plak.

    Reply
  • August 4, 2016 at 1:42 am
    Permalink

    mukhirz jaga kedah pun tak reti , lagi nak jaga malaysia ? hahahaha…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *