Anwar Kekal Nombor Dua Di Gara-Gara Tun Mahathir

Share


anwar-mahathirSiapa tidak kenal Anwar Ibrahim, yang suatu ketika telah menggegarkan dunia politik Malaysia apabila dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan yang tidaklah perlu untuk kita bincangkan lagi.

Ada yang melihatnya sebagai “tokoh”, penuh dengan “aura” dan “karisma” seorang pemimpin. Katalah apa sahaja, Anwar Ibrahim memiliki semua. Tidak hanya di dalam negara, namanya juga cukup dikenali di peringkat antarabangsa, terutamanya di Barat.

Kita tidak boleh pertikaikan, bagaimana Anwar Ibrahim cukup berpengaruh di kalangan rakyat suatu ketika dahulu, sehingga pemecatannya telah mengheret rakyat ke jalanraya, lantas membudayakan sesuatu yang cukup tidak sihat untuk negara kita.

Namun segalanya tidak sehebat Tun Mahathir, yang pada ketika Anwar sudah tidak bersama UMNO dan Barisan Nasional pun, tetap kekal sebagai pemimpin kepada Anwar Ibrahim.

Buktinya, bagaimana Tun kini dilihat sebagai watak utama pembangkang, sekaligus menjadi pencatur politik pembangkang. Sekali lagi, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya terus disisihkan, dan berstatus “pengikut” di dalam lanskap politik masakini.

Keadaan ini membawa kepada cerita-cerita orang lama, bagaimana Anwar Ibrahim ditatang bagai permata oleh Tun Mahathir sehingga membawa kepada detik Tun Ghaffar “ditumbangkan” oleh Anwar Ibrahim lantas membawanya ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sekaligus membuka seluas-luasnya pintu ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ada juga yang mempersoalkan, tidak mungkin untuk seseorang itu naik ke persada politik dengan begitu cepat tanpa ada sokongan kuat oleh Presiden pada masa itu.

Walau bagaimanapun, itu dulu. Kini wadahnya bukan lagi UMNO dan Barisan Nasional.

Perlu Anwar akui, bahawa beliau telah tewas dengan kelicikan Tun Mahathir berpolitik. Bukan hanya ketika di bersama UMNO, malah berstatus pembangkang juga Tun Mahathir telah berjaya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai “pengikutnya”.

Nasib kau lah Anwar Ibrahim.



2 thoughts on “Anwar Kekal Nombor Dua Di Gara-Gara Tun Mahathir

  • August 2, 2016 at 8:32 pm
    Permalink

    Apa yang mereka rancangkan bermula dari 20 July bertukar jadi huruhara. Sidang akhbar tidak menjadi, pengumuman selepas majlis makan2 dikediaman salah seorang dari mereka dibatalkan. Demikian juga dengan perancangan yang lain termasok demo jalanan. Apa kah ini semua tidak boleh dinamakan konspirasi?. Apa pulak perlu berkonspirasi jika tertuduh betul2 layak dituduh ? memang bersalah saperti dakwaan mereka ?

    Kini beliau yang bertiga itu dalam dilema. Senyap sunyi tanpa kata ‘ye memang betul” tidak jugak kata “tidak, kami tidak lakukan demikian”

    Apa yang sepaututnya telah berlaku sekarang ialah Khairul naib ketua Umno sudah disaman oleh mereka kerana buat lapuran palsu. Tidak ada saman, kerana saman bermaana gali lubang sendiri.

    Siapakah yang panik sekarang?. Kita nampak orang yang dituduh, dikecam… tenang, relaks macam tak ada benda berlaku . Juru reka cipa cerita termengah2 dan pastinya… makan tak selera, tidor tak lena, mandi tak basah walau pun mandi mesti basahkerana tak ada dry shower… yang ada cuma dry cleaning.

    Mereka sedang berfikir sekarang macam maca nak manage hidup dalam penjara. Pastinya penjara hukumnya diatas kesalahan membelot terhadap negara dan DYMM YDP Agong. Abu Kassim memang ada mencuba, tetapi dia ditolak dari bertemu mangsanya, PM. Sama2 kita tunggu apa yang berlaku.

    Reply

Leave a Reply to Memang Baik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *