TIADA SALAH PRN PULAU PINANG, SABAH, JOHOR LEBIH AWAL, LAGI PUN IA WANG RAKYAT UNTUK DIHABISKAN

Share


SPROleh Amin Yatim
1. Tidak ada salahnya jika Lim Guan Eng memutuskan untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam masa terdekat. Jika Sarawak boleh mengadakan Pilihan Raya Negeri dan Parlimen secara berasingan, maka keputusan Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan + Rakyat juga perlu dihormati.

2. Malahan jika menghormati demokrasi, Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertuan Negeri Pulau Pinang juga perlu memperkenankan pembubaran DUN jika diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Ini kerana DUN Pulau Pinang telah pun mencapai tarikh matang beberapa bulan lalu.

3. Jika Lim Guan Eng mahu menggunakan Pilihan Raya Negeri sebagai satu pentas Rakyat Hakim Negara untuk kes beliau, biarkanlah. Justeru orang ramai boleh mengukur sejauh mana slogan menentang rasuah yang dilontarkan oleh parti-parti Pakatan Harapan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong mereka.

4. Kes Lim Guan Eng adalah ujian terbesar kepada DAP, PKR dan NGO haram seperti BERSIH. Rupa-rupanya mereka bukanlah ikhlas memperjuangkan agenda anti korupsi dan ketelusan.

5. Selain Pulau Pinang, Sabah dan Johor juga khabarnya merancang mengadakan pilihan raya awal dari pilihan raya umum bagi Parlimen.

6. Baguslah setiap negeri membuat pilihan raya masing-masing secara berasingan. Bukankah kerajaan sekarang banyak duit untuk dibazirkan demi memenuhi ego ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin tertentu? Bukankah rakyat negara ini juga tiada kerja lebih penting selain membincangkan hal politik setiap masa?

7. Makin banyak PRN sebelum PRU lagi bagus. Ia membolehkan rakyat terus berpolitik setiap masa, menabur pelbagai janji tidak masuk akal dan melupakan masalah-masalah ekonomi negara dan dunia.

8. Tidak ada sesiapa yang boleh disalahkan kecuali rakyat juga kerana kitalah yang menyuburkan keadaan kacau bilau seperti hari ini.



2 thoughts on “TIADA SALAH PRN PULAU PINANG, SABAH, JOHOR LEBIH AWAL, LAGI PUN IA WANG RAKYAT UNTUK DIHABISKAN

  • July 21, 2016 at 3:51 am
    Permalink

    lim guan eng sendiri mengaku kata cadangan/ura2 nak buat ‘snap poll’ itu merupakan perkara sulit(rahsia)…cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ itu telah disuarakan dalam mesyuarat CEC(DAP) beberapa hari yang lepas…cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ ini telah disuarakan tony pua & beberapa lagi orang dalam mesyuarat CEC(DAP) itu tapi telah dibocorkan oleh ‘orang dalam DAP’ kepada media & menjadi pengetahuan umum…ramai orang percaya tujuan sebenar tony pua menyuarakan cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ ini kerana mahu menyindir & mahu mencabar kejantanan lim guan eng sama ada lim guan eng ada lancau atau tidak untuk mengadakan ‘snap poll’ bagi mengukur populariti lim guan eng sama ada boleh bertahan, akan melonjak naik atau akan merudum

    syabas kepada tony pua & yang lain kerana ada lancau menyuarakan cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ ini didepan lim guan eng

    mengikut kata ‘orang dalam DAP’ ini apabila cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ ini disuarakan, lim guan eng kelihatan rasa tidak senang & diam sahaja tidak bersuara memberi sebarang pendapat mengenainya sehingga kolumnis The Star bernama Joceline Tan merumuskan bahawa lim guan eng sebenarnya berasa takut mengenainya…kalau nak kata lancau lim guan eng terus mengecil masuk celah buah pelirnya pun boleh semasa cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ itu disuarakan…bahasa yang lebih sopan ialah lim guan eng ibarat tikus ternampak kucing lalu lari masuk balik ke dalam lubang & mendiamkan diri

    oleh kerana cadangan/ura2 buat ‘snap poll’ ini telah menjadi pengetahuan umum(rakyat) maka lim guan eng terpaksa berlakon kononnya dia serius & berani dengan cadangan/ura2 nak buat ‘snap poll’ ini…dipanggilnya azmin ali, nurul izzah semua datang ke Pulau Pinang untuk berbincang mengenainya padahal lim guan eng memanggil mereka datang untuk sama2 berlakon dengan dia bagi menutup(mengaburi mata rakyat) ketakutan yang dialaminya kerana tidak mahu ‘snap poll’ ini diadakan…lakonan pergi berjumpa Yang Dipertua Negeri untuk mendapat persetujuan membubarkan DUN juga telah dilakukan untuk mengaburi lagi mata rakyat kononnya lim guan eng serius & berani buat ‘snap poll’

    selain lim guan eng & DAP, PKR & PAN juga takut sebenarnya jika ‘snap poll’ diadakan di Pulau Pinang…jika tidak mahu dilihat takut pada ‘snap poll’, PKR & PAN cuma perlu berkata mereka menolak ‘snap poll’ diadakan kerana tidak mahu membazir wang rakyat semata-mata untuk mengadakan pilhan raya negeri yang tidak perlu kerana tidak munasabah sebab musababnya

    PKR & PAN nak bincang apa lagi & nak bincang apa sebenarnya tentang ‘snap poll’ cadangan/ura2 lim guan eng & DAP itu? kenapa susah sangat nak kata(selepas selesai berjumpa & berbincang dengan lim guan eng di KOMTAR) pada wartawan bahawa mereka menolak ‘snap poll’ cadangan/ura2 lim guan eng & DAP itu diadakan kerana tidak mahu membazir wang rakyat?

    bila azmin ali memberitahu wartawan bahawa PKR akan membuat perbincangan lagi mengenai ‘snap poll’ ini selepas balik ke KL nanti, bunyinya macam PKR takutkan sesuatu…jika tidak takutkan sesuatu, selepas selesai berjumpa & berbincang dengan lim guan eng(di KOMTAR) & semasa berjumpa dengan wartawan, azmin ali atau nurul izzah pasti akan berkata bahawa PKR sokong & setuju ‘snap poll’ diadakan di Pulau Pinang…tak gitu?

    jika mahu dilihat takut & sememangnya takut pada ‘snap poll’, rakyat sudah pun tahu DAP, PKR & PAN akan menjadikan Yang Dipertua Negeri sebagai ‘kambing hitam’…Yang Dipertua Negeri akan ‘diserang’ oleh DAP, PKR & PAN jika permintaan pembubaran DUN ditolak…kutukan tetap harus diberikan walaupun ada yang berkata DAP, PKR & PAN ‘menyerang’ Yang Dipertua Negeri merupakan satu lakonan juga kerana terpaksa untuk mengalih perhatian rakyat tentang ketakutkan mereka yang sebenarnya tidak mahu ‘snap poll’ diadakan

    rakyat juga tahu jika DAP, PKR & PAN diam tidak cuba menjadikan Yang Dipertua Negeri sebagai ‘kambing hitam’ & tidak ‘menyerang’ Yang Dipertua Negeri selepas mengumumkan yang beliau tidak setuju membubarkan DUN, ini merupakan satu bukti juga bahawa DAP, PKR & PAN sebenarnya takut jika ‘snap poll’ diadakan di Pulau Pinang

    hehehehehehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *