Referendum Dikalangan Ahli DAP Macam Mana?

Share


lge_snap_election

DAP Pulau Pinang khabarnya sedang memikir untuk mengadakan snap-election atau bahasa mudahnya, pilihanraya negeri lebih awal dari PRU14 kononnya sebagai referendum rakyat terhadap pendakwaan Guan Eng dalam satu kes rasuah.

Cadangan itu mendapat reaksi yang pelbagai dari beberapa pihak setakat ini tapi bottom linenya, selaku kerajaan negeri, mereka ada kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri asal sahaja selaras dengan perundangan yang ada.

Persoalan sama ada proses itu akan menyusahkan rakyat dan sebagainya, itu kedua, yang penting dari segi perundangannya mereka boleh berbuat demikian, kalau betul nak buatlah.

Lagipun ini bukan pertama kali, sebelum ini masa Anwar mula terkait kes liwat kali kedua pada 2008, perkara sama dilakukan apabila Azizah dengan sengaja mengosongkan Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada satu pilihanraya kecil.

Anwar menang dalam pilihanraya itu tapi adakah keputusan berkenaan menghalang dia daripada didapati bersalah dan dipenjara selama 5 tahun pada 2015?  Tak juga.  Samalah macam yang ini.

Cuma apa yang ingin penulis tanyakan hari ini, bagaimana pulak dengan pandangan ahli-ahli DAP, memandangkan kes Guan Eng ini bukan sahaja melibatkan kapasiti dia sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga kapasitinya sebagai Setiausaha Agung DAP?  Patutnya sebelum buat referendum dengan rakyat Pulau Pinang, buat referendum dengan ahli parti sendiri dulu.

Sekalipun bergelar Ketua Menteri, Guan Eng tidak ada apa-apa jawatan dalam DAP Negeri.  DAP Negeri itu diketuai oleh Chow Kon Yeow yang juga Exco Kanan Pulau Pinang.  Mungkinlah sebab Guan Eng dah Setiausaha Agung tapi itulah masalahnya sebab ahli DAP berada di merata negara, kenapa hanya rakyat Pulau Pinang saja yang kena?

Atau yakin sangat yang semua ahli DAP dibelakangnya?  Belum tentu jugak, alangkah takde apa-apa isu pun sebelum ini, pemilihan dalam DAP sering dipenuhi dengan skandal sampaikan pemilihan yang lepas mendapat bantahan sebilangan ahli sehingga tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan dan terpaksa diadakan pemilihan semula.

Walaupun setelah diadakan semula, Pendaftar Pertubuhan masih tidak mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut sehingga sekarang.

Itu belum kes rasuah melibatkan Guan Eng ini meletup lagi, selepas meletup ini, tak tahulah apa pandangan ahli-ahli DAP.  Sebab itu penulis katakan, sepatutnya referendum di kalangan ahli DAP diadakan terlebih dahulu sebelum rakyat Pulau Pinang (dengan cara mengadakan pilihanraya negeri awal).



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *