Bilakah berakhir kemaruk spin?

Share


ADAKAH politik viral ‘jolok sarang tebuan’ akan berakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 sekitar 2018 nanti?

Semua tidak pasti dan kita sendiri kurang pasti.

Sejak 2008 lagi, gaya politik sebegini menjadikan calon sesuatu kerusi Parlimen dan kerajaan pemerintah sendiri pening kepala sehinggakan nyaris hilang kuasa.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hampir sahaja menang kerusi itu. Tetapi kerana dek permainan spin atau putar belit pembangkang, beliau tewas.

Lihatlah bagaimana lawannya, Nurul Izzah Anwar begitu licik memanipulasi keada­an dengan membuat kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah membabitkan Nong Chik dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur iaitu sehari sebelum PRU-13 pada 5 Mei.

Penerbitan kenyataan itu dalam portal propembangkang, Malaysiakini pada 4 Mei 2013 mengakibatkan reputasi dan maruah Nong Chik sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator terjejas teruk.

Setahun tiga bulan kemudian, Nurul Izzah mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2014 dengan menyuarakan kekesalan mengeluarkan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Tetapi malangnya pada hari berkenaan, imej Raja Nong Chik sudah tercemar. Putar belit dan fitnah oleh Nurul Izzah itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran. Akhirnya dikatakan peti-peti undi Taman Seri Sentosa dan Taman Bukit Angkasa tidak memihak kepada Raja Nong Chik. Damage has been done.

Kita rakyat Malaysia amat sedih andai gaya politik sebegini masih melingkari minda pemimpin pembangkang.

Ia ibarat ‘menjolok sarang tebuan’ yang sarang itu adalah fikiran pengundi dan tebuannya pula adalah hasil tindak balas pengundi terhadap fitnah, spin dan tohmahan yang barangkali menyebabkannya terpengaruh.

Si Rafizi Ramli iaitu Setiausaha Agung PKR telah mencubanya dengan menjaja isu ‘cincin’ sebelum PRU-13 hanya untuk menimbulkan kebencian rakyat. Setelah diheret ke mahkamah, barulah dia bersuara mengatakan isu cincin isteri pemimpin kerajaan itu hanya lawak jenakanya.

Setelah 13 tahun Iraq diserang, barulah semalam inkuiri awam Britain mendapati Perdana Menterinya waktu itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana menyerang negara Teluk tersebut.

Fakta ini mirip siasatan satu suruhanjaya bebas di The Hague, Belanda pada 2010 yang gagal mengesan senjata pemusnah di Iraq – punca negara itu di­serang Barat dengan presidennya, Saddam Hussein kononnya menjadi ancaman dunia.

Malangnya, nasi sudah jadi bubur. Sepanjang perang dan penaklukan enam tahun akibat spin barat ini, 150,000 rakyat Iraq terkorban dan negara itu bergolak, dibom sana sini sehinggalah sekarang.

Zulkifli Jalil
Utusan



4 thoughts on “Bilakah berakhir kemaruk spin?

  • July 12, 2016 at 10:50 am
    Permalink

    serupa la kalu kita bersosial byk pekara buruk timbul sbb lumrah manusia suka mendengar fitnah dan menyalurkan fitnah sedang Arwah Nabi selalu berpesan elok diam daripada berkata palsu. Umumnya manusia kalu tak pandai cerita dikatakan tak pandai bergaul atau kera sumbang, bila bergaul ini la jadinya. Fitnah adalah talian hayat pembangkang dipelopuri tukang karut dan penyambung fitnah.

    Reply
  • July 12, 2016 at 3:44 pm
    Permalink

    Tulah byk sgt baca media sampah serawakrepot, WSJ, the egde, yg palsu dikata benar , yg benar dikata palsu. Klu syaitan dijadikan kawan beginilah jadinya.

    Reply
  • July 12, 2016 at 4:11 pm
    Permalink

    … there is only one allegation against Najib, and this is regarding 1MDB. Najib has denied those allegations but they have not come forward with any evidence to prove that Najib lied.
    But instead:
    Since they are making the allegation then they need to prove it. Instead they are asking Najib to prove his innocence, which is not his job.

    They fabricate documents and allege that the documents are real and not fakes. But thus far they have not been able to prove the authenticity of those documents. Instead, they want Najib to prove that the documents are false, which is not Najib’s job since the one who alleges must show proof.

    For that one allegation against Najib regarding 1MBD there are dozens of allegations against all those who oppose Najib. But none of them have come forward to sue to prove their innocence. And yet they insist that Najib sue to prove his innocence.

    There must be something wrong with these people!!!

    Reply
  • July 13, 2016 at 8:33 am
    Permalink

    Telah diketahui bahawa kita sekarang berada didalam zaman2 yang akhir sebelum kiamat, kerana banyaknya tanda2 kiamat kecil yang kita dah nampak. Jadi kes2 spin menyepin ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh umat akhir zaman samada sengaja atau tidak sengaja. Itulah yang dikatakan sebagai Fitnah Akhir Zaman, yang mana lebih ramai manusia yang mempercayai penipuan lebih daripada untuk menyiasat sendiri.

    Sebagai penyokong kerajaan sekarang, aku memang dah lama cop didahi Rafizi lembut dan Nurizah blojob(harap bukan fitnah ye)sebagai tukang spin dan tukang buat cerita. Yang non-muslim tu kita xpayahlah nak berdebatkan sebab selagi tak jadi muslim tetaplah mereka didalam neraka nanti.

    Cuma masalahnya sekarang umat Malaysia ini amat mudah percaya tanpa menyelidik terlebih dahulu.

    Reply

Leave a Reply to TORATORA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *