MOF Muflis: Cara Mahathir Membodohkan Pengikutnya

Share


1mdb7

PENULIS kadang-kadang hairan bagaimana mudah sesetengah dari kita mudah sangat dibodohkan seorang tua seperti Mahathir seperti dalam halnya konon Kementerian Kewangan (MOF) akan muflis hari ini berikutan pertikaian antara 1MDB dan IPIC di London Court of International Arbitration (LCIC).

Teras kepada kepercayaanya ialah, memandangkan MOF merupakan pemilik 1MDB maka dengan IPIC menuntut ganti rugi USD 6.5 billion dari syarikat tersebut, MOF boleh bankrap kerana tidak mampu membayar.

Mudah betul kan?  Nak gulung satu syarikat enterprise pun makan masa lebih dari sehari tapi nak bankrapkan sebuah kerajaan, cukup dalam masa sehari – pun ada yang percaya, begitu bodohnya mereka.  Bila kita cakap (bodoh), pandai pulak nak melenting walaupun memang betul.

Sebetulnya, usah kata percaya, membincangkan hal ini tanpa pengetahuan mendalam mengenai selok belok perniagaan peringkat antarabangsa pun satu kebodohan yang nyata.  Ramai yang penulis berjumpa dan  bercakap tentang hal ini, tak tahu macam mana nak selesai penyata kewangan syarikat masing-masing pun tapi ada hati nak cakap benda-benda ‘besar’ macam ini.

Yang makan gaji dan tak pernah menjual satu apa benda pun sepanjang hidupnya, jangan cakaplah.  Kadang-kadang terasa cakap dengan haiwan, bukan dengan orang.

Wang negara ini pernah hilang RM 30 billion akibat kegagalan urus niaga matawang di zaman pentadbiran Mahathir pada pertengahan 90-an, pun negara ni tak bankrap, bagaimana pulak dengan jumlah yang jauh lebih rendah dari itu hari ini, boleh membankrapkan negara – kalau betul pun IPIC dapat apa yang dia tuntut?  Ini, bicara pun jalan lagi.

Dalam hal lesap RM 30 billion tu Mahathir tak mengaku bertanggungjawablah (apa benda salah yang dia pernah mengaku) tapi duit itu memang betul-betul lesap, pun tak bankrap!!

Tak hairan hari ini bila semua urusan di MOF dan agensinya berjalan seperti biasa, puak-puak yang membuat dakwaan ini (semuanya ada kaitan dengan Mahathir), buat bodoh macam itu jugaklah.  Takdelah sekelumit pun rasa bersalah di hati masing-masing menbodohkan rakyat waima bilangannya tak ramai.

Maka itu berhentilah mempercayai Mahathir dan kuncu-kuncunya dengan serta merta.  Nak berapa kali kena kencing baru mahu sedar rupanya kenyang dengan air kumbahan manusia?



6 thoughts on “MOF Muflis: Cara Mahathir Membodohkan Pengikutnya

  • July 11, 2016 at 11:23 pm
    Permalink

    Khairuddin Cabar Najib Dan Keruak
    This was sent to me by Datuk Khairuddin Abu Hassan. It is self explanatory. I have not edited anything.

    SAYA CABAR NAJIB TUN RAZAK UNTUK BENTANGKAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KEPADA KESELURUHAN RAKYAT SEKIRANYA TIADA UNSUR PENYELEWENGAN!!

    Oleh Khairuddin Abu Hassan.

    Najib tun razak jangan jadi bacul!! Kalau najib tun razak benar-benar berketurunan pahlawan bugis beliau harus mengambil pendekatan terbuka dan telus untuk membentangkan laporan ketua audit negara kepada keseluruhan rakyat di tanahair kita!!

    Apa najib tun razak nak takut kerana selama ini beliau senantiasa mempertahankan kenyataannya bahawa tiada unsur salahlaku serta penyelewengan dalam kes skandal 1mdb!!

    Dulu ketua audit negara kata status laporan ketua audit negara akan hilang status OSA apabila laporan PAC dibentangkan di parlimen!! Tetapi kenapa sehingga kini masih lagi mengklasifikasikan laporan ketua audit negara sebagai OSA??!!

    Tolong bagi tahu menteri komunikasi dan multimedia malaysia yang amat bangang untuk sediakan satu slot ‘air-time’ penerangan melalui siaran rtm agar keseleruhan rakyat dapat mengetahui segala fakta-fakta dari laporan ketua audit negara!!

    Saya cabar salleh tun said selaku menteri komunikasi dan multimedia untuk berdebat dengan saya melalui siaran terus menerus rtm mengenai tajuk kes skandal 1mdb ini!!

    Kalau salleh tun said asyik ‘menegak benang yang basah’ dan hanya buat kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal mengenai kes skandal 1mdb; adalah lebih baik untuk beliau berdebat secara terbuka dengan saya dan biarkan 30 juta rakyat malaysia menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selama ini!!

    Salleh tun said ini adalah pemimpin bangang kaki bodek minda lemah otak udang yang sanggup bersekongkol dengan unsur-unsur kemungkaran serta salahlaku rasuah demi untuk menjaga poket, perut dan pangkat beliau!!

    Beliau ni cakap banyak tapi macam ‘pot tin’ kosong saja!! Kita ajak debat melalui siaran terus menerus program rtm sehingga kini tak berani pun!! Dia menteri nak takut apa untuk berdebat dengan rakyat marhein macam saya ni!!

    Rakyat malaysia selaku pembayar cukai ingin mengetahui secara terperinci akan semua isi kandungan serta fakta-fakta di dalam laporan ketua audit negara!!

    Kalau salleh tun said kata laporan oleh clare brown dari sarawak report tidak mempunyai asas kebenarannya; sudah tiba masa ketika yang sesuai untuk pihak kerajaan mengumumkan secara terbuka dan telus mengenai isi kandungan sebenar laporan ini!!

    Orang tua-tua selalu kata berani kerana benar dan takut kerana salah!!

    Kalau salleh tun said dan kerajaan tidak berani menzahirkan fakta laporan ketua audit negara secara tebuka lagi telus; ini membawa erti mereka bersalah!! Sebab itu mereka takut sangat!!

    Mesti ada pelbagai fakta-fakta dan unsur-unsur penyelewengan yang ingin mereka sorok dari pengetahuan rakyat jelata!!

    Selagi salleh tun said tak berani berdebat dengan saya mengenai kes skandal 1mdb dan selagi beliau tak berani buat satu program melalui rtm mengenai laporan ketua audit negara ini; tolong bagi tahu salleh tun said lebih baik beliau duduk diam-diam cukuplah!!

    Beliau pada hakikatnya adalah seorang ‘pot tin’ kosong yang tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai kes skandal 1 mdb yang menjadi isu polemik di seluruh negara!!
    Syed Akbar Ali at 8:51:00 PM

    Reply
  • July 12, 2016 at 4:49 am
    Permalink

    Cabaran yg semua org atasan tahu yg tak mungkin bole berlaku..
    Tapi sengaja di cabar supaya.. apabila tidak di sahut kerajaan.. pada rakyat kebanyakan, kononnya menampakkan kerajaan menyorokkan sesuatu..
    Perang saraf yg memualkan..
    Sampai sekarang pun pembangkang tidak sanggup menyatakan dari mana mereka mendapat duit berbillion ringgit utk membayar belanja pilihanraya dan segala aktiviti mereka..?

    Reply
  • July 12, 2016 at 7:57 am
    Permalink

    ala hantu…kalo dibentang kn pn laporan tu bukan ko bole terima pun laporan nye…

    Reply
  • July 12, 2016 at 8:27 am
    Permalink

    Khairudin ni manusia “opportunist”, teringat satu kisah masa Anwar Ibrahim jadi TPM dan Menteri Kewangan, dia datang berjumpa Anwar, dia nk minta lesen Haulage, tapi malangnya, Anwar tk bagi, pasal Anwar tk suka bagi projek pada org yg ada pertalian kekeluargaan, dia lagi suka bagi pada kroni2 dia..maka bukan main marah dan melenting si Khairudin tu, apa yg di hajat Anwar tk tunaikan. Bermula lah rancangan dia nk menjatuhkan Anwar, gara2 nk membalas dendam, maka timbul lah buku 50 Dalil Mengapa Anwar tk boleh jadi Pm.Kisah ni di ceritakan oleh sahabat saya, dia org kuat umno, berkedudukan juga. Kesimpulannya, manusia ni susah nk cari yg betul2 ikhlas, bila sesuatu yg di pohon tk dapat, mula lah tikam belakang, kalau kita sebagai org Islam, paling mudah rumusan kita, ialah, belum ada rezki, tutup cerita, kalau Allah dah kata tu rezki kita, tetap kita dapat. Jgn jadi mcm penulis blog Shahbudin Hussin, semua yg kerajaan dan umno buat salah dan tk betul, dia dulu Naib Umno Bahagian Titiwangsa, sekarang ni dia lagi teruk dari pembangkang, ni mesti apa2 hajat dia masa dalam umno tk dapat, kalau dia dapat kemewahan dan kedudukkan, dah tentu dia tk jadi penulis blog yg berhati busuk, wallahuallam.

    Reply
  • July 12, 2016 at 12:46 pm
    Permalink

    Khairuddin ini tak penah Bantu umno ketika berkempin dia hanya ambil kesempatan umno sebab anwar suadara dia je bila anwar dah tak nak Bantu dia dedahkan rahsia anwar seorang peliwat, manusia macam ini hanya penting diri, bagus pun najib buang dia dan najib tak nak Bantu dia ketika dia bankrap dulu, ada orang cerita pada aku ini khairuddin bankrap Dan rumah di tarik oleh Cimb kemudian jumpa najib minta bantuan najib tak layan Dan jumpa adik najib tak layan sebab dia tahu perangai khairudin suka tikim suadara dari belakang Dan suka menyalahkan orang bila syrikat bankrap, bila jumpa tun m minta bantuan tun m suruh dia jadi macai tun m keluar sana sini untuk burukkan najib,tun m ingatkan khairuddin tak ADA benda percuma kecuai jadi macai tun m. khairudidn penah tak Bantu peniaga bumiputera bila dia kaya dulu

    Kalau benar si khairuddin dedahkan macam mana dia boleh bayar hutang bank, kalau tak bantuan Dari tun m itu Dan kalau khairuddin benar macam mana pulak mahkamah boleh tarik balik istiharkan muslis, siapa yg menbanyar hutang dia.

    Reply
  • July 12, 2016 at 2:20 pm
    Permalink

    Si Khairudin bersekongkol ngan lawyer cina bernama Matthias Chang, dia tu salah satu ahli Freemason, sahabat2 buat homework sikit, siasat latar belakang si Matthias Chang tu, bahaya manusia tu, agenda nk hancurkan Islam dan lemahkan kerajaan pimpinan org Melayu..wahai sahabat Melayu dari Umno, Pas, Pkr dan Pan, mari lah kita bersatu, kuat kan rumpun Melayu kita, bila kita kuat dan bersatu, kita tk semudah hendak di perkotak katik, lupa kan ego diri masing2, buang jauh2 demi agama negara dan bsngsa..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *