Masalah Air Kedah: Nak Serang Pun Gunalah Otak Yang Waras…

Share


sada call centre

Penulis ketawa membaca beberapa tulisan ‘nakal’ dari beberapa ‘macai pemakan dedak’ bekas Menteri Besar Kedah yang menghentam Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk bertanggungjawab tentang masalah air di negeri itu.

Tidak kurang juga dari tulisan-tulisan pihak pembangkang di Kedah, suara mereka senada saja, cuba mengambil kesempatan atas rungutan rakyat di negeri itu berkenaan masalah tekanan rendah air di pili rumah dan putus bekalan air pada Aidilfitri baru-baru ini.

Ahmad Bashah juga yang kena? Baru saja 5 bulan menjadi Menteri Besar, tiba-tiba mereka menuding jari pada beliau? Di mana agaknya kewarasan otak dan akal mereka, mempersoalkan ‘najis’ yang mereka tidak pedulikan bertahun sebelum ini?

Penulis yakin, jangankan Ahmad Bashah, sesiapa pun tidak mungkin dapat membina loji air yang berfungsi secara efektif dalam tempoh 5 bulan. Malah tidak ada sesiapa pun yang mampu gantikan paip-paip air di bawah tanah sekelip mata.

PAS Kedah sempat memerintah negeri itu selama 5 tahun dan Mukhriz pula hampir 3 tahun menjadi Menteri Besar Kedah. Kenapa mereka tidak pedulikan tentang masalah ini ketika mereka berkuasa dulu? Sebab rakyat belum bising?

Siapa kata rakyat Kedah tidak bising ketika itu? Cuba tanya ‘Dr Google’ tentang laporan masalah-masalah bekalan air di Kedah sejak 2008 hingga awal 2016. Harap jangan terbeliak biji mata bila mendapat jawapannya.

Pada pandangan penulis, kini tidak guna untuk mana-mana pihak menuding jari kepada mana-mana pihak sekali pun. Yang perlu sekarang ialah menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Kedah.

Ahmad Bashah esok pagi dilapor akan pengerusikan mesyuarat khas berkenaan masalah bekalan air di Kedah. Penulis harap, Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membentangkan laporan yang lengkap kepada Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri.

Penulis harap, laporan dari SADA itu ‘benar’. Perlu dilapor tentang prestasi dan operasi sebenar SADA. Perlu dilapor tentang masalah-masalah rakyat yang tidak dapat ditangani. Perlu telus dan laporkan tahap sebenar ‘Non-Revenue Water’ (NRW) di Kedah.

Segalanya perlu lengkap. Dari peringkat sumber air mentah, ke peringkat ‘water treatment plant’, loji agihan, sistem agihan air, keadaan terkini paip-paip air, serba-serbinya perlu dijelaskan sejelas-jelasnya oleh SADA.

Paling utama, SADA perlu jelaskan kenapa susah sangat Pusat Aduan syarikat itu mahu angkat telefon. Memang geram rakyat Kedah dibuatnya. Siapalah yang tidak geram jika bukan saja telefon tidak diangkat, malah respon pun tidak memuaskan hati, bukan?

Jadi, penulis mengharapkan agar Ahmad Bashah dan Exco berkenaan berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah bekalan air di Kedah. Dipihak rakyat Kedah pula, janganlah harapkan masalah itu dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Berpijaklah pada bumi yang nyata, Mukhriz pun tak dapat buat dalam tempoh itu, bukan?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *