Kalau Sebabnya 1MDB, Husni Tak Tunggu Rombakan Kabinet

Share


IMG-20160629-WA0002

KEPUTUSAN bekas Menteri Kewangan 2, Datuk Sri Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti, memang mengejutkan kerana dalam sekian banyak nama yang dijangka kekal, gugur, muka baru dan sebagainya dalam rombakan kabinet kelmarin, nama beliau tidak ada dalam senarai.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari Husni dan pendirian beliau untuk mendiamkan diri itu perlulah dihormati.

Tapi sementara itu, tidak adillah kepada mana-mana pihak yang lain membuat analisa serkap jarang kenapa tindakan begitu drastik diambil oleh bekas Ketua UMNO bahagian Tambun tersebut. Antaranya mengaitkan keputusan tersebut dengan 1MDB (rujuk gambar di atas)!!

Masuk akal ke kalau isunya 1MDB yang berlarutan selama hampir  1 tahun setengah (sebelum Peguam Negara dan PAC buat keputusan tidak ada kes salah laku yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri awal tahun ini), baru sekarang Husni nak letak jawatan?

Agak-agaklah nak buat analisa cap ayam menghampiri bohong bulan bulanan puasa ni.

Husni adalah Menteri yang dipertanggungjawabkan Perdana Menteri untuk memberi penjelasan mengenai isu 1MDB ini. Bahkan beliau juga adalah orangnya yang memberi taklimat kepada kabinet mengenai isu sebenar 1MDB ni yang diputar belit Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Dalam erti kata yang lain, Husni adalah orang yang paling tahu bahawa sesungguhnya isu mengenai 1MDB ini dan dakwaan konon Perdana Menteri terlibat dengam sebarang salah laku berkaitannya, hanyalah satu permainan politik sahaja – tidak lebih dan tidak kurang. 

Takkan baru sekarang nak letak jawatan kerana 1MDB kot? Kalau ya pun (penulis katakan KALAU) Husni tampil dengan alasan tersebut selepas ini, ia hanya menjejaskan reputasinya sahaja sebab rakyat akan mempersoalkan kewajaran Husni melepaskan jawatan hanya ketika rombakan kabinet dilakukan bukan ketika isu itu tengah hangat.

Nampak sangat nanti 1MDB hanya satu alasan bila ura-ura keengganan menerima pertukaran portfolio (akibat prestasi semasa nya yang agak menurun), dikaitkan dengan perletakan jawatan tersebut.

Penulis bagaimanapun percaya Husni tidak begitu bodoh orangnya nak melakukan sedemikian. Bagaimanapun ini politik, apa saja berkemungkinan.

Kalau tak sebab tuan punya badan, Syaitan penghuni bangunan tepi tasik yang menghasut kemudian. 



2 thoughts on “Kalau Sebabnya 1MDB, Husni Tak Tunggu Rombakan Kabinet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *