Adakah Mahathir Secara Tersirat Cuba Desak Diadakan PRU14 Sekarang

Share


KITA amat maklum bahawa Tun Dr Mahathir Mohammad bukanlah seorang yang bercakap “straight forward”. Kebanyakkan kata-kata beliau mempunyai maksud yang tersembunyi.

Persoalannya, adakah pengakuan beliau kali ini, benar-benar ikhlas atau seperti biasa beliau mempunyai agenda lain yang lebih besar? Sebenarnya kita tahu bahawa Mahathir sudah hilang “taringnya” apabila beliau bersekutu dengan pembangkang.

mahathir

Baru-baru ini Mahathir mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menang, malah turut menawan semula Selangor jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

“Buat masa ini, pihak pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir. Mereka tidak bersedia. Mereka tidak mempunyai jentera seperti BN. BN mempunyai jentera kerajaan…,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

“Saya rasa mungkin beliau (Najib) akan menang jika mengadakan pilihan raya sekarang,” kata bekas perdana menteri itu.

Namun kita tidak dapat menafikan bahawa sememangnya pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir. Dan memang benar mereka tidak mempunyai jentera sekuat Barisan Nasional. Namun jangan kita lupa bahawa pembangkang penuh dengan tipu muslihat.

Dalam perkara ini, kerajaan BN perlu membuat pertimbangan yang waras tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen positif dan negatif yang cuba digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Cuma kita tertanya-tanya pula, adakah Mahathir menyesal bekerjasama dengan pembangkang yang gagal menolong beliau meletakkan Mukhriz di tempat yang beliau harapkan? Adakah tamparan kekalahan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dilihat terlalu kuat? Atau mungkinkah pemecatan Mukhriz dari Umno telah membuatkan beliau terkasima?

Selain daripada itu juga, Mahathir turut menganggap bahawa BN mempunyai perikatan yang berterusan selama lebih 50 tahun, manakala pihak pembangkang pula disifatkan sebagai ‘himpunan yang longgar’ di kalangan mereka yang tidak mempunyai dana kewangan untuk menjalankan jenteranya.

Kita tahu bahawa pembangkang mempunyai dana yang besar. Oleh itu, kenyataan Mahathir ini dianggap memang mempunyai motif tersembunyi.

Nampaknya isu PRU14 ini begitu memberi kesan kepada Mahathir. Mungkin beliau beranggapan bahawa ini sahaja harapan yang beliau ada untuk menggulingkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan masa yang cukup tidak menyebelahi beliau setelah beberapa siri perancangan beliau gagal untuk menyingkirkan PM.



One thought on “Adakah Mahathir Secara Tersirat Cuba Desak Diadakan PRU14 Sekarang

  • June 29, 2016 at 11:22 pm
    Permalink

    biasalah si madey tua kutuk ini, asyik nak mengelirukan orang dengan kenyataan separuh masaknya.

    apa yang jelas sekarang dia nak jadi kepala perang bagi belah pembangkang mengantikan anwar…hahahahahahahaha…

    Reply

Leave a Reply to dkds Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *