Mampukah UMNO Tarik Pengundi Anak Muda

Share


SEJAK kebelakangan ini UMNO dilihat tidak lagi relevan dengan anak-anak muda walaupun komponen UMNO terdiri daripada sayap Pemuda dan sayap Puteri. Ramai pihak mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO yang menyumbang kepada masalah untuk menarik sokongan orang-orang muda.

PEMUDA PUTERI

Sesetengah pihak mempertikaikan isu ruang dan peluang untuk anak-anak muda menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka ke dalam parti yang tertua di negara kita ini.  Adakah ini bermakna Pemuda dan Puteri UMNO tidak mengalu-alukan penyertaan anak-anak muda berbakat ke dalam sayap-sayap mereka?

Malahan pemerhati politik turut memperkatakan berkenaan budaya “cah keting” yang dilihat masih lagi menebal dikalangan pemuda dan puteri Umno. Golongan profesional dan terpelajar seolah-olah dipinggirkan oleh golongan korporat yang mendominasikan parti tersebut.

Dalam usaha untuk menarik semula sokongan anak-anak muda terhadap UMNO maka budaya dan corak pentadbiran yang berunsur negatif perlu ditukarkan manakala segala prinsip dan budaya yang positif masih perlu terus dikekalkan bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO untuk memertabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita.

Memandangkan kini semua pihak agak teruja memperkatakan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2018 atau penghujung 2017, sepatutnya sayap Puteri dan Pemuda UMNO perlu mengenepikan agenda peribadi dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Anak-anak muda terutamanya dari golongan profesional dan pemimpin akar umbi perlu diberi peluang untuk diketengahkan. Mereka perlu diberi ruang untuk memegang jawatan yang sepatutnya dalam hairaki kepimpinan Pemuda dan Puteri. Budaya “cah keting” perlu ditinggalkan jika mereka mahukan perubahan yang lebih memberangsangkan dari segi sokongan anak-anak muda kita.

Kira-kira setahun yang lepas, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui bahawa sayap parti itu dan Pemuda BN masih gagal memenangi hati anak muda khususnya pengundi kali pertama menjelang PRU14 akan datang.

Perkara tersebut berdasarkan kepada penilaian UMNO sendiri susulan kebanyakan mereka adalah pengundi atas pagar yang masih belum membuat sebarang keputusan.

Malahan Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam kajiannya mendapati tiada mana-mana parti politik yang berani mendakwa mendapat sokongan blok pengundi muda.

Dengan melebihi 13 juta orang, pengundi muda dianggap mampu menentukan prestasi sesebuah parti politik dalam PRU14. Menurutnya lagi, pengundi muda yang pertama kali mengundi, mempunyai penilaian yang lebih luas termasuk isu, sentimen dan persepsi.

Namun apakah tindakan susulan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia ini. Setahunsudah berlalu namun tindakan yang lebih proaktif dan fokus kepada menambah bilangan dan sokongan pengundi muda masih lagi tidak dilakukan.

Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Puteri Umno Malaysia perlu segera bangkit dari “lena” yang panjang. Jawatan yang anda sandang datang bersama tanggungjawab yang anda bukan sahaja perlu jawab dengan ahli parti malahan anda perlu jawab di akhirat kelak di hadapan Allah s.w.t.



5 thoughts on “Mampukah UMNO Tarik Pengundi Anak Muda

  • June 20, 2016 at 6:04 pm
    Permalink

    Selagi agenda peribadi dan group menjadi fokus dlm aktiviti dan program umno tidak akan berjaya dlm menarik golongan muda terpelajar. Di luar sana ramai sedang menunggu peluang. Pendekatan dan kaedah mesti pelbagai.
    Rancang dan buat strategi tackle golongan ini. UMNO dn kerajaan ada byk kemudahan dan peluang.

    Reply
  • June 20, 2016 at 6:21 pm
    Permalink

    Pemuda Umno zaman kj, lesu,malas,tak bersemangat.Takda sorang pun pemimpin dikalangan Pemuda yang berkaliber.Semua syok sendiri dari ketua sampai ketua pemuda cawangan.Alangkah baik kalau YB Budiman jadi ketua pemuda Umno .Kita tak mahu.ketua pemuda yg. versatile tak keruan tapi ketua pemuda yang sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mantapkan parti.Zaman hj suhaimi,anwar,najib,nazri,rahim tamby chik dan zahid cukup gah dalam politik tanahair.lani zaman kj ,kaku tak bernaya.Mampus Datuk Najib kehulu ke hilir mempertahankan diri dari fitnah bagai gelombang.Saya tak nampak suara pemuda mempertahankan Najib dari peluru peluru.pembangkang.Kalau tak mampu KJ&group lopehan jo jawatan tu.Ghamai laie yang boleh kotongah.

    Reply
  • June 20, 2016 at 6:34 pm
    Permalink

    RPK dalam tulisannya berceritakan bahawa anjing yang menyalak tidak menggigit. Yang menggigit ialah anjing yang duduk diam pada satu sudut tanpa menyalak. Dia menulis melalui pengalamannya digit anjing.

    RPK samakan individu yang menyalak sebagai anjing termasok semua konco2 nya semua bagai anjing yang menyalak.

    Reply
  • June 20, 2016 at 9:03 pm
    Permalink

    SUDAH SEMESTINYA UMNO MAMPU TARIK PENGUNDI ANAK MUDA.. senang je nak tackle orang muda. orang muda ni baru nak mula hidup berdikari.. fikir nak beli rumah sendiri, kereta sendiri, moto sendiri, nak cari pasangan, nak kahwin, nak anak, nak besarkan anak kecik, nak kerja yang menawarkan gaji lumayan, nak happy, nak hiburan, nak melepak dengan kawan di kedai makan, nak tengok smartphone.. so hayatilah apa yang orang muda suka nak buat.. insyaallah mereka pangkah lambang dacing. muah

    Reply
  • June 21, 2016 at 4:21 am
    Permalink

    Golongan muda kebanyakannya anti establish. Mereka lebih mudah disuap dan menerimancerita negatif pemimpin BN berbanding pembangkang. Mereka malas mencari kebenaran, darah mereka terlalu cepat panas, sukar menerima penjelasan dan mudah domenghadam kebencian terhadap pemimpin. Doktrinisasi oleh pembangkang dan media mereka. Jika pemuda dpt mengatasi masalah ini, undi anak muda milik BN

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *