BN Perlu Fokus Pengundi Muda Sebelum PRU14

Share


TUMPUAN kini beralih kepada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) berikutan kemenangan berganda Barisan Nasional(BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sabtu lepas. Sebelum itu juga, BN turut meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Namun bukan semudah itu untuk kepimpinan tertinggi negara menentukan tarikh PRU14. Banyak faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Kita amat maklum bahawa BN masih ketinggalan dalam menarik sokongan pengundi muda. Sayap Pemuda dan sayap Puteri masih gagal menunaikan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.

pru14

Dalam perkara ini, non-governmental organization (NGO) perlu digunakan dengan sepenuhnya bagi mengatasi kelemahan-kelemahan sayap Pemuda dan Puteri memikat anak-anak muda menyokong BN. Kerja keras dan sistematik harus dilaksanakan bagi menjayakan agenda membawa anak-anak muda kembali menyokong BN.

Sepanjang PRK Kuala Kangsar baru-baru ini, kita dapat melihat penglibatan sepenuhnya anak-anak Datin Mastura menjalankan kempen bagi pihak ibu mereka. Aura positif mereka telah membawa satu fenomena baru dalam siri kempen politik negara kita. Tambahan pula, anak-anak Datuk Seri najib dan Tan Sri Shahrizat turut sama mewarnai kempen tersebut. Oleh itu, bukan mustahil untuk menarik anak-anak muda ini. Cara pendekatan dan formula yang betul amat diperlukan.

Kita perlu tahu bahawa kemenangan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar bukan menjamin kemenangan besar dalam PRU14 kelak. Kita harus belajar daripada kesilapan kita yang lepas. PRU12 telah diadakan selepas PRK Ijok yang diadakan pada 28 April 2007. Bersandarkan kepada PRK Ijok yang telah dimenangi oleh calon BN-MIC K. Parthiban, dengan majoriti 1,850 undi, PRU12 telah diadakan pada 8 Mac 2008.

Keputusan PRU12 amat memeranjatkan ramai penganalisis politik kerana BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala ketiga-tiga buah parti pembangkang utama (Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, dan Parti Islam Se-Malaysia) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi Parlimen. Dengan ini pihak pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Faktor lain yang perlu kita pertimbangkan adalah tarikh Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara. Mengikut kebiasaannya, banduan hanya dipenjarakan 2/3 daripada tempoh hukuman yang dijatuhkan maka Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan selewat-lewatnya pada Oktober 2017. Jika mengikut sejarah lama Anwar, beliau dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada tahun 2004 dan semenjak itu beliau menggerakkan pembangkang terutama PKR sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, dan luar negara. Beliau dikatakan mencari dana, menyusun strategi sehingga BN gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU12 yang lepas.

Sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan, banyak perkiraan perlu dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 boleh diadakan. Datuk Seri Najib Razak berkata demikian sebagai mengulas kemenangan besar BN di PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Beliau turut berkata, pihaknya akan membuat analisis mendalam mengenai kemenangan BN pada kedua-dua PRK itu.

“Biarlah sehari dua ini kita hayati kemenangan dan seronok sikit, jangan lama sangat seronok kerana banyak tugas yang patut dilakukan untuk kita terus berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

“Saya hendak kita jangan terbawa-bawa dengan kemenangan ini, kita mesti bawa sikap rendah diri, sikap mendekati rakyat, sikap rajin membantu rakyat, kalau kita pegang pada prinsip ini, sokongan kepada BN akan terus meningkat,” katanya.



3 thoughts on “BN Perlu Fokus Pengundi Muda Sebelum PRU14

  • June 20, 2016 at 4:01 pm
    Permalink

    Betul chah, anak2 dn keluarga pemimpin kena turun bersama ke akar umbi. Jgn lupa bersikap sederhana dlm semua hal adalah penting. Tingkahlaku pakaian percakapan kena sederhana. Imej buruk tinggalkan.
    contohi presiden joko yg berjaya menambat hati penyokong hanya dg imej sederhana. Mungkin zaman telah berubah berputar kembali asal. Imej bergaya, mewah dikaitkan dg perilaku buruk dan tidak disenangi.

    Reply
  • June 22, 2016 at 6:34 am
    Permalink

    Orang muda Melayu sudah ada sedikit ilmu dan otak untuk berfikir. Susah juga tu nak kelentong dia orang…

    Reply
  • June 26, 2016 at 12:15 am
    Permalink

    Hahaha

    Baru korang sedar ye.

    PRK Sg.Besar dan KK, banyak dibantu oleh saluran 4 dan 5.
    Org muda tidak dapat bersama, lantaran kesibukan bekerja, faktor jarak dan masa.

    Tunggu PRU14.
    Dua PRU yg lepas dah menunjukkan bukti, pengundi muda bukan rakyat bodoh walaupun disuap rasuah pilihanraya.
    Mereka lebih berilmu, dan makin ramai yg mempunyai kesedaran agama yg tinggi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *