#PRKSgBesar: Ketahui Bagaimana Strategi DAP Bawa Keluar Pengundi

Share


lim kit siang marahTanggal 18 haribulan bakal mencatat sejarah dalam lanskap politik Parlimen Sungai Besar. Buat kali pertama, pertarungan 3 penjuru di antara Barisan Nasional, PAS dan PAN sebenarnya memberi gambaran yang bakal berlaku pada PRU 14 nanti.

Awal tempoh berkempen, kita disajikan dengan ketidakyakinan Lim Kit Siang bahawa PAN akan memenangi kerusi Sungai Besar. Ia disambut dengan gelak tawa penyokong Barisan Nasional apabila mendengar berita tersebut.

Positifnya, ia meningkatkan moral jentera BN, bahawa keyakinan yang timbul bukanlah angan-angan dek kesangsian yang ada pada diri Lim Kit Siang.

Sebaliknya, mesej yang diterima oleh penyokong DAP sangat berbeza, iaitu mereka perlu keluar mengundi bagi memastikan kemenangan kepada PAN. Bagaimana ianya berlaku? Sentimen yang dizahirkan oleh Lim Kit Siang sebenarnya bersikap “reverse psychology” bagi menerbitkan kebimbangan atau “fear factor” kepada penyokongnya di Sekinchan. Dengan kebimbangan itu, dia kemudian mengolahnya, lantas menerbitkan azam di kalangan penyokongnya untuk keluar mengundi.

Apa yang Lim Kit Siang bangkitkan adalah fasa pertama, yang kemudiannya disambut pula oleh Teng Chang Kim dalam satu ceramah berikutnya, dalam jarak 5-6 hari kemudian.

Teng, mengikut kefahaman penulis, memberitahu kepada penyokong-penyokong mereka bahawa peluang mereka untuk memenangi kerusi Sungai Besar adalah 50/50. Mesej ini merupakan momentum, untuk benar-benar menanam tekad di hati pengundi mereka untuk keluar mengundi. Mengapa 50/50? Pada hemat penulis, angka itu bersifat motivasi untuk meraih kelebihan 1% lagi, menjadikannya 51%. Dengan tidak terlalu membebankan, peratusan yang diberikan seolah-oleh menyerahkan kepada pengundi samada mahu menang, atau tidak. Jika mahu, berusahalah kerana ia hampir menjadi kenyataan.

“Mood” penyokong dibina dengan begitu rapi sekali. Namun, jentera mereka sebenarnya telah bergerak hebat sejak hari pertama tempoh berkempen lagi. Buktinya, gerak kerja, malah ceramah PAN dianjurkan pada hari pertama tempoh berkempen!

Oleh yang demikian, penulis berharap jentera Barisan Nasional juga perlu mengambil tindakan yang tuntas, iaitu dengan mengeluarkan pengundi putih mereka seawal yang mungkin.

“Politic is the game of numbers”. Sembang kencang pun tetap kalah jika kurang 1 undi.

 



2 thoughts on “#PRKSgBesar: Ketahui Bagaimana Strategi DAP Bawa Keluar Pengundi

  • June 18, 2016 at 6:28 am
    Permalink

    kedua dua prk ini menyelabehi bn ….. tak caya tunggu ….

    Reply
  • June 18, 2016 at 7:25 am
    Permalink

    saya berharap PAN tewas dgn teruk sebaiknya kehiangan wang deposit.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *