#PRKKualaKangsar : 3 sebab kenapa Mastura perlu jadi Ahli Parlimen

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan tiga faktor kenapa Datin Mastura Mohd Yazid perlu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Katanya, pertama, berdasarkan kajian terhadap penduduk semua kaum di Kuala Kangsar mendapati sebahagian besarnya mahukan Mastura untuk meneruskan tugasan belum selesai arwah suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Kedua, kita mahukan wakil rakyat yang boleh buat kerja, bukannya pemimpin yang suka hentam sana hentam sini tetapi kerja tidak buat,” katanya berucap pada majlis ramah mesra dengan masyarakat Cina di Dewan Chiau Hooi Beo, Talang di sini sebentar tadi.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata faktor ketiga ialah Mastura memiliki ciri pemimpin yang baik dan sederhana serta boleh berjumpa semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Kita mahu pemimpin yang bila orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli panggil, dia akan datang, bukannya bila orang ini panggil dia datang, tapi bila ada orang lain panggil tidak mahu datang,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan tindakan pemimpin pembangkang yang sebelum ini meminta mereka mengundi PAS tetapi sekarang disuruh menolak parti itu dan mengundi pula Parti Amanah Negara.

“Akhirnya, rakyat yang jadi mangsa mereka ditolak ke sana ke sini,” katanya.

Berita Harian

One thought on “#PRKKualaKangsar : 3 sebab kenapa Mastura perlu jadi Ahli Parlimen

  • June 14, 2016 at 6:59 am
    Permalink

    isteri rafizi selalu berbisik-bisik di telinga rafizi..

    sayang.. I ni teringin campur kempunan sangat mengidam nak naik jet peribadi mewah.. asyik-asyik rosmah, siti hasmah je yang merasa naik. I bila lagi nak merasa erk?? sayang kerja kuat-kuat tau.. make sure perjuangan parti sayang dapat mencapai kemenangan dengan jayanya dalam pru14 nanti.. bila sayang dah jadi menteri, I pun jadi isteri menteri.. ada banyak social event I kena pergi join. waktu tu bolehlah I naik jet peribadi puas-puas atas kapasiti isteri menteri yang disayangi rakyat jelata sekalian.. untungnya I jadi isteri you.. orang lain semua berkenan nak jadi isteri you tapi you tetap pilih I.. syukur kita ada anak sorang hasil perhubungan intim kita di malam hening yang indah beberapa tahun yang lalu.. waktu tu lagi beberapa bulan je you nak jadi calon pru.. sempat lagi you sentuh I tau. I bahagia sesangat. I takkan lupa bagaimana you layan I dengan lembut dan sabar.. walaupun dalam ceramah atau debat, you cakap lantang berapi-berapi.. dengan I you bagaikan prince charming.. oh so sweet. I love you sayang, piji.. muahhhh hakss hakss hakss

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *