PRKSgBesar: Azmin Ali, Awak Kat Mana, Awak Awak Kat Mana?

Share


.facebook_1465111444177Seminggu memerhati perkembangan Sungai Besar, seperti magis lantunan David Copperfield, Azmin Ali ternyata berjaya dighaibkan apabila hanya kelihatan pada hari penamaan calon.

Hairan bin ajaib, kerana pada ketika seminggu sebelum penamaan calon, Azmin Ali boleh ditemui di sekitar Sungai Besar. Penulis masih ingat, betapa Azmin sangat prihatin dengan warga Sungai Besar, apabila turun melawat hasil pertanian Sungai Besar. Boleh dikatakan, Azmin telah “berkampung” di Sungai Besar.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Selaku watak utama yang menjadi perhatian, sudah tentu Azmin Ali, Menteri Besar dari Pakatan Harapan, yang mana koalisi partinya bertanding kali ini, diharap dapat menjadi “kepala perang” dalam misi merampas Parlimen Sungai Besar.

Namun, di mana Azmin sebenarnya? Tiba-tiba ghaib, seolah-olah pilihan raya ini tidak penting baginya. Apakah Azmin kecewa kerana tidak dapat meletakkan calon dari PKR untuk bertanding di Sungai Besar? Ada desas desus mengatakan bahawa Azmin cuba menawarkan kerusi Sabak Bernam kepada PAS untuk PRU yang akan datang sebagai galang ganti untuk PRK kali ini.

Manakala di kalangan jentera Pakatan pula, mereka terpinga-pinga apabila mendakwa banyak program yang sepatutnya melibatkan Azmin Ali telah dibatalkan. Jika benar dakwaan ini, maka jauh benar merajuknya si Azmin, sehingga hilang dalam terang, ghaib entah ke mana.

Harus juga penulis memuji juga tindakan jentera Pakatan, yang mula menaikkan kain rentang dengan gambar Azmin Ali, sebagai salah satu cara untuk meleraikan kekusutan yang melanda jentera mereka.

Mungkin ada yang berpendapat masih ada baki seminggu untuk berkempen, namun jika itulah “standard” kepala perang, maka rakyat Sungai Besar dan Selangor perlu tahu, mereka tidak pernah bersungguh untuk berjuang demi rakyat.

Demi rakyat kononnya, walhal jika dilihat dari senario diatas, mereka hanya mementingkan kepentingan parti sendiri. Apabila kehendak peribadi gagal dipenuhi, merajuklah membawa hati, membawa diri.

Usahlah pengundi Sungai Besar gundah gulana, kerana Budiman bukanlah calon yang berkelana!



One thought on “PRKSgBesar: Azmin Ali, Awak Kat Mana, Awak Awak Kat Mana?

  • June 11, 2016 at 11:25 pm
    Permalink

    Masih ramai org sgor yg sygkan azmin… walaupun mrk tahu azmin tak berdaya membantu mrk.. bg mrk asal bukan umno.. tp kalau ditanya knp? Mrk sendiri pun tak tahu apa yg nak dijawab… semua merapu!!

    Kisah diatas perlihatkan kita siapa azmin sebenarnya dan rakyat sgor perlu tahu itu… khususnya yg dulunya mengundi PR. Kalaupun bkn ditarik hidung oleh dap sekurgnya azmin bknlah pembela rakyat.. poket dia lbh penting dr semua itu. Perlu diingat azmin sentiasa akan mencari jalan selamat kalau tak gitu mana mungkin dia dpt jd mb dan kemudian dato seri spt yg dia idam2kan selama ini.

    Anwar… anwar hanya platform utk azmin menyinar walaupun azmin sendiri tahu beliau bukanlah manusia yg dapat mencorakkan politik msia.. azmin tdk lbh umpama pemakan dedak yg memerhati dan kemudian memilih dedak mana yg terbaik.

    Rakyat sgor perlu lbh waras dlm mengundi.. jgn sesekali kata mana2 parti pun sama krn apa yg anda pilih hari ini akan pasti meninggalkan parut yg dlm kpd generasi akan dtg. Khususnya jika anda masih lagi mengundi PH.

    UMNO & PAS dua parti sejoli yg perlu difikirkan. Tiada yg lain.. noktah!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *