#PRKSungaiBesar: PAS Wajar Beri Laluan Kepada BN

Share


Oleh Amin Yatim

Penyertaan Parti Amanah Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sangat menarik dan membimbangkan PAS.

Berdasarkan keputuan PIlihan Raya Umum 2013 dan komposisi kaum Cina, Sungai Besar merupakan peluang terbaik PAN untuk membuat penampilan besar dengan menghantar seorang wakil ke Parlimen.

Malah pengumuman calon mereka ustaz Azhar Datuk Shukor semalam menambah kekuatan mereka memandangkan beliau merupakan anak bekas wakil rakyat BN yang telah berkhidmat beberapa penggal di kawasan terbabit.

Di atas kertas, PAN dijangka membolot semua undi kaum Cina berjumlah 13 ribu orang. BN juga dijangka mendapat undi tetap sebanyak 13 ribu orang dari UMNO. Manakala PAS dianggarkan mempunyai pengundi tegar mereka sekitar 7 ribu orang. Baki sekitar 7 ribu pengundi PKR dan atas pagar ini dijangka menjadi rebutan sengit.

Jika Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, melupakan jasa PAS “melantik beliau sebagai MB” dan mengerahkan jentera kerajaan negeri turun, BN dan Pas akan berhadapan cabarab sukar.

Di atas kertas, Pas tiada peluang menang di Sungai Besar. Justeru jalan terbaik ialah Pas menarik diri dan bagi laluan kepada BN lawan PAN.

UMNO telah melakukan pengorbanan politik yang besar dengan menyokong pembentangan Undang-undang Persendirian bagi pindaan Akta Mahkamah Syariah oleh Presiden PAS.

Tindakan membenarkan Hadi membentang pindaan ini telah menjejaskan sokongan kaum bukan Melayu kepada BN.

Justeru apa salahnya PAS menarik diri dan memberi laluan kepada UMNO di Sungai Besar.

Orang berbudi kita berbahasa.-MYKMU.NET


4 thoughts on “#PRKSungaiBesar: PAS Wajar Beri Laluan Kepada BN

  • June 2, 2016 at 12:34 pm
    Permalink

    dua dua pru pas tak tanding tak cayo tunggu .. undi pan sama juga undi dap,
    tu pasal dap tak masuk tanding

    Reply
  • June 2, 2016 at 1:20 pm
    Permalink

    Biarlah Pas bertanding, kita negara demokrasi

    Reply
  • June 2, 2016 at 1:51 pm
    Permalink

    Pada pandangan saya bagus juga PAS masuk bertanding. Masih ada ramai lagi penyokong PAS yang lebih rela pangkah PAN berbanding BN kalau PAS tak masuk bertanding. Mungkin majoriti walaupun sudah tentu bukan semua. Mereka ini adalah kelompok yang percaya PAN adalah serpihan PAS sedangkan PAN sebenarnya jelmaan DAP.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *