#PRKSungaiBesar: Bukan 3, Tapi 4 Penjuru?

mahathir-GKCMSedang penulis mencongak peluang kemenangan Barisan Nasional di Sungai Besar harus berdasarkan jumlah undi kaum Melayu yang tinggi, khabar yang diterima perlu menghadirkan gusar kepada pimpinan Barisan Nasional, apabila angin membawa berita bahawa Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bakal mempertaruhkan calon pada 18 haribulan nanti.

Mengikut maklumat yang diterima, GKCM bakal meletakkan seorang bekas ketua pemuda UMNO di Sungai Besar bagi memberi saingan kepada Barisan Nasional.

Dengan undi kaum Cina sekitar 13 ribu yang hampir pasti sebahagian besarnya menjadi milik PAN, getirnya peluang untuk Barisan Nasional mengekalkan kerusi Sungai Besar tidak boleh dipertikaikan lagi. Sedang Barisan Nasional dan PAS berada di “kolam” yang sama, penyertaan GKCM tentunya akan menyebabkan undi Melayu pecah kepada 4 blok, termasuk PAN.

Sejauh mana Barisan Nasional mampu meraih majoriti tinggi undi Melayu kali ini, jika terpecah kepada 4 blok?

GKCM cukup sinonim dengan Mahathir, lantas tidak mustahil jika pengundi Sungai Besar bakal menyaksikan Mahathir membantu calon GKCM tersebut jika benar berlaku persaingan 4 penjuru nanti.

Pada hemat penulis, GKCM tentunya sedar, bahawa peluang untuk mereka menang di Sungai Besar amatlah tipis. Namun, seperti apa yang dimahukan oleh Mahathir, Barisan Nasional perlu dikalahkan di dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung serentak dua minggu lagi.

Oleh yang demikian, GKCM perlu menjadi “si pengacau”, yang matlamatnya untuk menumbangkan Barisan Nasional semata.

Mungkin ada pemimpin Barisan Nasional yang memandang mudah, sambil tersenyum sinis jika benar GKCM meletakkan calonnya.

Pesanan penulis, jangan hendaknya ada di kalangan pimpinan Barisan Nasional yang takbur dan perkecilkan kemampuan lawan, kerana Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed atau dikenali juga sebagai Zin Badak pernah tersungkur di Sepang gara-gara undi yang diterima oleh calon bebas pada PRU 13 yang lalu.

4 thoughts on “#PRKSungaiBesar: Bukan 3, Tapi 4 Penjuru?

  • June 2, 2016 at 11:42 pm
    Permalink

    ProTUN dah jadi penggila mengacau BN ,mulanya nak jatuhkan najib dari jawatan PM kononnya masih sayangkan BN…rupanya dah jadi DAP dah

    Reply
  • June 3, 2016 at 9:40 am
    Permalink

    Jika BN tewas, bukan kerana tak dpt sokongan Melayu, tetapi undi Melayu telah terpecah

    Reply
  • June 3, 2016 at 4:11 pm
    Permalink

    MELAYU oh MELAYU…
    Kenapa kau terus melayu!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *