#PRKSgBesar: Undi PAN Macam Undi DAP Lah Juga

Share


IMG-20160514-WA0165

DAP memang sebuah parti berbilang kaum, tiada rasis dalam DAP, letak calon parti tu kat mana pun pasti boleh menang – siapa yang bodoh tu boleh percayalah kenyataan ni.

Kalau benar bagai dikata, kenapa di Sg Besar yang ada lebih 60% pengundi Melayu, DAP tidak letak calon?  Bubuhlah.

Tapi ada pulak yang kata, PAN dah bertanding, kira macam DAP bertanding jugaklah tu.  Oooo…kisahnya macam itu ke?  Betullah tu agaknya macam ramai orang kata, DAP tu PAN, PAN tu DAP, nama lain tapi jiwanya itu juga.

Malah beberapa hari sebelum ini pun, ada pemimpin besar PAN Selangor umum kepada media, DAP sudah bagi jalan untuk PAN bertanding di Sg Besar, apatah lagi satu dari 2 kerusi DUN dalam Sg Besar, adalah bawah DAP – Sekinchan.  Kena dapat persetujuan pulak dulu, tapi kata kaldai kang marah.

Sekarang ni jangan bagi pening, kalau DAP bukan parti rasis dan diterima semua bangsa, letak calon di Sg Besar, selesai masalah.  Ini letak calon di semua kerusi yang kuat cina, lepas tu nak claim tak rasis, nak tipu pun malam-malamlah sikit.

Apa pun, PAN dah umum calon malam tadi, orang latar belakang agama bacanya.  Ini menarik sebab KALAU calon ini menang dan ada pembentangan hudud di Parlimen, apa keputusan agaknya?  Ikut agama yang diamal dan segala pengajian Islam yang dIbelajar dulu ke atau ikut DAP ke?

Kalau sama dengan DAP, maksudnya, asal bunyi syariah saja bantah, konon itu hudud, sejak bila paham syariah itu hudud, hudud itu syariah?  Tak berkembang perundangan Islamdi Malaysia tu kalau macam ini, semua benda pun bukan Islam nak masuk campur.  Penyudahnya ilmu dan amal simpan poket, politik dulu jadi nombor satu.

Jauh benar beza dengan UMNO, kawan-kawan ugut nak keluar BN pun tak melatah lagi, sempoi saja.



One thought on “#PRKSgBesar: Undi PAN Macam Undi DAP Lah Juga

  • June 2, 2016 at 7:59 pm
    Permalink

    Kalau macam tu, Undi PAS=undi UMNO

    Penyokong BN ada dua pilihan dalam memangkah calon

    Penyokong pembangkang ada Pakatan Harapan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *