#PRKSgBesar : Ahli perniagaan calon AMANAH di Sungai Besar

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur, diumumkan sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, pada 18 Jun ini.

Nama bekas guru yang berusia 50 tahun dan kini menjadi ahli perniagaan itu diumumkan Presiden parti, Mohamad Sabu, di hadapan kira-kira 500 penyokong AMANAH serta parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Dewan Sri Sekinchan, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir pada majlis pengenalan calon itu adalah Penasihat AMANAH, Ahmad Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, kelibat Timbalan Presiden PKR, tidak kelihatan lagi pada program pengenalan calon berkenaan.

Kerusi Parlimen 93 Sungai Besar, kosong selepas penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon maut selepas terbabit dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.

BH

5 thoughts on “#PRKSgBesar : Ahli perniagaan calon AMANAH di Sungai Besar

  • June 2, 2016 at 6:45 am
    Permalink

    selamat melingkup la ko azhar…dari zaman sekolah aku tengok ko ni kuat merapu…tak paham ke PAN tu proxy DAPigs….??

    Reply
  • June 2, 2016 at 10:54 am
    Permalink

    lebai-lebai2 yg kerandut labuh tu, tak payah la pakai ketayap sangattt, klu bersekongkol dgn berkiblat kafir harbi anti-islam

    Reply
  • June 2, 2016 at 12:32 pm
    Permalink

    cari peluang wat duwiiitttt.

    Reply
  • June 2, 2016 at 4:21 pm
    Permalink

    DAP bukan anti islam…UMNO lah anti islam sejak dulu knape tak laksanakan hudud susah sgt ke…orang melayu sendiri yang anti islam…tanya lah raja2 melayu setuju ke hukum hudud..? kena paham DAP bukan islam…kalau DAP suruh UMNO PAS makan babi nak ke…? Babi tu haram ke..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *