BN Akan Adakan Pertemuan, Elak Salah Faham RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah

BN akan mengadakan pertemuan secara tertutup dengan MIC dan MCA bagi menjawab kekeliruan yang berlaku berhubung usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian Pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016).

Ketua penerangannya, Tan Sri Anuar Musa berkata penjelasan harus diberikan kepada mereka bagi mengelak salah faham berhubung RUU tersebut yang didakwa sebagai Undang-Undang Hudud.

“Kita dah beritahu hari itu supaya semua pemimpin bertenang dan perkara ini perlu dibuat konsultasi atau minta penjelasan secara langsung terutamanya dari kabinet. Saya fikir tidak ada apa yang menimbulkan sebarang kegawatan, kita hanya bersetuju mendahulukan usul persendirian bagi membolehkan ia dikemukakan pada sesi akan datang dan tak lebih dari itu.

“Langsung tidak ada kena mengena dengan hudud, ia hanya memberi peluang anggota parlimen Marang apa yang beliau cuba kemukakan di mana sudah tiga kali usaha itu dibuat. Tidak timbul soal sokong atau tidak dan sebagainya.

“Saya fikir sebagai sebuah keluarga kita akan panggil dan bincang secara tertutup di mana kita rasa ada pihak yang keliru kita akan berunding secara tertutup,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

RUU tersebut dibentang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan rakyat baru-baru inu namun ditentang DAP.

Kata Anuar lagi, RUU tersebut masih berada di peringkat awal perbincangan dah seharusnya semua pihak mendengar dahulu perbahasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping meneliti perkara tersebut dalam masa yang ada kini.

“Apa yang dikemukakan itu pindaan kepada akta 355 bukan soal hudud jadi terlalu banyak kekeliruan dan maklumat yang salah disampaikan kemudian ada pula yang melatah nk ambil langkah itu dan ini macam langit dah nk runtuh.

“Kita masih ada proses yang panjang sebab itu saya nasihatkan pemimpin kanan dalam komponen BN supaya memahami semangat BN apabila ada saja perkara yang kita anggap penting bagi kepntingan rakyat hendaklah kita duduk dan mendapatkan penjelasan.

“Kalau kita pemimpin menunjukkan kita melatah atau pun kita memberikan maklumat yang salah itu bukan satu petanda yg baik, jadi jangan mewujudkan sebarang suasana yang menimbulkan suasana tidak aman, itu yang penting.

– Bnbbc –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *