Mimpi Ngeri Azmin Baru Bermula

Share

MUNGKINKAH Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sedang dilanda mimpi ngeri ekoran laporan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Pakatan Selangor?

Kemelut dalaman yang melanda PKR dikatakan merupakan punca utama yang mendorong Rafizi bertindak sedemikian. Tambahan pula, campurtangan dari Tun Dr mahathir yang didakwa cuba membuat pakatan rahsia dengan Azmin Ali sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan perkara itu seperti menambah api dalam sekam.

azmin ali

Walau apa pun alasan dan andaian berhubung perkara tersebut, pada asasnya apabila satu laporan SPRM telah dibuat maka bukti-bukti kukuh perlu disertakan bersama laporan tersebut.

Adakah Rafizi Ramli mempunyai bukti yang benar-benar kukuh sehingga beliau berani membuat laporan tersebut? Sekiranya benar, maka benarlah laporan SPRM ini merupakan mimpi ngeri Azmin Ali.

Rafizi ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan dua anggota parlimen, iaitu Wong Chen (Kelana Jaya) dan G Manivannan (Kapar) untuk membuat laporan tersebut. Beliau  tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.45 pagi, menghabiskan kira-kira sejam sebelum meninggalkan bangunan itu. Namun begitu, Rafizi enggan mendedahkan maklumat lanjut laporannya, termasuk individu disebut dan sejauh mana serius kesalahan itu.

Sebelum ini Azmin Ali menolak dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor sambil menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan beliau. Apa yang pasti, kemelut ini dilihat sebagai petanda perpecahan dalam PKR.

Beberapa orang penganalisis politik pula berpendapat bahawa tindakan Mahathir mahu mengambil alih PKR yang pada asalnya ditubuhkan sebagai platform anti-Mahathir dan kini beliau mahu menjadi Ketua Umum dengan Azmin sebagai proksi antara punca utama berlakunya kemelut dalaman PKR.

Mungkinkah kita akan menyaksikan PKR berkubur dalam masa terdekat ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

 

3 thoughts on “Mimpi Ngeri Azmin Baru Bermula

  • May 31, 2016 at 12:05 am
    Permalink

    Sape sangka parti yg dulunya melaungkan reformasi kini berjuang bersama musuh no. 1 mereka dahulu. #MelayuMudahLupa

    Reply
  • May 31, 2016 at 11:53 am
    Permalink

    pakatan taik dah terburai najisnya. menyalak tak tentu hala tp parti sendiri yg paling korup. cantas mencantas amalan mereka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *