TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’

Share

Kenyataan media

26 Mei 2016

TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’

1. Deklarasi Rakyat adakah deklarasi Mahathir kerana diakui secara langsung mahupun tidak langsung oleh banyak pihak termasuk Dato Ambiga dalam Debat Perdana (16 Mei 2016) di K.Lumpur yang menyatakan dia sendiri diberi hanya 4 hari untuk bersetuju dengan teks deklarasi yang telah ditulis lebih awal yang diserahkan kepadanya. Jelas ia ditulis oleh Mahathir dan semua ‘terpaksa’ hanya diberi 4 hari bagi membuat pindaan minima sebelum tandatangan. Memandangkan dari aspek masa da nisi deklarasi yang disusun Mahathir maka ia layak dipanggil Deklarasi Mahathir.

2. Deklarasi ini sendiri hilang arah kerana memberikan persepsi kepada rakyat bahawa perlu kumpul tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidakkah mereka sedar Mahathir sendiri yang telah mencabut kuasa Raja –Raja Melayu dan bukan sahaja sejuta tandatangan malah 10 juta pun tidak akan mencapai matlamat tersebut.

3. Namun semua itu tidak dipedulikan oleh kumpulan pro Mahathir ini. Mereka mengumumkan akan kumpulkan 1 juta dan dalam pada masa yang singkat tiba – tiba diumumkan oleh anak Mahathir, Mukhriz bahawa dalam masa 2 minggu tandatangan sudah mencapai 1 juta. Beberapa hari kemudian dalam satu sidang media dibuat pula satu sidang media menyatakan sudah mencapai 1.2 juta tandatangan dan bersedia untuk ke Istana.

4. Tentu ramai pelik kerana ketika itu kebanyakan orang politik termasuk aktivis sedang sibuk memberikan perhatian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Mahathir sendiri tidak mahu ke Sarawak kerana tidak mahu Bn kalah dalam PRN tersebut. Maka bagai mana boleh dalam masa sangat singkat begitu besar jumlah tandatangan terkumpul. Saya sudah bisikkan kenapa beberapa teman yang ghairah sangat dengan angka tersebut agar berhati – hati kerana mungkin mereka tertipu dengan pasukan Mahathir.

5. Akhirnya beberapa hari lepas muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini. Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘data base’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat Malaysia dalam memorandum Deklarasi Mahathir itu. Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan. Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu saya dan mahu muncul menyatakan kebenaran.

6. Saya meminta mereka membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lalukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.

7. Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik ‘Machiavelli’ yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

8. Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

cheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

chegubard@gmail.com / http://chegubard@gmail.com

image

3 thoughts on “TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’

  • May 26, 2016 at 4:59 pm
    Permalink

    Tindaka orang terdesak. Sila baca tulisan saya bawah topik terdahulu mengenai orang terdesak, anda pasti ingat. Kenapa dan siapa yang terdesak…. bukan yg
    makan dedak…. Kita bukan jenis makan dedak.

    Reply
  • May 26, 2016 at 10:05 pm
    Permalink

    celaka punya badak air, tuduh orang sakau menyakau…untuk melindungi kejahatannya sendiri

    Reply
  • May 26, 2016 at 11:18 pm
    Permalink

    Cash is king
    Apa ade heran
    Mmg dah agak dah sure kene beli nyer untuk kater macam macam
    Ptut la bala asik meninpa mesia ni.. Jadi mcm indin plak
    Agama is just a budaya…
    Well done

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *