Seorang ‘Negarawan’ perlu menjaga maruah dan reputasinya.

Share


Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkhidmat menerajui negara ini selama 22 tahun lamanya. Dan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, kita telah berdiri bersamanya di masa susah dan senang. Asas bersama yang kita pegang adalah tidak lain dari membawa negara ke hadapan setelah diberi kepercayaan oleh rakyat. Kita berdiri teguh dan setia bersama pemimpin kita.

Dan siapa yang tidak tahu apa yang Dr Mahathir akan lakukan, dan telah melakukannya kepada siapa yang ‘melintasi’ jalannya?

Sejarah mempunyai rekod yang jelas tentang bagaimana setiap pemimpin yang berpotensi untuk menjadi menduduki kerusi utama telah jatuh.

Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi – semua mereka adalah mangsa korban Dr Mahathir di dalam mempertahankan cengkamannya ke atas kepimpinan negara.

Tetapi hari ini apabila dia terus mengeluarkan kenyataan dan tulisan-tulisan yang tidak mencerminkan status sebagai seorang negarwan dalam usahanya menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau perlu mengambil kira dua perkara ini .

Satu, dia telah mengkhianati kita semua yang berdiri dengannya sepanjang 22 tahun sebagai PM. Jika kita berdiri oleh Najib yang merupakan PM semasa kita, ia adalah kerana kita belajar dari cara keras Dr Mahathir.

Kedua, Dr Mahathir mesti tahu dia bukannya pembuat keputusan mutlak untuk rakyat Malaysia walaupun selama menjadi perdana menteri beliau merupakan seorang pembuat keputusan mutlak bagi rakyat negara ini.

Para pengundi akan mengundi hak mereka dan mereka tidak akan membiarkan perdana menteri suatu masa dulu ini terus menggodam dan menjatuhkan perdana menteri yang sah semasa seperti yang telah dilakukannya selalu dari dulu lagi.

Seorang negarawan atau yang lebih tua dalam masyarakat perlu belajar untuk menjaga maruah dan nama baiknya bukannya hanya dengan mengharapkan untuk mendapatkannya. Malangnya, inilah yang kita dapat lihat dengan Dr Mahathir, beliau tidak menjaga maruah serta nama baiknya. Hari ini, bahasa dan tindakannya jelas menunjukkan beliau sebagai seorang yang marah dan seorang yang kalah dalam peperangan.

Dr Mahathir bersama penyokong butanya bernasib baik kerana Najib tidak mengamalkan apa-apa ciri-ciri politik Machiavelli. Jika tidak harga yang akan dibayar oleh sesetengah mereka mungkin mahal,mungkin seperti tindakan Dr Mahathir menjalankan Ops Lalang di zaman pemerintahnnya.

Dr Mahathir, bercakaplah benar dan berterus terang. Dan orang yang bercakap benar walaupun pahit tidak akan hilang maruahnya.Jika tidak kerana politik, lakukannya untuk anak-anak muda kita.

Berhenti memanggil orang khususnya Najib iaitu pemimpin semasa kami, dengan nama-nama dan istilah yang menjijikkan.

Setiap pemimpin mempunyai hak dan kewajipan dan caranya tersendiri untuk melaksanakan dan memenuhi tuntutan serta melaksanakan janji-janji mereka. Ia tidak boleh sentiasa menjadi cara anda sahaja.

Tan Sri M. Kayveas

*terjemahan oleh MyKmu



9 thoughts on “Seorang ‘Negarawan’ perlu menjaga maruah dan reputasinya.

  • May 26, 2016 at 11:15 am
    Permalink

    Negarawan ke HARTAWAN???

    Reply
  • May 26, 2016 at 11:47 am
    Permalink

    Oghang kalau dah lupo ngan kubo cam nilah peghangai eh.Tak do lamo laie tu doh.Sojak Nani Adam sampai la nie ha.habieh sumo.eh mati.Dio.ingat dio tak mati ko.Paling boghek bak dijawab eh sok pembunuhan di Memali.kono bodal dengsn.tungkek mungkar nakir bunyi.eh sampai langit ketujuh oiii Mahatirrrrr.INSAFLAH.WAHAI MAHATIR.KUN SEKALI KAU KU JADIKAN ,PAYAKUN SEKALI KAU KUMATIKAN.

    Reply
  • May 26, 2016 at 12:44 pm
    Permalink

    Tun Dr.Mahadir memang sedang menjaga reputasinya
    sebagai NEGARAWAN ULUNG. Itu sebab dia tidak sanggup
    mendiamkan diri melihat rakyat dirompak oleh Perdana
    Menterinya sendiri. Dia tidak sanggup melihat asset
    negara terjual kepada kuasa asing dan rakyatnya
    dipaksa membayar hutang 52 billion akibat kebodohan
    Perdana Menterinya. At the age of 91, mantan PM
    sepatutnya berehat dan berbangga melihat kejayaan
    hasil kerjannya selama 22 tahun diteruskan oleh
    pengganti-penggantinya. Tetapi malang sekali, dia
    terpaksa turun padang sekali lagi. Di harap ALLAH
    sentiasa berada bersamanya dan rakyat yang setiap
    berdoa, memohon petunjuknya.

    Reply
  • May 26, 2016 at 12:56 pm
    Permalink

    Cik Muaz datang kolompo ado naik ketapi laju Najib? Ko dio dereba keto guno hiway Mahathir yang buek? 🙂

    Reply
  • May 26, 2016 at 1:16 pm
    Permalink

    Asalamualaikom Hantu Tak Bhoghighi, den dudok kolumpo ,kok balik nismilan dah tontu pakai hiway plus .polak den tak leh pakai hiway tu ko En Hantu oii.banyak hinggit cuksi den bayar tuk buek tol tu hantu tak bhoghighi.Patut ea dak Madey ni buek tol nak ngoyangan suku sakat dio.Konsesi tak habieh habieh sampai.kiamatlah kono.baya dek pobuatan Madey ni.Bodoh dan gilo babi sifir Madey ni.Kau hantu kau nak bosokongkol dongan Madey ko?den sampainbilo bilo ngam ngan Najib.fah.lah tu dah nasuk Zuhor.poie berjemaah bosa pahslo eh oii hantu gigi jaghang.wassalam

    Reply
  • May 26, 2016 at 4:36 pm
    Permalink

    Madey turun padang kerana cita2 nya melihat boboinya naik jadi PM.
    Dia letak boboi dia bertanding jawatan parti pada 2013 tapi boboi
    dia bukan jenis menang bertanding tapi jenis kalah. Dengan KJ utk
    jawatan ketua pemuda pun kalah, ini kan pulak untuk naib president.

    Didakwanya PM Najib tidak bantu boboi untuk menang, maka dari tahun yg sama dia mula berkempen utk tibai PM. Mula2 hentam isteri PM. Kemudian pindah pada
    anak tiri PM yang berjaya di USA. Cuit sana, cuit sini, korek sana, korek
    sini. Dalam masa sama dia mengaku dia ada hal peribadi dengan PM. Dia marah
    PM gagalkan projek bengkok dia. Dia marah PM baik sangat dengan Spore. Dia
    marah dua tiga dasar lain yang PM buat.

    Dia mengaku itu semua adalah dendam peribadi. Tup, tup issue 1MDB keluar. Isu itu lebih kurang sama dengan projek perwaja, bakun, skandal Bankbumi dizaman dia. Projek gagal, projek rugi duit. Belum lagi sentuh mengenai bisnis forex
    yang rugi ratusan bilion dizaman Dato Jaafar. Scandal forex gagal itu malangnya ditunding ke dahi Jaafar seorang hingga bawak pada perletakan jawatan Jaafar.

    Dibelakang Jaafar ialah Madey dan Daim. Ruginya bukan 2.6B, 42B atau 52B tapi ratusan B.

    Dalam pada itu 1MDB, walau disensasi ketahap maksima , masih dilihat lebih telus dan tak ada orang turun naik court. Penyiasat dilantik terdiri dari pihak lawan dan pihak sendiri. Apa yang masih curiga lagi ? Zero… dan Kes perwaja bawak CEO cinanya naik turun court sampai meninggal. Kes BankBumi mengambil nyawa Jalil yang dibunuh di Hong Kong.

    Reply
  • May 26, 2016 at 4:39 pm
    Permalink

    Madey beruntung tak ada siapa berani soal dia dizaman dia. Dia ada ISA yang
    telah perangkap ratusan orang yang mengkritik dia termasok LKS, LGE , Karpal
    singh dan AnwarIbrahim dan ramai lagi.

    Najib malang kerana ketiadaan senkata dan terlalu bertsangka baik hinghgakan derma 2.6B yang memang sah derma dari Saudi pun masih disoal hingga kehari ini.

    Penulis terpaksa recycle dan ulang cerita ini kerana Masih ada yang TAK FAHAM, TAK
    MAHU FAHAM, ENGGAN FAHAM dan sengaja buat tak faham.

    Reply
  • May 26, 2016 at 4:44 pm
    Permalink

    Penulis tak kisah untuk recycle tulisan sendiri kerana hidup
    kita pun is all about recycling.

    Kita baca fatihah hingga 17 kali paling kurang sehari pun direcycle
    esoknya. Dibuat benda yang sama. Temasok rawatib dan sunat yang lain
    menjadikan jumlah fatihah recycle banyak sekali.

    Kita makan hari ini, semalam pun kita makan dan esok makan lagi.
    Semua recycle.

    Reply
  • May 26, 2016 at 6:45 pm
    Permalink

    Cukup cukup ,memang baik nanti.sambung lagi.bersambung……………………

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *