Sengketa Pakatan di Sungai Besar Hanya “Gimmick” Kelirukan BN

Share

Oleh Amin Yatim

Barisan Nasional Selangor begitu yakin akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sehingga menghantar nama calon-calon yang tidak begitu mempunyai kekuatan personaliti kepada Pengerusi Barisan Nasional untuk dipertimbangkan.

Barisan Nasional Selangor yakin akan menang berikutan “gimmick” Pakatan yang gagal mencalonkan hanya satu parti dalam PRK ini. Azmin Ali dilaporkan kecewa dengan Pas yang enggan memberi laluan kepada PKR bertanding. Dalam masa yang sama Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan turut meletakkan calon sebagai protes.

Apa yang BN Selangor tidak sedar ialah Azmin akan memberi sokongan kepada PAS dalam PRK ini demi mengalahkan BN di negeri bawah pentadbirannya. Azmin dijangka menghadiri majlis pengenalan calon Pas di Sungai Besar malam esok dan mengumumkan sokongan kepada parti tersebut sebagai menghormati pembahagian kerusi sedia ada.

Manakala PAN dijangka akan bertanding bagi membendung undi kaum Cina dari kembali kepada Barisan Nasional. Andainya pertarungan berlaku antara Pas dan BN sahaja, kemungkinan kaum Cina akan memberi sokongan kepada BN untuk mengajar Pas dan ini akan memberi kemenangan kepada BN.

Ini kerana undi Melayu hampir sama banyak antara Pas dan BN. Juga terdapat sekitar 3,000 undi Melayu yang sering berubah mengikut calon dan keperluan. Berdasarkan khabar angin mengenai calon-calon yang dikemukakan oleh BN Selangor, kemungkinan besar 3,000 undi pengundi Melayu “atas pagar” ini akan menjadi milik Pas dalam PRK ini.

Justeru, 13,000 undi kaum Cina sangat penting dalam menentukan kemenangan parti. Pakatan telah melihat hal ini dan mereka akan menggunakan PAN bagi membendung undi kaum Cina dari kembali kepada BN sebagai protes kepada PAS. Dengan penyertaan PAN, Pakatan akan membendung undi cina dari kembali kepada BN.

BN juga berhadapan dengan kumpulan Tun Mahathir yang dijangka akan turut meletak calon bebas bagi memecahkan sokongan UMNO kepada calon BN di Parlimen ini.

Kemarahan sebahagian orang UMNO ke atas peristiwa yang berlaku kepada bekas Ketua Bahagian, Dr Mohamad Khir Toyo belum reda sepenuhnya. Ditambah dengan sikap percaturan yang mahu meletakkan calon tertentu yang tidak disukai oleh sebahagian jentera UMNO walaupun direstui oleh Ketua UMNO Bahagian, ia mungkin mendatangkan masalah besar kepada BN Sungai Besar.

Jika BN mencalonkan orang yang tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli UMNO dan mampu menarik pengundi atas pagar, tidak mustahil laluan BN kali ini lebih sukar dan akan kalah.

Ketika pakar strategi BN Selangor melihat pertandingan lebih dari dua pihak sebagai peluang BN untuk menang mudah, ia sebenarnya lebih kepada kecelakaan.

Tidak mustahil dalam PRK Sungai Besar ini, jika BN tidak berhati-hati, mereka akan termasuk dalam perangkap Azmin Ali.-MYKMU.NET

4 thoughts on “Sengketa Pakatan di Sungai Besar Hanya “Gimmick” Kelirukan BN

  • May 26, 2016 at 4:55 pm
    Permalink

    Kita mungkin tak tahu nak beza antara ustaz dengan perogol/liwat kalau keduanya
    berpakaian sama. Nasib baik ustaz tempat kita selalunya berketayap, pakai
    jubah dan sering terlibat dengan forum agama, ceramah dan kuliah, jadi kita
    dapat bezakan. Kalau di Mekah , Madinah sana semua oranmg sama, susah nak bezakan.

    TETApi tak kan kita tak kenal kucing atau KERBAU, anjing atau arnab.

    Reply
  • May 26, 2016 at 7:16 pm
    Permalink

    Pengundi2 di Sg Besar dan KK perlu bijak untuk memilih pemimpin. Jangan hanya berdasarkan tuduhan yang dibuat oleh pembangkang dan terus membazirkan kuasa anda. Pilih sebuah kerajaan yang berusaha untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat, dan bukannya parti yang hanya menyalahkan kerajaan dan mengecam keselamatan negara.

    Reply
  • May 26, 2016 at 10:16 pm
    Permalink

    politik BN selangor ini dah jadi macam politik BN kelantan dah, mereka suka melihat BN kalah sebagai kerajaan negeri sebab mereka suka limpahan projek akan jatuh kepada ketua bahagian ….ini berlainan jika kerajaan negeri adalah BN.

    adakah ada cubaan sabotaj yang ditunjangi oleh ketua perhubungan UMNO negeri sendiri?

    Reply
  • May 27, 2016 at 2:00 am
    Permalink

    Calonkan Jamal Sekinchan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *