PAS Atau BN Bukan Hal, Yang Penting Pakatan ‘Kalah’ Awal

Share


Mat-Taib_selangor_undi_600

BEKAS Menteri Besar Selangor yang kini masuk PKR, nampaknya tidak faham isu bila dengan bersahaja meminta Pakatan tidak menganggu PAS bertanding di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Itu samalah seperti mengisytiharkan Pakatan sudah kalah – belum pun hari pengundian bermula dan Pakatan boleh diletak dalam semua keadaan, kecuali kalah sebelum berlawan.  Ini yang dia ni tak faham.

Sebab, menang PAS atau BN dalam kedua-dua pilihanraya kecil itu, tidak ada kepentingan kepada Pakatan, untung tidak, rugi ada.  Rugi dari segi kalah awal sebelum bertanding dengan membiarkan PAS bertanding satu lawan satu dengan BN.  Bertanding, mungkin ada peluang menang (atau tidak), tak bertanding kalu, takdak mungkin-mungkin dah, memang lebur teruslah.

Meski tak boleh ditolak bulat-bulat, faktor PRU 2013 sudah tidak boleh diguna pakai sangat dah sebab situasi sekarang berbeza.  Di Sg Besar contohnya, arwah Datuk Noriah Kasnon ketika itu berlawan dengan PAS yang disokong DAP dan PKR.  Calon PAS hari ini pula – kalau PAS confirm bertanding, sudah tidak lagi disokong kedua-duanya.

DAP awal-awal dah kata tidak akan sokong calon selain komponen Pakatan.  Dengan satu dari dua DUN dalam Sg Besar adalah kubu kuat DAP (Sekinchan), amaran seperti ini sudah tentu memberikan kesan kepada pola pengundian pada 18 June nanti.

Bagi PAN pulak, ini persoalan maruah, tak bertanding tak boleh juga.  Parti itu kalah teruk di Sarawak, dari 13 kerusi bertanding (dan kalah), 12 saja hilang deposit malah ada kawasan undi rosak lebih tinggi dari undi yang PAN terima.  Tapi dia punya gebang sebelum tu macam boleh menang semua.

Jadi dia perlu buktikan dirinya di Sg Besar dan Kuala Kangsar.  Buktikan bahawa dia kalah teruk tu sebab faktor Sarawak, bukan faktor rakyat menolak.

Oleh yang demikian, macam mana Mat Taib boleh senang-senang mintak Pakatan jangan bertanding dan biar saja PAS berlawan satu sama satu dengan BN?  Faham ke tak faham bahawa ini bukan persoalan BN atau PAS tapi Pakatan tu jangan kalah!!


One thought on “PAS Atau BN Bukan Hal, Yang Penting Pakatan ‘Kalah’ Awal

  • May 26, 2016 at 10:19 pm
    Permalink

    tak boleh blah dengan mamat bawa pelari anak Sultan ini….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *