#PRKSgBesar: Entah Meroyan, Entah Gila Talak

Share


khalid samad pan dapKalau cemburu, itu tandanya sayang. Kalau meroyan, apa pula tandanya?

Kadang-kadang penulis rasa kasihan juga dengan PAS, yang secara terang-terangan tidak lagi terikat dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, sungguh pun tidak lagi bersama dengan Pakatan itu, kelihatan masih ada tangan-tangan dari luar parti itu yang cuba untuk menentukan hala tuju parti. Pelik, tatkala talak sudah dilafaz, kini tergila-gilakan pula untuk sering campurtangan dengan urusan dalaman PAS.

Marahnya PAN kepada PAS bukanlah rahsia, dan kini kita melihat pula bagaimana PAN mendesak untuk PAS berundur dari kerusi parlimen Sungai Besar. Apa yang sedang kita perhatikan ketika ini adalah terjemahan hakikat, atas apa yang pernah berlaku di dalam “kelambu” ketika mereka bersama-sama di bawah Pakatan Rakyat. PAS tetap jatuh ke kasta terbawah.

Ketika bibit perpecahan Pakatan Rakyat berlaku, penulis masih ingat ketika itu, kalau tidak silap, Lim Guan Eng pernah melafazkan kata-kata yang hampir sama maksudnya seperti apa yang dilafazkan oleh Khalid Samad semalam.

PAS menang bukan kerana PAS, tetapi PAS menang kerana Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga yang berkata PAS menang kerana nasib.

Matematiknya mudah, tidak perlu untuk mana-mana pihak menuduh siapa yang lebih disokong oleh rakyat. Untuk itu, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, adalah lebih elok untuk PAN meletakkan calon di pilihan raya kecil Sungai Besar sekalipun jika mengikut perkembangan semasa, ia akan berlaku secara 3 penjuru; BN, PAS dan PAN.

Maka, pada pilihan raya kecil kali ini, akan ada dua keputusan yang bakal dinantikan oleh rakyat.

Pertama, siapa yang akan menang kerusi parlimen Sungai Besar?

Kedua, antara PAS dan PAN, yang mana satu mendapat sokongan tertinggi dari rakyat?

Oleh yang demikian, kita akan tahu samada kata-kata PAS menang bukan kerana PAS adalah tepat, atau sekadar tuduhan tidak berasas dari PAN. Segalanya akan terjawab mengikut amalan demokrasi di negara ini.

Indah kan?



4 thoughts on “#PRKSgBesar: Entah Meroyan, Entah Gila Talak

  • May 20, 2016 at 12:05 pm
    Permalink

    Pembangkang kalau tak mahu malu sila bagi kedua dua kerusi itu kepada BN! kalau tidak nampak sangat hampa hanya gila kuasa tapi malas kerja….

    Reply
  • May 20, 2016 at 2:41 pm
    Permalink

    PAS ni tidak malu dan mereka perlu memberi juga PH untuk bertanding dan menunjukkan siapa kuat. Nampak sangat PAS ini cuba membolot semua tempat untuk mereka sendiri kerana sudah tiada Tahaluf Siyasi dengan parti-parti PH.

    Reply
  • May 20, 2016 at 2:53 pm
    Permalink

    …lebih baik pas dari pan(dap)…

    Reply
  • May 20, 2016 at 6:06 pm
    Permalink

    Kata PH mereka menuntut dmokrasi yg tidak diamalkan dengan baik oleh kerajaan BN. Tidakkah PASdap yg menghalang PAS dari bertanding merupakan pencabulan terangan terhadap demokrasi. PANdap dan PKR hanya kaki kencing yg berterabur

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *