Isu Saman Kor Ming: Ketahuilah Bahawa Najib Razak Itu Pemaaf Orangnya

Share


imageSeperti yang penulis duga, tindakan untuk menyelesaikan fitnah yang dilemparkan oleh Nga Kor Ming kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isteri akan mendapat kritikan dari netizen.

Hujah mereka, ajar si DAP ini, yang entah sudah berapa kali menyebarkan perkara-perkara yang berbaur fitnah. Masih ingatkah kita bagaimana beliau memuatnaik gambar kanak-kanak beruniform sekolah sedang melintasi titi usang, yang didakwanya berlaku di Sarawak?

Tidak mungkin penulis menyalahkan sentimen marah para netizen, terutamanya mereka yang sering bertindak untuk memperbetulkan persepsi-persepsi negatif yang dilemparkan kepada kepimpinan dan negara.

Namun, kita juga perlu melihat kepada beberapa perkara, yang mungkin menjadi timbang-tara dalam memutuskan penerimaan “maaf” dari Kor Ming.

Pertama, selalunya perbicaraan akan mengambil masa, sedangkan kita tahu, masa itu cukup berharga kepada Perdana Menteri untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada negara. Cukup berbeza dengan pembangkang, yang tidak banyak kerja, selain mengadu domba.

Kedua, perbicaraan juga melibatkan wang ringgit, maka bukankah bijak jika kebenaran boleh diserlahkan tanpa menggunakan kos yang banyak?

Ketiga, apakah kita lupa bahawa salah satu sifat mahmudah (terpuji) adalah pemaaf? Lihat sahaja watak Perdana Menteri itu sendiri yang waima dihujani pelbagai fitnah, beliau tetap “cool”. Maka, tidak hairanlah jika seboleh-bolehnya, beliau akan mengelak untuk bermusuhan dengan mana-mana individu sekalipun.

Di dalam sirah Islam sendiri, sifat pemaaf itu merupakan sebahagian dari strategi dakwah yang jitu. Kaum kafir Quraisy demikian dahsyat memusuhi Nabi Muhammad dan umat Islam.

Tetapi, ketika kaum Muslimin berhasil menguasai Makkah dan Jazirah Arab, Nabi Muhammad SAW segera melakukan perjanjian damai, memaafkan semua kesalahan semua orang kafir Quraisy. Tindakan Nabi itu, ternyata membuat mereka tersentuh dan terharu, sehingga kemudian mereka berbondong-bondong masuk Islam.

Apalah ertinya seorang pemimpin Islam, tetapi sering dilingkari dengan sifat dendam dan amarah yang tergolong di dalam sifat mazmumah? Percayalah, dendam dan amarah tidak akan menjadikan jiwa kita tenang. Maka tidak hairanlah jika kita melihat masih ada susuk tubuh yang dihujung usianya pun, masih bergelumang dengan nafsu serakah, amarah syaitanirrajim.

Nga Kor Ming telah mengaku memfitnah perdana menteri, apabila menyatakan “kekesalan” atas tindakannya memuatnaik posting di laman Facebook sebelum ini. Itu hakikat yang perlu kita fahami bahawa Perdana Menteri kini sedang dihujani dengan anak-anak panah fitnah.

Jika benar kita adalah orang parti, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk menyebarkanluaskan pengakuan Kor Ming itu, sekaligus menepis salah satu anak-anak panah fitnah itu tadi.

Sudahkah Nga Kor Ming melafazkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri?



6 thoughts on “Isu Saman Kor Ming: Ketahuilah Bahawa Najib Razak Itu Pemaaf Orangnya

  • May 18, 2016 at 5:14 pm
    Permalink

    sifat mahmudah itu memang baik dan perlu ada dalam diri setiap org islam….tetapi ber pada pada la….sesekali si kafir harbi laknatullah ni kena dan perlu di sekolah kan semula, baru la hilang sikit lemak babi yg selama ni berselaput di kepala otaknya…

    Reply
  • May 18, 2016 at 6:05 pm
    Permalink

    Saya pun berpendapat PM DS Najib pemaaf orangnya.

    Salah seorang kawan yang berjumpa dengan beliau semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada pertengahan 1990an, mendapati beliau begitu baik dan mudah berbincang apabila berunding. Buah butirnya sopan dan sentiasa mengorak senyum untuk menunjukkan kemesraan sebagai seorang pemimpin.

    Beliau yang dulu menghulurkan tangan untuk berjabat sesuai dengan jiwa yang bersangka baik.

    Reply
  • May 18, 2016 at 9:54 pm
    Permalink

    Itu kita semua akui, apatah lgi rosmah, dia pun hairan mengapa suami nya sungguh pemaaf, cuma kalau penyamun lepas menyamun tolong org buta melintas jalan, belum tentu dia Terlepas tuduhan menyamun kan.

    Reply
  • May 19, 2016 at 11:03 am
    Permalink

    PAKTHO NI ADALAH ABTARA MELAYU YANG BANGKANG DAN BUSUK HATI TAK DAPAT PROJEK KUT, ATAUPUN CINA RED BEANS ARMY YANG DI BAYAR, MAKAN GAJI FITNAH ORANG

    Reply
  • May 19, 2016 at 2:01 pm
    Permalink

    paktho ni tukang buat provokasi murahan dalam mykmu ni. Taktik biasa pewaris pakatan retard. Terlalu mudah dibaca.

    Reply
  • May 19, 2016 at 2:04 pm
    Permalink

    paktho ni tukang buat provokasi murahan dalam mykmu ni. Taktik biasa pewaris pakatan retard. Terlalu mudah dibaca. Tahap pemikiran aras lutut.

    Reply

Leave a Reply to arul belanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *