1 Juta Tandatangan Sekadar Mahu Rosakkan Negara

Share


Oleh Amin Yatim

Tun Dr Mahatahir Mohamad tahu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, 1 juta tandatangan yang dikutip tidak memberi apa-apa makna dari segi undang-undang dan tekanan politik.

Jika benar mahu menjatuhkan Perdana Menteri hari ini, beliau perlu mendapatkan tandatangan sekitar 130 orang ahli Parlimen sahaja. Atau jika benar mahu memberi tekanan kepada Mohd Najib, Mahathir hanya perlu mendapatkan tandatangan 160 Ketua UMNO Bahagian sahaja.

Dua kumpulan ini merupakan penentu kedudukan Mohd Najib Tun Razak dalam Kerajaan dan Parti. Mahathir telah gagal kedua-dua kaedah ini kerana mereka terdiri dari kelompok celik politik dan membuat pertimbangan berasaskan rasional.

Mahathir tahu kutipan 1 juta tandatangan tidak bernilai apa-apa untuk menjatuhkan Najib Razak. Penyokong beliau mungkin keliru dan beranggapan ia boleh mendesak Majlis Raja-Raja menurunkan Mohd najib Tun Razak. Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Agong tiada kuasa menurunkan Perdana Menteri kecuali setelah mendapat mandat majoriti ahli Parlimen.

Kasihan penyokong Mahathir yang bersorak sakan untuk dengan “kejayaan tandatangan 1 juta”. Kita ragu-ragu ia tulen. Tapi jika benar mereka ada pun ia tidak mengubah apa-apa. Jangan kata 1 juta, jika 20 juta tandatangan pun ia tidak boleh menjatuhkan Najib mengikut Perlembagaan.

Apa yang sebenarnya mahu? Seperti kata penulis politik Ab Jalil Backer dalam akaun facebooknya, “Tun Mahathir yang kaya raya hanya mahu ekonomi negara merudum dan politik negara tidak stabil supaya Najib Razak dan Barisan Nasional dapat dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.”

“Beliau dan kroni-kroninya tidak terjejas apa-apa jika ekonomi negara musnah. Kita yang di bawah ini menanggung akibat hilang pendapatan, pekerjaan dan perniagaan seperti mana yang berlaku pada 1997/98.”

Inilah yang Mahathir mahu lakukan. Beliau berdendam dengan Najib Razak dan sudah tidak peduli apa yang terjadi kepada negara mahu pun kerajaan. Beliau hanya mahukan Najib Razak jatuh demi ego sebagai seorang yang MAHA dalam politik negara ini.

Mahathir fikir beliau nabi dalam politik negara. Itu boleh berlaku 20 tahun lalu. Bukan sekarang!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *