D’Herbs Perlu Saman Ahmad Bashah Jika Fitnah

Share

Keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan RM 30 juta daripada D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs) diumumkan tiga hari lalu oleh Setiausaha Kehormat, Datuk Aminuddi Omar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Menurut Aminuddin, keputusan tersebut dibuat selepas mendapati beberapa syarat D’Herbs sukar dipenuhi namun KFA mengucapkan terima kasih atas minat d’Herbs.

Malangnya isu penolakan ini telah digunakan oleh beberapa pihak yang rapat dengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir untuk menghentam Menteri Besar, Datuk Paduka Ahmad Bashah sebagai gagal meyakinkan penaja dan asyik “lena” sahaja.

mkini-dhrebs-kedahPengasas D’Herbs juga diketahui cuba bermain politik “kotor” ketika kontroversi penukaran Menteri Besar Kedah awal tahun ini.

Media ketika itu melaporkan pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengumumkan pembatalan rundingan untuk menjadi penaja pasukan Kedah sebaik sahaja Ahmad Bashah menggantikan Mukhriz. D’Herbs kemudian mengadakan rundingan semula dengan KFA dan masih mengekalkan tawaran RM 30 juta tersebut.

Justeru apabila ada serangan ke atas Menteri Besar selepas penolakan kali ini, maka Ahmad Bashah perlu mendedahkan mengapa KFA menolak tajaan bernilai RM 30 juta.

Soal penaja kecil hati kerana rundingan diumumkan tidak penting apabila isu ini sudah dipolitikkan oleh penaja sendiri sejak awal. Mengapa bakal penaja terlebih awal umum minat hendak taja Kedah sebanyak RM 30 juta?

Jika tidak jelaskan peminat akan persoalkan kenapa tolak wang sebesar itu. Kalau Penaja tidak mahu mendapat malu, lain kali ikut cara profesional. Hendak taja berapa puluh juta pun buat rundingan dulu. Bila sudah capai persetujuan baru umum.

d'herbsPenaja tidak perlu dolak dalih. Betul atau tidak ada usaha masukkan isu tanah dan papan iklan seluruh negeri Kedah dalam rundingan tersebut? Gambar-fambar lawatan penaja ke tanah yang disebutkan sebagai sebahagian daripada rundingan sudah tersebar sejak beberapa hari lalu menunjukkan memang ada rundingan tersebut.

Fikir logik adakah Menteri Besar akan tolak tajaan RM 30 juta jika menguntungkan KFA dan tidak merugikan kerajaan negeri?

D’HERBS Jangan Putar Belit Isu

IMG-20160505-WA0001Tidaklah perlu D’Herbs menawarkan beratus juta ringgit untuk satu bukti atas tuduhan yang beliau sendiri reka. Tidak ada sesiapa menuduh beliau mahukan tanah atas nama sendiri atau merampas tanah kedah. Jadi mengapa beliau tawarkan RM 100 juta untuk bukti tersebut.

Cuba tawarkan RM 100 juta untuk buktikan ada syarat atau rundingan untuk D’Herbs dapatkan tanah dan hak papan iklan sebagai balasan tajaan RM 30 juta tersebut.

Lebih mudah, jika semua kenyataan Ahmad Bashah bohong, D’Herbs sepatutnya menyaman Menteri Besar dan KFA kerana memfitnahnya.

5 thoughts on “D’Herbs Perlu Saman Ahmad Bashah Jika Fitnah

  • May 7, 2016 at 9:12 pm
    Permalink

    Bagi satu je kesilapan MB Kedah ini jika terima penajaan kena berfikir, kalau boleh jual tanah cakap boleh jual lagi APA salah naikkan syrikat bumiputera selama ini kita asyiknya Bantu syrikat Cina je

    Cara dherb ini tak salah cuma ia hanya pembincangan
    Dia beli tanah di Kedah 100juta dia nak taja 30juta Kedah

    Dalam memikiran orang politik dia takut orang akan fitnah MB Kedah yg baru konon dia jual tanah harga murah atau mahal ‘dap akan menambah cerita bagi sedap Dan fitnahnya

    Bagi aku bersediakan d herbs menghadapi fitnah pembangkang seperti syarikat jakel ITU , ‘dap mana suka syrikat bumiputera Naik .

    Jawapan mudah je tokongkini tak akan senang jika syrikat bumiputera naik,

    Dap halang apa juga Cara untuk syrikat bumiputera naik atau jika ADA syarikat bumiputera ITU dekat pada kerajaan

    Dap nak orang Cina kaya dimalaysia ini

    Reply
  • May 7, 2016 at 9:49 pm
    Permalink

    Peniaga mana nak rugi,kalau taja 30 juta dia misti mahu dapat balik sekurang-kurangnya pun double.Apa guna ‘gadai’ harta negeri utk dapat taja pasukan bola,apa sangat untungnya pada rakyat.Berpada-pada lah berhabisan kerana bola ni,bukan besar mana pun faedahnya ,syok sendiri je,menangnya pun tak sebarapa,lagi pun kalau setakat hanya dalam negara apa lah sangat.Baik gunakan harta negari utk taja pelajar keluar negara tuntut ilmu,lagi berbaloi.Atau taja rakyt misikin utk cari sumber rezeki,pun bagus juga.

    Reply
  • May 7, 2016 at 11:20 pm
    Permalink

    aku percaya mesti ada pihak yang mempengaruh & menghasut pengasas D’herbs supaya terlajak minta lebih berhubung syarat tajaan yang diberikan

    Reply
  • May 8, 2016 at 2:19 am
    Permalink

    WARKAH TERBUKA BUAT DATUK ALIFF SYUKRI…Part I

    Hampir sejam semalam saya tengok sidang media Datuk Aliff Syukri… Nak gelak pun ada… kesian pun ada.. nak tergelak sebab tengok gelagat dia.. kesian sebab rasa macam dia “lost” dalam permainan emosi dia sendiri…

    Menonton Aliff semalam, saya tak kisah sangat dengan gelagat dia tu.. dah selalu tengok kat TV dah acting dia tu.. ditambah pulak dengan iklan senonoh dan “kurang senonoh” dia kat merata cerok.. saya dapat la simpulkan sikit-sikit dia ni ahli perniagaan yang jenis apa…

    By the way, saya rasa pelik dengan beberapa point “panas” dalam PC yang Datuk Aliff buat semalam…

    Kecoh betul dia cakap pasal isu TANAH tu.. saya tertanya-tanya.. apa kena mengena isu TANAH dengan tajaan Aliff Syukri untuk KFA? KFA ada banyak tanah ke Kedah ni? Kat area mana tanah yang Aliff maksudkan tu?

    Saya nak tanya, Aliff tau tak perbezaan antara TAJAAN dan PELABURAN?

    Kalau PELABURAN, memang betul la Kedah ni sedia dengar “proposal” (cadangan) dari mana-mana pihak pun untuk bangunkan Kedah.. Banyak syarikat luar yang datang ke Kedah bawak proposal, termasuk yang tawarkan pelaburan secara usahasama..

    Peniaga yang datang bawak proposal tu memang ada pengalaman buat development.. dari oversea pun ada.. depa pun kaya jugak macam Datuk Aliff… ada yang lebih kaya dari Datuk Aliff pun.. Tapi ada yang diterima, dan ada yang terpaksa ditolak… diterima atau ditolak, dah tentu ada sebab…

    TAJAAN pulak, pada pandangan saya la… ia lebih kurang yang macam PKNK, Sada, Kedah Discover etc buat tu.. Kat negeri lain pun ada tajaan macam tu.. Takde la over-over nak itu nak ini..

    Bila TAJAAN tu macam di Kelantan.. maka macam-macam la yang berlaku.. kalau perkara yang berlaku tu untungkan KFA, pemain dan pembangunan bola sepak, tak pe la.. tapi kalau sampai effect persatuan, players dan pengurusan bola sepak macam yang berlaku kat Kelantan tu.. rasanya tak payah laaa….

    Lagi pun, kalau ikut strategi pemasaran… apa yang berlaku pada The Red Warriors tu hanya untungkan Qu Puteh je.. dia dapat publisiti, tapi bila TRW tak perform, dia boleh pulak ugut tarik balik TAJAAN?

    Pada saya, kalau betul nak bantu pembangunan bola sepak, cuba contohi Chevrolet, Vodaphone, Standard Charted, SADA, PKNK dan sebagainya.. Depa tak pernah ugut pun nak tarik balik tajaan.. kalau tak mau taja pun, depa akan tunggu hingga tempoh kontrak selesai dan tak teruskan…

    Apa yang Datuk Alif buat dalam PC semalam tu rasanya dah kelirukan keadaan… Saya nak beritahu Datuk Aliff.. PENTADBIRAN KERAJAAN dan PERNIAGAAN SYARIKAT SWASTA adalah perkara yang sangat BERBEZA.. Kerajaan perlu jaga kebajikan rakyat dan syarikat yang jalankan perniagaan adalah profit oreinted..

    Jadi, jangan la terasa hati atau sentap kalau Tok Bashah cakap beliau hanya jaga kepentingan dan hak rakyat negeri Kedah saja… Datuk Aliff, money is not everything.. Sejarah kami pernah lihat Pulau Pinang “hilang” akibat “tajaan perang”… kami tak mau la pisang berbuah dua kali…

    Datuk nak buat Bandar D’Herbs? Bawa proposal tu ke Kerajaan Negeri, bukan KFA..! Tak payah la nak dapatkan publisiti dari kontroversi pihak “tertentu” yang sejarahnya “memang gagal” secara “lumat” dan menyusahkan Kerajaan Negeri Kedah… “Tahana” yang depa buat tu terpaksa Kerajaan Negeri jawab pada rakyat Kedah sampai sekarang.. Datuk Aliff tahu ke background depa tu?

    Datuk Aliff.. jangan ingat bila buat PC sambil jerit-jerit macam tu boleh pengaruhi saya dan orang Kedah… Tak perlu pun nak salahkan Tok Bashah, KFA atau mana-mana pihak…lagipun memang saya yakin memang ada yang “TAK KENA” dalam agreement dengan KFA tu…

    Semalam, lepas fikir panjang, saya fikir Datuk Aliff ni macam dah “kena main” dengan pihak tertentu.. Mungkin depa nak kaya cepat dan nampak peluang untuk perbodoh Datuk dan KFA.. mangsa yang teruk dikecam ialah Tok Bashah.. Naya je Tok Bashah kena…

    Datuk Aliff.. saya sarankan pada Datuk supaya calm yourself… Mungkin Datuk jenis yang susah nak calm down.. tapi cuba tenangkan diri tu… banyak buat homework dan selidik secara menyeluruh supaya tak kena “main” macam tu lagi…

    Saya sebenarnya belum lagi dapat teliti “cadangan” atau “proposal” agreement yang pihak Datuk sediakan tu.. setahu saya, ada 3 kali pertemuan (meeting) dengan KFA dan dah tentu ada “stage” butiran yang dibincang…

    So far, saya hanya dapat “muka depan” proposal agreement tu saja… maybe kalau Datuk Aliff asyik nak mengamuk macam tu, mungkin KFA sendiri tak teragak-agak dedahkan kandungan sebenar 49 syarat “pelik” yang depa dok heboh tu…

    InsyaAllah, jika saya dapat teliti proposal tu nanti, saya akan ulas… Datuk Aliff Syukri jangan risau.. saya jenis FAIR & SQUARE.. saya dengar dan teliti fakta dari kedua belah pihak… Kita cuba jernihkan keadaan demi KFA, bola sepak Kedah dan imej Datuk Aliff sendiri sebagai ahli perniagaan…

    Relaks Datuk.. InsyaAllah kalau Datuk datang ke Kedah, kita jumpa kalau ada kesempatan dan diziinkan Allah nanti…

    http://dukeofumno.blogspot.sg/2016/05/warkah-terbuka-buat-datuk-aliff.html

    Reply
  • May 8, 2016 at 8:02 am
    Permalink

    Tu yang aku dok cah ketar dengan syarikat syarikat cam ni tambah cam syarikat kosmetik terlajak cemuih sangat kalau dah kfa udah tak minat kenapa si terlajak over ni kalut sangat atau ada agreement maut ke dengan bekas mb ko dah dulu .hampeh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *