Adenan Satem Menang Dengan Majoriti Bertambah, PKR Hilang Deposit

Share


adenan satemKUCHING, 7 Mei (Bernama) — Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu, hari ini.

Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu. Calon PKR itu hilang deposit.

Pada PRN-10, Adenan menang dengan majoriti 3,216 undi setelah menewaskan calon PAS, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006 dan sebelum itu beliau merupakan ADUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, kini Yang Dipertua Negeri Sarawak, yang menerajui Sarawak kira-kira 33 tahun.

Pada PRN 2011, PBB menampilkan prestasi cemerlang apabila memenangi kesemua 35 DUN yang ditandinginya, dan kali ini PBB bertanding di 40 kerusi ekoran proses persempadanan semula kawasan yang menyaksikan jumlah kerusi bertambah daripada 71 kepada 82.

— BERNAMA



2 thoughts on “Adenan Satem Menang Dengan Majoriti Bertambah, PKR Hilang Deposit

  • May 7, 2016 at 10:51 pm
    Permalink

    Dengar kabarnya BN sudah sapu habieh. Tu dia heh. Orang Sarawak sudah menyampah dengan DAP, dengan PKR lagilah mereka jadi loya. Itu semua jenis pekakas manusia cakap tak serupa buat , kata mereka. Mereka2 itu bercakap tentang orang lain rasuah, kerana mereka tak diberi peluang sental rasuah. Bila ada peluang sikit macam di Penang sana… nah tu dia heh. Habieh kena sental, consultation fee projek pun 305J income nya …… tu dia heh.

    Pada Madey lagi mereka loya habieh. Madey kaki bohong, kata mereka . Mereka tak lupa bakun projek antara baby Madey yang gagal. Yang menang kocek Madey saja. Tapi Madey jenis orang yang tak ambik kisah itu semua. Sama macam jambatan bengkok. Dia tahu jambatan bengkok Singapura tak suka. Tapi Madey cakap, buat lah jugak jangan kira Singapura suka ke tidak , walau pun sekerat. Siap sekerat, kroni dia dapat projek, poket dia diisi dan jambatan sekerat akan kekal sekerat kerana Singapura tak suka lalu tak sambong. Bila tinggal sekerat jambatan jadi tempat orang terjun bunuh diri. Madey tak kisah itu semuaa, janji kroni dia dibayar, kocek dia terisi melalui anak2 dia yang jadi proxy.

    Itu Madey, pejuang rakyat. Pejuang tahik kucing.

    Reply
  • May 8, 2016 at 12:28 am
    Permalink

    esok lusa dapatlah kita tengok upacara ‘witch-hunt’ bermula antara DAP & PKR tentang kekalahan teruk mereka

    tidak boleh dinafikan antara faktor kekalahan teruk DAP disebabkan persepsi negatif pengundi cina di Sarawak terhadap setiausaha agung DAP yang terlibat dengan rasuah

    faktor ini boleh dilenyapkan dengan tidak menjemput guan eng datang ke Sarawak untuk berkempen memberi ceramah sebaliknya menjemput mahathir, muhyiddin atau mukhriz(kalau boleh 3 ekor sekali gus) datang ke Sarawak untuk bantu DAP berkempen memberi ceramah

    ceramah yang dimaksudkan ialah mahathir, mukhriz atau muhyiddin memberitahu pengundi(terutama pengundi cina) bahawa guan eng baik orangnya, tidak mungkin dia melakukan rasuah & berkata isu rumah banglo terlajak murah guan eng & tanah Taman Manggis ialah konsiprasi Najib & BN mahu menjatuhkan guan eng untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu 1MDB & derma RM2.6 bilion

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *