#PRNSarawak: Sama Sendiri Pun Dia Tipu, Rakyat Apa Lagi

Share


13087454_1796346050584181_1408487435374335684_n

MACAI pembangkang yang sempat penulis temui dalam kempen pilihanraya Sarawak kali ini mendakwa, pertembungan sesama sendiri antara DAP dengan PKR, PKR dengan PAS, PAS dengan PAN, DAP dengan PAS di banyak kawasan DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak hari ini, adalah satu perkara yang biasa.

Kata dia dalam BN pun berlaku (BN lawan BN) cuma bezanya, calon lagi satu tu guna lambang Bebas – bodoh betul puak-puak ni!!  Bebas, bebaslah mana pulak dia BN, orang BN yang lawan calon BN lain automatik tergugur keahliannya, memang belit betul lah.

Tapi sebab tahu yang sokong pun lebih bodoh dan berbelit lagi, maka alasan seperti itu pun laku digunakan.  Pelik betul komuniti yang sokong pembangkang ni, bagaimanalah tumbuh besaran mereka dahulu agaknya?  Bab pembangkang lawan sesama sendiri ni jadi isu sebab mereka ada perjanjian untuk tidak bertanding sesama sendiri’

Perjanjian yang sendiri sign pun tak hormat, apatah lagi janji dengan rakyat?

Sebab itu rakyat jangan terkeliru dengan alasan-alasan yang seumpama ini.  Puak-puak cuba nak menutup hakikat bahawa mereka sesama sendiri pun dia bohong tapi nak tunjuk dialah yang terbaik berbanding BN.

Yang DAP bertanding 31 kerusi tapi cakap macam dia boleh jadi kerajaan lebih baik dari BN di Sarawak, satu contoh penipuan yang paling nyata.  Nak jadi kerajaan kena ada 42 kerusi, 31 tidak cukup – itupun kalau menang semua.

BN Sarawak tidak tipu sesama parti komponen dan dengan itu tidak tipu rakyat.  Calon kita tidak bertanding sesama sendiri dimana-mana tempat dalam kempen pilihanraya kali ini, tak macam pembangkang.

Pembangkang, belum perintah negeri sudah tipu rakyat.

Kredit gamber: facebook.lee.sian.see



2 thoughts on “#PRNSarawak: Sama Sendiri Pun Dia Tipu, Rakyat Apa Lagi

  • April 26, 2016 at 12:38 pm
    Permalink

    Kalau tak tipu bukan pakatan harapan ehh haprak namanya biasa la macai pakatan nak tipu pun dikata bohong sunat

    Reply
  • April 26, 2016 at 3:44 pm
    Permalink

    dasyatlahkan pembangkang berlawan sesama sendiri di 17 kawasan(DUN) yang dipertandingkan, hendak kata pecah rekod dunia tidak boleh kerana omputeh kata sudah ‘out of this world’…mereka berlawan sesama sendiri kerana masing2 begitu ego dengan mimpi masing2 walaupun dapat tidur sebantal & bersetubuh haram atas katil yang sama

    selesai PRN Sarawak, DAP dijangka akan ‘mengajar’ azmin ali, wan azizah & PKR pusat(semenanjung) kerana memberi kuasa autonomy & kebenaran kepada PKR Sarawak untuk menentukan sebanyak mana kerusi mereka mahu bertanding sehingga menyebabkan DAP terpaksa berlawan dengan PKR di kerusi yang sama…DAP pusat(semenanjung) begitu hipokrit, bongkak & sombong menyalahkan PKR pusat(semenanjung) bila pertembungan(perlawanan) sesama sendiri di kerusi yang sama ini berlaku

    apakah DAP pusat(semenanjung) memberi kuasa autonomy & kebenaran kepada DAP Sarawak untuk melakukan perkara yang sama(menentukan sebanyak mana kerusi yang mereka mahu tanding) tidak boleh dipersalahkan juga kerana telah menyebabkan pertembungan sesama sendiri ini berlaku?

    tiada solidariti, kecelaruan serta ketamakkan luar tabie DAP, PKR, PAN & PAS berebut kerusi dalam PRN Sarawak ke 11 merupakan kesalahan secara kolektif yang harus parti2 ini terima dengan hati terbuka kerana telah menyebabkan pertembungan sesama sendiri berlaku namun PAS akan dijadikan ‘punching bag’, kambing hitam & mangsa sekali lagi apabila DAP ‘mengajar’ PKR nanti kerana kononnya telah menyebabkan pertembungan sesama sendiri berlaku dalam PRN Sarawak ke 11…PAS di Selangor akan menjadi mangsa apabila DAP ‘mengajar’ PKR nanti

    DAP, PKR, PAN & PAS berlawan sesama sendiri kerana mereka begitu ego dengan mimpi masing2 walaupun dapat tidur sebantal & bersetubuh haram atas katil yang sama sebagai pembangkang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *