#PRNSarawak: Pemimpin DAP Cetus Kemarahan Penyokong BN Di Pusat Penamaan Calon

Share


13113355_1540454072917637_448438465_oKadang-kadang, ada benarnya juga keputusan kerajaan negeri Sarawak untuk tidak membenarkan ahli politik dari DAP dan PKR untuk masuk ke bumi Kenyalang.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Dewan Suarah, Kapit yang menjadi pusat penamaan calon untuk N.64 Baleh, apabila Ong Yew Tai, pemimpin DAP dari Subang Jaya telah menyelinap masuk ke kawasan larangan, yang waima Datuk Seri Zahid Hamidi juga tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut, kecuali mereka-mereka yang mempunyai pas SPR.

Mujur sahaja dua orang pencadang untuk penamaan calon Barisan Nasional, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menyedari kehadiran pemimpin DAP itu sebelum meminta Ong beredar dari kawasan itu. Ong, yang bertindak agresif telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan seterusnya.

Kejadian ini telah menyebabkan sebilangan penyokong Barisan Nasional di luar pusat penamaan calon menjadi berang kerana perkara seumpama itu tidak pernah berlaku di Kapit pada pilihanraya-pilihanraya negeri sebelum ini.

prn sarawak dap tipu

Sudah tentu, SPR mempunyai sebab musabab untuk tidak membenarkan orang awam berada di kawasan larangan tersebut. Kita pasti, SPR tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku, maka kawasan-kawasan di pusat penamaan calon diisytihar sebagai kawasan larangan. Belum pun menguasai Sarawak, DAP telah menunjukkan belangnya dengan tidak menghormati undang-undang pilihanraya.

Apa yang berlaku adalah bukti kepada Sarawak, bahawa tindakan mereka untuk tidak membenarkan figura politik tertentu masuk ke negeri itu adalah langkah yang tepat.

DAP memang sedang mengintai peluang untuk menang di semua kerusi yang ditandinginya, apatah lagi dalam rundingan bersama sekutunya, DAP berjaya untuk memilih kerusi-kerusi yang diidamkan.

Oleh yang demikian, penulis tidak terkejut jika DAP menggunakan segala strategi untuk menang kerusi-kerusi yang mereka tandingi, at all cost!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *