MB Selangor “Masuk Air” Lagi

Share


azmin masuk airEntah, samada kebetulan, atau suratan, cara pentadbiran negeri Selangor seolah-olah mengambil jalan mudah iaitu menyalahkan pihak lain dalam kebanyakkan isu yang melanda.

Kalau tidak kerajaan Barisan Nasional yang dipersalahkan (walaupun kini sudah 2 penggal Pakatan memerintah), maka rakyat pula menjadi sasaran mereka.

Isu denggi contohnya, wujud pula suara-suara penyokong mereka yang menyalahkan cara hidup rakyat sebagai punca Selangor menjadi jaguh dalam isu ini, walhal apa yang rakyat mahukan ialah tindakan proaktif dan drastik dari kerajaan negeri untuk memerangi wabak itu. Paling tidak boleh penulis lupa, apabila Exco Kesihatan memberi alasan bahawa denggi adalah wabak serantau. Mudahnya bermadah helah? Kan?

Dalam isu air, begitulah juga. Masih penulis ingat, Azmin pernah menegur penggunaan air di surau dan masjid sekitar Selangor sebelum ini. Siapa yang ditegurnya? Pengguna, atau rakyat. Malas hendak bangkitkan, bahawa surau dan masjid juga perlu membayar bil air, bukannya percuma. Maka penulis pasti, sesiapa yang selalu ke surau memang tahu bahawa cukuplah sekadarnya untuk menyempurnakan wudhu’.

Azmin sekali lagi “masuk air”, apabila membuat kenyataan kesal dengan sikap rakyat Selangor yang menggunakan air bersih untuk membasuh kereta dan siram pokok.

Kita bercerita tentang negeri Selangor, maka ingin juga penulis bertanya kepada Azmin, apa alternatif yang ada kepada rakyat Selangor yang ingin membasuh kereta dan menyiram pokok bunga?

Takungan hujan? Jika empangan juga tidak mampu untuk bertahan dengan simpanan air akibat dari cuaca kemarau dan panas melampau seperti sekarang ini, bagaimana rakyat boleh mengisi takungan air jika hujan pun hampir berstatus “pupus” buat masa ini?

Berapa ramai pula yang mempunyai takungan hujan di rumah mereka? Berapa lama pula mampu air dalam takungan tersebut bertahan sementara menunggu hujan yang berikutnya?

Rakyat juga ingin tahu, bagaimana Menteri Besar menyiram pokok bunga dan membasuh kereta-keretanya ? Mungkin beliau sudah bina loji tadahan air di kediamannya, atau mengorek perigi. Siapa tahu, kan? Atau mungkin juga pemandunya sering mengangkut air di lombong atau sungai untuk kegunaan domestik seperti itu.

Agak-agak lah, air apa yang Azmin sedang guna seperti dalam gambar di atas?

Itulah watak kerajaan Selangor hari ini, yang asyik cuba menyalahkan orang lain akibat tidak mampu mengurustadbir negeri dan sumbernya dengan baik.

Jangan lupa selepas ini, agihkan tangki takungan hujan kepada seluruh rakyat negeri Selangor demi menyahut saranan menteri besarnya.



3 thoughts on “MB Selangor “Masuk Air” Lagi

  • April 26, 2016 at 5:15 pm
    Permalink

    apa apa pun,, tahniah la kepada semua warga selangor ….ini la rupa kualiti Party pemerintah yg korang pilih dulu….esok next PRU, pilih la lagi yer…???

    Reply
  • April 26, 2016 at 6:35 pm
    Permalink

    Memang betul lah saudara arul belanda. Kalau tahu mereka tak boleh buat kerja , kenapa pilih. Mereka semua itu dalah ahli politik tulin, bukan pemimpin tulin. Banyak beza dalam dua benda itu, rakyat mesti perlu faham.

    Mentadbir negeri bukan saperti guru kelas yang mentadbir kelas disekolah dengan 30 orang murid. Selangor perlukan seorang yang lebih dari AZmin Ali buat meneraju. Bagi mereka itulah material yang terbaik. Pada standard kerajaan kita, itu belum lagi .

    Reply
  • April 26, 2016 at 8:04 pm
    Permalink

    Mgkn salah teks juga kot hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *