Marah Sungguh Bila Soalan Berjela Dijawab Dengan Satu Ayat Pendek

Share


ayer itam

Khabarnya semalam berlangsung sidang Dun Kedah yang menjadi saksi pertemuan pertama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dengan bekas penyandang jawatan itu, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimana? Seronok duduk di kerusi belakang?

Setelah beberapa bulan tidak bersua muka, akhirnya bertemu juga di Dewan Undangan Negeri Kedah. Menurut rakan-rakan di sana, banyak mata yang bertumpu pada dua Adun berkenaan semalam. Mungkin mengharapkan sesuatu berlaku antara mereka?

Apa yang menariknya ialah reaksi Ahmad Bashah yang ternyata berjiwa besar dan dikatakan terlebih dulu menyapa Mukhriz di kerusi Dun Ayer Hitam. Walaupun lebih senior, lebih Kedah dan bergelar Menteri Besar, Ahmad Bashah tetap ‘hemoi’ terhadap Mukhriz.

Penulis juga dimaklumkan oleh rakan-rakan di sana bahawa sebelum sidang Dun Kedah berlangsung, Ahmad Bashah telah melancarkan program BARAKAH, sebuah program yang menyatukan semua jenis sumbangan Kerajaan Negeri kepada rakyat Kedah yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Katanya, semua bantuan BARAKAH itu diagih-agihkan ke semua Dun tanpa mengira di kawasan pembangkang atau BN, termasuklah di Dun Ayer Hitam. Namun apa yang menjadi bahan lelucon di sana, bantuan BARAKAH yang dicetus hasil inisiatif Ahmad Bashah dikatakan ‘sengaja’ di ‘branding’ semula di kawasan Mukhriz itu.

Beg bantuan BARAKAH yang berwarna biru dan hanya menampilkan logo program berkenaan rupa-rupanya telah bertukar warna menjadi merah. Lebih menggelikan hati, ada pula imej Ketua UMNO Bahagian Jerlun ‘menempel’ di beg bantuan BARAKAH yang dihulur di kawasan itu?

Setahu penulis, Mukhriz di zaman beliau menjadi Menteri Besar, dia dikatakan jarang-jarang sekali meletakkan logo parti di mana-mana program anjuran Kerajaan BN Negeri Kedah. Selalunya hanya ada logo ‘Kedah Aman Makmur’ atau hanya imej beliau saja di ‘billboard’ di sekitar negeri itu.

Tapi selepas tidak menjadi Menteri Besar, tiba-tiba saja program di bawah Kerajaan BN Negeri Kedah itu bertukar wajah? Pada penulis, perkara itu hanyalah isu kecil sahaja. Namun begitu, ramai yang tersengih dengan gelagat Mukhriz tersebut.

Mukhriz dalam sidang Dun Kedah semalam dilaporkan ada bertanya tentang projek meganya, KXP, yang membabitkan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim. Maklumlah, dia yang umum projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar Kedah.

Memalukan, soalan Mukhriz hanya dijawab dengan satu ayat saja? Malah yang menjawab soalan itu pula hanyalah Exco? Mungkin kerana itu Mukhriz ‘bengang’ dan meminta Ahmad Bashah yang menjawab soalannya itu?

Bila dijawab KXP masih lagi dibincang dan diperhalusi, apa lagi yang Mukhriz mahu sebenarnya? Jawapan itu sudah memadai dan menandakan projek tersebut masih dalam agenda Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jika tidak, sudah tentu jawapan dari Exco terbabit ialah ‘kita dah batal dah projek tu’, bukan?

Pada pandangan penulis, Mukhriz sepatutnya bertanya tentang perkembangan projek Rubber City yang lebih penting bagi rakyat Kedah. Projek itu telah diluluskan dan dimasukkan dalam RMK ke-11 yang lalu. Malah ia melibatkan golongan penoreh yang kini dikatakan tertekan dengan harga getah yang agak rendah.

Kemudian, khabarnya Mukhriz membebel di luar dewan di depan wartawan. Boleh pula cetus spekulasi anggaran kos KXP kononnya berubah dari RM1.6 bilion kepada RM4 bilion. Lepas itu sebut pula tentang integriti dan ketelusan?

RM1.6 bilion itu hanya lapangan terbang ‘basic’ saja, bukan? Tiada tempat ketibaan dan perlepasan penumpang kerana KXP disasarkan untuk tumpuan aktiviti kargo sahaja, bukan?

Jadi, jika desas-desus yang Mukhriz dengar itu RM4 bilion, mungkin pelan asalnya telah dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa yang lebih lengkap seperti yang lain dan tidak tertumpu pada aktiviti kargo saja. Mungkin ‘alang-alang’ mahu bina, maka ia dilengkapkan supaya lebih sempurna, bukan? Kenapa Mukhriz suka menabur buruk sangka?

Jika mahu berburuk sangka, mungkin Mukhriz boleh menjelaskan tentang desas-desus Litar 1Kedah yang dikatakan asalnya hanya dianggar bernilai RM4 juta sahaja sebelum bertukar menjadi lebih dari RM70 juta. Kemudian, kenapa pula ia dikatakan berubah pula kepada lebih kurang RM30 juta.

Apa penjelasan bekas Menteri Besar tentang projek yang dikatakan di bawah kuasa Menteri Besar Incorporated (MBI) itu? Benarkah tentang dakwaan desas-desus tersebut? Mengapa dari RM4 juta ia berubah hingga menjadi puluhan juta ringgit? Ada masalah integriti dan ketelusan?

Pada pandangan penulis, jika enggan membantu Kerajaan Negeri sekalipun, tidak perlulah tunjuk perangai kebudak-budakan di sidang Dun. Mujurlah tidak tersingkap hijab dalam tempoh 2013 hingga Mac 2016. Jika disingkap, tidak mustahil ada yang keluar dewan dibuatnya…



11 thoughts on “Marah Sungguh Bila Soalan Berjela Dijawab Dengan Satu Ayat Pendek

  • April 26, 2016 at 9:11 pm
    Permalink

    my ‘erect middle finger’ for boboi(mukhriz)
    ‘ayer hitam’ takpe tapi kalau hati hitam memang tak guna
    kalau berterusan buat perangai nak jadi pembangkang dalam DUN
    berambus keluar secara suka rela adalah bermaruah dari terpaksa dikeluarkan oleh parti

    Reply
  • April 26, 2016 at 9:19 pm
    Permalink

    hakikatnya, DUN serba panik dengan kehadiran dan saolan mukhriz, di pendekan sidang sampai 1 tengahari sahaja.

    Saolan mukhriz dijawab setba tak tahu dan serba tak detail, apabila di asak oleh mukhriz, akhirnya exco mengambil jalan mudah dengan menjawab ia masih dalam kajian kerajaan pusat. Selepas itu sidang ditamatkan dengan tiba tiba.

    di luar dewan, mukhriz menimbulkan lagi persaolan kenapa sudah lebih dua tahun, kerajaan pusat lembab, masih dalam status mengkaji.

    Reply
  • April 26, 2016 at 9:43 pm
    Permalink

    sebab kroni asyik bertanya jadi boboi kenalah bersuara(bertanya), kalau boboi tidak puas hati dengan jawapan ‘masih dalam kajian’ itu buatlah usul hilang kepercayaan terhadap MB kerana dilihat sengaja melewatkan harapan & ketidaksabaran kroni kepada boboi untuk mendapat untung dari projek pembesaran lapangan terbang di Kedah

    nanti hendak buat usul itu boboi tidak perlu sebut ‘kerana MB dilihat sengaja melewatkan harapan & ketidaksabaran kroni kepada boboi’ kerana rakyat Kedah sudah boleh tahu kenapa(‘apa’ sebenarnya) boboi membuat usul itu…hehehehehe

    Reply
  • April 26, 2016 at 9:57 pm
    Permalink

    betul, kalau mukhriz buat usul itu baru betul dikata DUN & MB akan menjadi serba panik…’bugis’ kata DUN serba panik dengan kehadiran & soalan mukhriz sebab ‘bugis’ merupakan penjilat setia buah mukhriz…biasalah bagi penjilat setia buah mukhriz seperti ‘bugis’ berkata DUN kononnya serba panik dengan kehadiran mukhriz sedangkan apa ditanya oleh mukhriz, ADUN2 BN yang lain termasuk ADUN pembangkang sudah tahu ianya tidak penting sangat kerana melibatkan kepentingan kroninya sahaja

    Reply
  • April 26, 2016 at 10:24 pm
    Permalink

    Orang kecewa biasalah macam tu.

    Reply
  • April 26, 2016 at 10:33 pm
    Permalink

    Boboi bertaraf parlimen bukan Adun. Kehadhiran dia dipersidangan ADUN hanya sekadar mengisi ruang kerana kebetulan Boboi kurang bizi hari itu. Maklumlah Boboi bekas bakal PM. Gelaran yang sama disandang oleh NuarBerahim sehinggalah NuarBerahim masok kandang. Sungguh pun dalam kandang NuarBerahim tetap sentiasa memberi input yang berguna pada konco2 yang berada diluar atas apa yang mahu dibuat.

    Sebagaimana perakuan Tony Pua bahawa NUarBerahim dan Madey merancang untuk hapuskan UMNo dari mukabumi Msia. Tempat UMNo bakal diganti oleh Pakatuuuns dengan berPMkan Boboi. Ini dakwaan Tony, masakan Tony mahu reka cerita, masakan Tony boleh fitnah sahabat dia sendiri. Tony boleh fitnah Umno/BN tetapi Tony mesti setia dengan Pakatuuns.

    Boboi bekerja, bercakap, mengutuk memfitnah atas arahan bapa dia. Demikian juga Midin bertindak licik atas kehendak Madey. Walau Midin menyesal atas apa yang berlaku terhasil dari apa yang dibuatnya, namun Midin tak boleh luahkan rasa kesal dia. Dia tahu dia telah hilang segalanya hasil mengikut arahan orang pencen yang tak layak memberi arahan. Yang nampak menyesal dan bereaksi sebagai seorang menyesal tanpa sembunyi2 ialah FieBedal. Dia menyesal atas apa yang berlaku terhasil dari tindaktanduknya.. tapi apakan daya. Dia dipinggir kerana dia makhlok perosak yang layak dihapus bukan dibiakkan.

    Reply
  • April 27, 2016 at 8:03 am
    Permalink

    Setakat SRP…mmg patut la jawab pendek2…my konek for Ahmad Bashah.

    Reply
  • April 27, 2016 at 9:21 am
    Permalink

    macai banyak sungguh dalam ni. Jilat selagi boleh kat mat lena tu

    Reply
  • April 27, 2016 at 9:38 am
    Permalink

    Tidoooqq ja keje anak keling sekor ni. penat la tu malam berparti di KL, siang balik kedah sekadar nak tunjuk muka rajin kononnya. bg hangpa tidoqqq lg baik pasal tak masyuuukkk

    Reply
  • April 27, 2016 at 11:06 am
    Permalink

    dia x tido tapi mat lena 2 yang tido dh jd mb igt cerdik sikit tp dgr dia jawab pn tau alih2 pusat x bg komitmen…hmmm kedah la ni

    Reply
  • April 28, 2016 at 12:20 am
    Permalink

    Jawapan aku pada boboi kesayangan madey kutty : HAMPEH!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *