Bantuan Memahami Bahasa Diplomat Untuk Mahathir dan Penyokong Beliau

Share

Mahathir-90-tahunSiapakah yang menulis blog Tun Mahathir Mohamad hari ini masih satu misteri. Adalah sukar dipercayai ia ditulis oleh Mahathir yang berusia 91 tahun dan membuat beberapa kesilapan mudah dalam tulisannya.

Dalam tulisan terbaru beberapa hari lalu Mahathir mendakwa Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir tidak mengesahkan dana tersebut sebagai derma.

Mahathir menulis,

Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:

“Tuan Yang Terutama” kata wartawan itu, “Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?”

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: “Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan”.

Adakah Mahathir sedar apa yang beliau tulis? Terjemahan dalam blog Mahathir sendiri menyatakan Menteri Luar Arab Saudi tersebut mengakui ia adalah derma. Beliau tahu mengenai isu tersebut dan ia adalah derma ikhlas.

Mahathir mendakwa perkataan “aware” atau “menyedari” bukan satu perakuan kebenaran. Sudah tentu hujahan Mahathir ini betul sekiranya Menteri terbabit menyatakan “beliau mengetahui mengenai dakwaan derma yang dianggap ikhlas dan tanpa balasan itu.”

Sebaliknya beliau berkata, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.” [Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan].

Bahagian mana Tun Mahathir tidak faham mengenai kenyataan tersebut? Menteri Luar tersebut jelas menyatakan kerajaan beliau tahu mengenai derma tersebut.

Lebih melucukan, Tun Mahathir menulis, “Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu” yang merujuk kepada kenyataan seterusnya Menteri Luar tersebut, “we aware that the Attorney General of Malaysia had thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing (and in) so (as far as he is concerned) the matter is closed.”

Ada dua isu penting di sini harus difahami oleh Tun dan penyokong beliau, mengikut kronologi:

  1. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Kerajaan Arab Saudi mengetahui mengenai derma berbilion ringgit yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Razak oleh rakyatnya, dan ia merupakan sesuatu yang diberikan tanpa balasan.
  2. Menteri Luar Arab Saudi menyatakan beliau “sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup.”

Jadi tidak penting Menteri tersebut bersetuju atau tidak dengan keputusan Peguam Negara. Bagi pihak Arab Saudi, wang tersebut merupakan derma. Justeru keputusan Peguam Negara adalah seiring dengan maklumat mereka.

Mahathir juga mempertikaikan mengapa Menteri Luar Arab Saudi itu tidak menarik balik kenyataannya,  “It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia”  yang dibuat kepada “kitab Mahathir”, The New York Times pada Februari 2016.

Hakikatnya Menteri Luar Arab Saudi tidak perlu menarik atau membetulkan apa-apa kenyataan beliau sebelum ini kerana ia tidak ditanya oleh wartawan. Malah kenyataan beliau sebelum ini adalah bersifat pandangan bukan kenyataan rasmi.

Pada Februari 2016  New York Times menerbitkan berita antara lain menyatakan

 “he (Adel al-Jubeir) did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”

Jelas sekali pada ketika itu, Adel al-Jubeir sendiri tidak pasti dari mana sumber kewangan tersebut dan untuk tujuan apa. Frasa “he did not think” bermaksud pada hemat atau fikirannya. Sekaligus ia bukanlah satu kenyataan rasmi atau maklumat yang telah beliau dapat sepenuhnya.

Frasa kedua, “i believe” bermaksud “saya percaya”. Ini juga merupakan pandangan dan pendapat (opinion) beliau.

Jika diteliti, pandangan Menteri Luar ini pada Februari lalu merupakan pandangan awal beliau tanpa maklumat yang jelas. Ia bukanlah satu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi.

Sebaliknya, dalam kenyataan terbaru beliau pada April 2016, ketika ditanya oleh wartawan mengenai isu derma ini beliau menjawab, “We are aware of the donation and it is a genuine donation with nothing expected in return.”

Ini bermaksud beliau mengesahkan mengetahui derma terbabit dan derma itu adalah sah dan dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Tiada lagi perkataan “i believe” atau “i do not think” seperti dalam kenyataan awal.

Penggunaan “We” dalam kenyataan terbaru beliau jelas merujuk kepada Kerajaan Arab Saudi, berbanding kenyataan beliau kepada NYT (Februari lalu) yang menggunakan ganti nama “I” iaitu beliau sebagai individu.

Mustahil Mahathir tidak faham lenggok bahasa diplomatik antarabangsa seperti ini. Namun Mahathir atau penulis blog beliau memutar belit semua ini kerana ingin memenuhi agenda menyingkirkan Mohd Najib Razak.-MYKMU.NET

 

 

 

11 thoughts on “Bantuan Memahami Bahasa Diplomat Untuk Mahathir dan Penyokong Beliau

  • April 23, 2016 at 8:33 pm
    Permalink

    Semua artist sentiasa memerlukan hit song untuk kekalkan popularity . Serupa macam Siti Nurhaliza mempunyai lagu Cindai yang menjadi hit begitu lama dalam carta lagu tanahair. Namun masa berlalu lagu Cindai tidak lagi kekal jadi berhantu selepas itu. Siti memerlukan hit song yang lain untuk kekalkan popularity beliau. Ternyata Siti mampu bertahan kerana banyak hit song yang tercipta selepas Cindai. Malah banyak hit song selepas Cindai yang lebih berhantu dari Cindai. Maka kekallah Siti Nurhaliza dipersada hiburan tanahair.

    1MDB dan 2.6B adalah hit song Madey dan kuncu2. Hit song ini telah dilagukan dimerata cerok pentas dan masih dilagukan lagi hingga kini. Walau pada rakyat lagu ini lagu basi dan semua rakyat sudah muak lebih2 lagi telah terbukti itu lagu ciplak bukan benda asli. Kerana ketiadaan hit song baru Mukhriz bersama bapaknya terpaksa melagukan nya jugak. Midin juga masih jadi penyanyi latar melagukan lagu basi yang sama. Apakan daya, hendak diguna perempuan monggolia, itu pun sudah hilang hantunya. Hendak berterusan mengutuk Rosmah isteri PM , modal nya pun sudah habis.

    Untuk itu dalam usia 91 tahun, dimana manusia seusia dengan nya solah berjemaah 5 kali sehari, bertahjud dari pukul 4 pagi hingga menkelang subuh. Diikuti dengan kuliah subuh dan bersolah dhuha selepas itu….. Madey tidak begitu kerana dia masih memegang pena memeras otak untuk mencipta hit song yang baru.
    Kita berani berkata begitu kerana dengan bertahajjud, hajat, wudhuk dan berjemaah senentiasa , hati manusia akan jadi jerneh, bersih tidak kotor dan berkeladak. Wallahualam………

    Reply
  • April 23, 2016 at 8:57 pm
    Permalink

    Madey mungkin nyanyuk sebab tu tak tulis blog atau dia relakan geng geng loceng dia tulis blog untuk dia barangkali kamar merupakan ajk geng loceng dalam blog madey kot?

    Reply
  • April 23, 2016 at 9:12 pm
    Permalink

    Madey Masih dengan usaha Nya dan terkini Madey Akan menanggok air di hari pekerja 1 Mei. Madey mahu pastikan dia dapat tanda tangan yang cukup untuk di bawak jumpa Agong. Ini kerana PM Najib mesti diturunkan dan Midin mesti ambik alih sementara boboi jadi cukup matang untuk ambik alih.

    Jadi bila Midin dan Mukhriz mahu terus disingkir Dari Parti dan bila pulak Madey Akan di tahan reman. Kita tahu kerajaan tentu Ada perancangan yang baik buat mereka.

    Reply
  • April 23, 2016 at 10:08 pm
    Permalink

    Bersetuju dengan pandangan saudara memang baik !

    Maddey al kutty hanya memutar rekod lamanya agar dikenang oleh pendengarnya. Liriknya sama berulang-ulang kali.

    Reply
  • April 23, 2016 at 10:21 pm
    Permalink

    Hahahahahaha
    I am aware that we are going to lose another rm16billion to pay ipic

    Hehehe
    I am aware but i could not confirm is it 16billion or more.
    Hehehehehe
    I also aware why pemakan dedak masih tak paham but i could not confirm either they are really understand it or just to play stupid

    Hehehehehehe

    I can confirmed that i am wrote this and no longer aware i wrote this.

    Hehehehe

    Hehehehehe
    Hehehehe
    Now pemakan dedak is aware or not that we malaysian need to pay 16billion more… Hehehehe

    Anybody of the pemakan dedak can confirm this or just aware aje hehehehehe

    Reply
  • April 23, 2016 at 10:50 pm
    Permalink

    Haji Jho Lo senyum aje tenguk Melayu banyak kena tipu..sambil membelanjakan duit upah kerja songlap 1MDB untuk Raja Bugis.

    Reply
  • April 24, 2016 at 7:55 am
    Permalink

    i aware pm is a liar… I aware pm is a big spender.. I aware PM is the king of cash… I awarelah… pe lah…

    Reply
  • April 24, 2016 at 9:07 pm
    Permalink

    Atas atas tu pehal ni sengal semacam je

    Reply
  • April 26, 2016 at 12:45 pm
    Permalink

    Sengal pasal dah default 50 million ..
    Habis duit ni.. Tu sbb sengal

    Hehehehehe

    Kater niaga untung… Banyak duit…
    Apsal leh default 50 million ni?

    Hehehehehr

    Hanis la dedak kurang

    Reply
  • May 1, 2016 at 10:56 pm
    Permalink

    PAKATAN HARAPAN MENIPU RAKYAT, HANYA JAGA PARTI TAK JAGA RAKYAT PUN

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *