#PRNSarawak: Tidak Perlu 22 Tahun Untuk Menghubungkan Seluruh Borneo

Share


najib razak sarawak 3Lebuhraya Pan Borneo, dan bukannya landasan keretapi adalah usaha yang cukup signifikan dari pemerintahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dalam usahanya untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi Sarawak dan Sabah.

Tanpa tol, tentunya ia merupakan satu tamparan hebat kepada pembina-pembina lebuhraya terdahulu, kerana pendekatan ini sangat tidak popular, dan “tidak menguntungkan”.

Mungkin juga, inilah liberalisasi dari Perdana Menteri dalam membendung penguasaan kapitalis. Seharusnya, jika ada anak muda yang mendabik dada, berani mengatakan bahawa mereka anti kapitalis, maka lihatlah secara mendalam bagaimana Pan Borneo dibina, tanpa di pengakhirannya mengikat kerajaan dengan perjanjian yang akhirnya membebankan rakyat.

Seramai 78 kontraktor bumiputra Kelas F telah menerima sijil lantikan mereka untuk melaksanakan projek yang bernilai RM533 juta daripada RM 1.7 bilion jumlah keseluruhan daripada fasa ini.

Pengagihan kekayaan ini sesungguhnya sangat memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Apa yang penulis harap, agar kontraktor-kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek mega ini berjaya melaksanakan tugas mereka mengikut jadual. Cukuplah rakyat Sarawak pernah “dihiburkan” dengan projek Bakun, yang bukan sahaja lewat siap dari tarikh sepatutnya, bahkan kos yang ditanggung mencecah lebih dari sekali ganda, iaitu RM15 billion berbanding harga asal RM6 billion.

Untuk memajukan mana-mana tempat sekalipun, aksesibiliti adalah amat penting. Pan Borneo, jika sudah siap nanti, pastinya memberi ruang dan peluang untuk menjana ekonomi rakyat Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri Najib Razak membuktikan, bahawa beliau tidak memerlukan 22 tahun untuk sedar bahawa dengan menghubungkan seluruh Borneo, ia bermakna membawa peluang menjana ekonomi kepada negeri Sarawak.

 



13 thoughts on “#PRNSarawak: Tidak Perlu 22 Tahun Untuk Menghubungkan Seluruh Borneo

  • April 19, 2016 at 5:30 pm
    Permalink

    Assalamu’alaikom. Sebagai hamba Allah SWT, kita hanya boleh merancang…Allah SWT sahaja yang boleh menentukanya. Segala perbuatan dan amalan hendaklah niatnya semata mata kerana Allah SWT..baru selamat dunia akhirat…….. “Apa yang penulis harap, agar kontraktor-kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek mega ini berjaya melaksanakan tugas mereka mengikut jadual. Cukuplah rakyat Sarawak pernah “dihiburkan” dengan projek Bakun, yang bukan sahaja lewat siap dari tarikh sepatutnya, bahkan kos yang ditanggung mencecah lebih dari sekali ganda, iaitu RM15 billion berbanding harga asal RM6 billion.” Wallahu’alam.

    Reply
  • April 19, 2016 at 8:16 pm
    Permalink

    Projek bakun dikatakan satu projek akhir Madey dizaman nya yang darinya madey diberikan imbuhan bernilai RM400 juta. Hal ini disebut, diperkatakan oleh ramai orang yang terbabit secara langsong atau tidak langsong dengan projek bakun itu . Ini mungkin tidak betul, fitnah atau hanya diada2kan oleh musuhnya sendiri dizaman itu.

    Namun apa salahnya jika hal ini direfresh kembali, diperkatakan semula. Walau mungkin salah, fitnah atau tidak betul. Kerana Madey jugak buat perkara yang sama terhadap orang lain, yeini menyebar sesuatu tanpa bukti walau dia sendiri tahu itu semua fitnah.

    Reply
  • April 19, 2016 at 9:32 pm
    Permalink

    Walaupun Projek Bakun lewat akhirnya disiapkan walaupun menelan belanja jauh lebih daripada bajetnya..
    Tapi Projeknya nampak dimata…
    IMDB DITUBUH 2009…
    Modal 1 juta…
    PINJAM 42 BILLION…
    APA YANG DIBUAT DENGAN DUIT ITU?????
    hilang lesap lenyap….
    duit pinjam dibahagi-bahagikan…
    2015…
    RAKYAT JUGA KENA BAYAR…
    melalui GST 6%…
    (lepas ni pemerhati dan system baru akan ulas)
    HE HE HE…

    Reply
  • April 19, 2016 at 9:56 pm
    Permalink

    Nk tanya macai2 najib ni agak2 WSJ ble menang tak anugerah Pulitzer ttg artikel mereka mengenai 1mdb dn najib

    Reply
  • April 19, 2016 at 10:31 pm
    Permalink

    Tkde yg nk jwb ke, mana gi indersakti, mazlan,, sman, memamg baik, pemerhati knp senyap je

    Reply
  • April 19, 2016 at 10:42 pm
    Permalink

    kamar…
    DEDAK LUM SAMPAI LAGI TU…

    Reply
  • April 19, 2016 at 11:43 pm
    Permalink

    buku ‘satanic verses’ pun barat beri anugerah novel terbaik inikan pula laporan WSJ yang bersekongkol dengan pengkhianat negara bernama mahathir merekayasa isu 1MDB untuk menjatuhkan seorang PM beragama Islam

    kepada ‘kamar’…

    perlu ke aku sebagai orang Islam merasa hairan jika laporan WSJ mengenai 1MDB itu barat memberi anugerah pulitzer walaupun ‘kamar’ sudah awal2 lagi merasa bangga dengan kepastian WSJ mendapat anugerah pulitzer itu?

    Reply
  • April 20, 2016 at 12:35 am
    Permalink

    kamar & azmi tu bangga takpe sebab mereka kapir hidup bertuhankan kepalsuan nak bertuhankan madey yang kuat cakap bohong pun tak jadi masalah sebab mereka lagi suka cuma org Islam je tak patut bangga wsj dapat award pulitzer tu

    memang le akhir zaman ni ada org Islam tak bangga sebaliknya kutuk pendakwah terkenal seperti Dr Zakir Naik kerana mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah tapi org yg konon beragama Islam seperti salman rushdie dapat anugerah dari barat mereka puji tinggi melambung bukan saja diri org tu malah buku ‘satanic verses’nya

    Reply
  • April 20, 2016 at 2:20 am
    Permalink

    Suka2 kau je nk kapirkan org, akan ku tuntut di akhirat

    Reply
  • April 20, 2016 at 8:00 am
    Permalink

    Kamar says:
    April 20th, 2016 at 2:20 AM

    “Suka2 kau je nk kapirkan org, akan ku tuntut di akhirat”

    org tetap sangka kamar kapir sebab dia tak jawab pun sama ada dia bangga atau tak barat yg kapir bagi award pada wsj kerana fitnah najib dgn isu 1mdb & rm2.6 billion

    jawab le dulu kalau nak org kata kamar seorg muslim yg baik konpem dapat masuk syurga bersama madey

    Reply
  • April 20, 2016 at 9:45 am
    Permalink

    ini contoh muslim yang baik…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *