Tapisan Keselamatan Penjawat Awam Jangan Hanya Retorik

Share

azalina othman saidUntuk bersikap adil, kita pasti setuju bahawa perkhidmatan awam di negara ini mengalami perubahan yang ketara dari segi layanan perkhidmatan termasuklah dari segi pengurusan masa perkhidmatan dan kadar keberkesanan berbanding era 80-an dan 90-an.

Walau masih ada terdapat rungutan-rungutan di beberapa kaunter perkhidmatan awam, ianya bukanlah mewakili majoriti sifat penjawat awam. Dan kita juga perlu mengakui bahawa masih ada ruang yang perlu diperbaiki.  Itu normal. Namun, kini seperti sudah ada “trend” untuk mengenakan penjawat awam, dengan sengaja merakam provokasi yang dirancang agar tindakbalas dari penjawat awam itu dapat diviralkan lantas memberi imej buruk kepada kerajaan.

Kebimbangan utama sejak kebelakangan ini adalah ketirisan, atau kebocoran maklumat-maklumat sulit dan rahsia. Apa yang mengejutkan, terdapat juga maklumat-maklumat yang sudah melepasi saringan SPRM dan Bank Negara dan telah mendapat “clearance”, namun berjaya juga dibocorkan lantas dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.

Tindakan untuk mengenakan tapisan keselamatan terhadap penjawat awam amat bertepatan dalam cita-cita kerajaan untuk memastikan tiada kebocoran maklumat-maklumat penting. Mungkin sahaja apa yang kita sudah lihat, hanya melibatkan tujuan politik, tetapi bagaimana pula yang melibatkan keselamatan negara? Adakah kita tahu?

Oleh yang demikian, dengan mewajibkan penjawat awam lulus tapisan keselamatan samada sebelum atau selepas disahkan di dalam perkhidmatan adalah perkara yang sangat dituntut. Negara tidak mampu mempunyai barisan pentadbir yang tidak amanah.

Apa yang diharapkan, agar tapisan ini benar-benar dilaksanakan dengan perincian yang lebih baik bagi memastikan prosedur tapisan tidak bersifat “seperti melepaskan batok di tangga”. Dalam hal ehwal keselamatan negara, pasti tiada kompromi.

Perlu juga kerajaan melihat kepada kecenderungan politik individu, kerana keaktifan berpolitik juga boleh mengakibat ketidaksetiaan individu terbabit terhadap kerajaan. Mungkin benar, masih wujud individu yang mampu membezakan antara pegangan politik, dan professionalisma selaku penjawat awam.

Hakikatnya, apabila kita cuba memberi peluang kepada individu-individu sebegini untuk berada di posisi-posisi strategik, kebarangkalian untuk maklumat itu bocor adalah lebih besar.

8 thoughts on “Tapisan Keselamatan Penjawat Awam Jangan Hanya Retorik

  • April 6, 2016 at 4:31 pm
    Permalink

    Nmpknya Mykmu dh lama ketinggalan..
    Tapisan keselamatan dlm perkhidmatan awam dh lama ujud..
    Kslau tidak apa gunanya buku ARAHAN KESELAMATAN..ARAHAN PERBENDAHARAAN
    dan mcm2 arahan lg.
    Ni nk bg tau MYKMU..
    Kakitangan kerajaan dibayar gaji oleh rakyat…bukan oleh Umno..
    Sumpah k/ tgn kerajaan hanya kpd ydp agung dan negara bukan kepada menteri KORAP..
    DAN NK BG TAU APA PARTI MEMERINTAH PUN K/TGN KERAJAAN TETAP K/TGN KERAJAAN…

    Reply
  • April 6, 2016 at 5:02 pm
    Permalink

    Tak berapa lama lagi kita akan dapat menonton, membaca dan mendengar tiap2 hari mengenai seorang menteri dari sebuah negeri.

    Kita akan berpeluang mendengar cerita ketika kes menteri itu berjalan. Kita akan tatap saban hari mengenai betapa bersihnya menteri itu. Betapa suci dan cucinya dia.
    Dia akan membuktikan dia bukan menteri yang korap. Dia akan buktikan yang dia paling benci rasuah. Sungguh benci dan menyampah pada rasuah . Yang korap ialah menteri lain bukan dia.

    Dan lepas itu kita bakal membaca kisah dia terpenjara kerana kebersihannya dalam deal banglo 2.8M dan penjualan tanah pokok manggis.

    InshaAllah.

    Reply
  • April 6, 2016 at 6:58 pm
    Permalink

    LGE tak heran pun dipenjara..sebelum ni pun pernah dipenjara…
    Kami tunggu NAJIB dan ROSMAH KE PENJARA…
    Insyak ALLAH…

    Reply
  • April 6, 2016 at 9:50 pm
    Permalink

    Guang end kena ISA dulu he.he.he bila guang end masuk penjara ia tak aku tengok azmi bawa lilin pada guang end itu

    Reply
  • April 6, 2016 at 10:15 pm
    Permalink

    bila azalina nak kawin?

    Reply
  • April 7, 2016 at 9:45 am
    Permalink

    I admire Azalina. Keep up with the good performance.

    Reply
  • April 7, 2016 at 11:40 am
    Permalink

    bila najib masuk dlm ni.blh join dsai anwar. najib bkn penjawat awam. ke?

    Reply
  • April 7, 2016 at 12:12 pm
    Permalink

    Rokers ni x habis2 bangangnya. Tirai besi sekarang dok tengah melambai2 guan eng, pensioner Tun, Rafizi, pegawai kanan BNM yg memberi maklumat palsu pada wsj. Tapi Najib x de dlm senarai tu, yg ada ialah lambaian kaabah, dan rakyat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *