Najib akan kemuka surat tuntutan kepada Rafizi berhubung kenyataan pembelian kain

Share


Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd. Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun kepada pemberita selepas pengurusan kes saman fitnah membabitkan Najib dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara hari ini.

Mohd. Hafarizam berkata, beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.

Mohd. Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.

Sementara itu, Mohd. Hafarizam berkata, kes saman Najib terhadap Dr Ling akan didengar di hadapan hakim lain berikutan O’Hara hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.

Katanya, hakim itu menarik diri untuk mengelakkan salah tanggapan masyarakat kerana beliau dan Liong Sik merupakan alumni Maktab Tentera Diraja iaitu Persatuan Bekas Putera.

Peguam itu berkata, keputusan O’Hara itu tidak dibantah oleh pihaknya dan juga peguam Villie Nethi, mewakili Liong Sik.

Utusan



8 thoughts on “Najib akan kemuka surat tuntutan kepada Rafizi berhubung kenyataan pembelian kain

  • April 6, 2016 at 4:35 pm
    Permalink

    Surat tuntutan nk buat apa..
    Saman la..berhujah la dimahkamah..
    ADA BRANI….?

    Reply
  • April 6, 2016 at 5:14 pm
    Permalink

    Yelah Najib, rakyat dah muak dengan fitnah Rafizi. Eluk saman minta ganti rugi kaw2 macam kes nenek rasis tempuh hari. Rakyat mahu tindakan tegas yg berkesan, bukannya yg kelihatan lemah dan x bermaya tu. Itu je cara nak jaga marwah diri yg dirobek2 sesuka hati oleh orang mcm Rafizi ni.

    Reply
  • April 6, 2016 at 7:55 pm
    Permalink

    Rafizi Ramli sejak dulu lagi suka membaling pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap orang lain. Bukannya kita baru kenal si Rafizi ni.

    Reply
  • April 6, 2016 at 10:13 pm
    Permalink

    apa lagi…hari rabu saman rafizi…selasa tak bleh sbb nak saman awsj

    Reply
  • April 6, 2016 at 11:06 pm
    Permalink

    Kau org tk perasan ke kenyataan rafizi, najib dn rosmah guna duit gst utk shopping hak kenyataan tu yg najib brani saman, yg bnyk dok bg kenyataan najib guna duit 1mdb tk brani plak dia nk saman knp ek

    Reply
  • April 6, 2016 at 11:20 pm
    Permalink

    dah setahun lebih cerita 1mdb nie tak abis2….arul kanda pon sudah mau cabut

    Reply
  • April 7, 2016 at 11:38 am
    Permalink

    najib-najib. x cukup lg 2.6b tu. 42j duit src pun ko balun ye…

    Reply
  • April 7, 2016 at 1:20 pm
    Permalink

    Bab balun duit rakyat ni aku tabik spring pada guan eng. Dia buat setail puzzle. Pusing sana, pusing sini, koner sana, koner sini, tup2 untung atas angin rm59 juta tanpa 1 sen pun modal. Dahlah tu berurusan dengan semua company yg rugi dan bengkrap. Pelik tapi benar. Rakyat terlopong tenguk tanah taman manggis terbang bersama rumah pprt impian….zalimnya guan eng ni….apakah balasan?…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *