Ditangkap Pada Rafizi Satu Kemegahan, Balaci Nak Bising Apa?

Share


rafizi

DIBANDING dengan semua ahli parlimen pembangkang sedia ada (87 orang + 1 dari BN), hanya Rafizi si sotong kering ini saja yang nampaknya suka di’candat’ polis.  Dah kata dokumen audit 1MDB diklasifikasikan bawah OSA, tunggu bahas kat parlimen dulu baru dedah, datang dia dedah juga sebelum masanya.

Begitu juga pasal BAFIA, dah kata dah maklumat bank orang lain tak boleh dedah, datang dia buat bodoh gitu saja dengan mendedahkan.  Bila dia buat pengisytiharan harta pandai pulak sorok nombor akaun, bab NFC dulu, habis semua rekod bank orang tu ditunjukkannya.

Membuktikan disitu, sotong kering ni memang suka buat pasal agar kena tangkap.  Dipakai baju lokap dengan tangan bergari ni, pada dia satu kemegahan, kebanggaan.  Buat-buat ambik gambar candid la, nak dapat simpati tapi dalam hati melonjak-lonjak tu.

Pasal dia tahu duk lokap pun tak lama, bersusun lawyer menunggu nak membawa dia keluar selepas sehari dua.  Tapi gambar?  Kekal selama-lamanya, seolah-olah bertahun itu jugak dia disumbat dalam tahanan, walhal semalam dua je pun.

Modal sama dari zaman reformasi dulu sampai sekarang, yang beza nama saja tapi tujuannya itu juga, nak dapat populariti, bodohkan rakyat dan buka peluang hentam kerajaan

Itu yang buat penulis hairan ni, balaci dia yang bersungguh-sungguh hentam kerajaan pasal Rafizi kena tangkap dalam page Facebooknya tu apahal?  Dia memang suka kena tangkap la wei.  Boleh jadi modal kempen besar besok tu, yang balaci pulak terlebih bising kenapa?

Jangan terperangkaplah dengan lakonan murahan macam ni, zaman makin maju tapi rakyat nak makin bodoh ke, mudah sangat kena kencing dek ahli politik takde etika?

Dia kena tangkap ni rakyat untung apa, rugi apa?  Siapa pesara tentera yang tak dapat pencen sebab kononnya 1MDB lambat bayar hutang LTAT?  Beratus ribu kalau tak berjuta bekas tentera berpencen ni, mana sorang yang tak dapat pencen?  Bukan mintak ramai, satu cukup tak dapat pencen sebab 1MDB konon lambat bayar pinjaman LTAT, ada?

Mudah benar kena tipu, bala ke petunjuk dari Tuhan pun tak tahu.



7 thoughts on “Ditangkap Pada Rafizi Satu Kemegahan, Balaci Nak Bising Apa?

  • April 6, 2016 at 5:49 pm
    Permalink

    Orang yg tahu undang2 tapi sengaja melanggarnya patut dikena hukuman berat.

    Reply
  • April 6, 2016 at 8:10 pm
    Permalink

    Hahaaaaa..baru tengok muka dia DTV3 keluar Mahkamah….senyuman org yg bersalah

    Reply
  • April 6, 2016 at 10:18 pm
    Permalink

    apalagi…tangkap dan gantung sapa2 yg kutuk najib…makan dedak byk2 sblom abis

    Reply
  • April 6, 2016 at 11:02 pm
    Permalink

    rafizi kn belajar check sumber… takut kena kencing je. mungkin mula2 kau dapat benda betul.. sbb org nak dapatkan kepercayaan. last2 diberi info x betul. nahas la… lepas nie boleh mohon sebilik dgn anwar

    Reply
  • April 7, 2016 at 11:41 am
    Permalink

    ni kan undang2 umno.

    Reply
  • April 7, 2016 at 12:01 pm
    Permalink

    Kau ni banganglah rockers, undang2 tu undang2 Malaysia dan salah seorang yg mendebatkannya sebelum diluluskan parlimen ialah Rafizi. Sekolah darjah berapa kau?

    Reply
  • April 7, 2016 at 12:58 pm
    Permalink

    goman ea menyerigai, sogonok kono cokau dek polis purak2 kono gari pulak tu, mcm o’ang sotongah jo. kojab jo tu dilopeh polis. masuk kes “aku gurau jo” ado kato eloklah tu tukang fitnah kono cokau, ado yg kato “pencuri bosa” tolopeh “pojuang keadilan” “dizalim” kalu di timur tongah apa2 hal bo’e penodang penampau jopon dulu sampai lobam2… bersyukur lah di M’sia pemerintahan “kuku bosi dan zalim”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *