Pembayaran di Jakel Adalah Untuk Sumbangan Kebajikan

Share

jakel-mallPembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian hari raya anak yatim dan sayap-sayap politik.

Menurut sumber, Perdana Menteri akan meminta Jakel membekalkan pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam dan membayar kepada syarikat terbabit. Selain itu, acara-acara membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.

Malah difahamkan sumbangan permaidani Masjid oleh Perdana Menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal.

Malaysiakini dan beberapa media antarabangsa cuba menonjolkan isteri Perdana Menteri membeli belah dengan begitu boros di Jakel sehingga Perdana Menteri Najib Razak terpaksa membayar lebih AS$14 juta kepada Jakel antara tahun 2011-2014.

Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri. Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan ke semua pakaian tersebut.

Jakel bukanlah gedung membeli belah pakaian mewah seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang memungkinkan hanya beberapa ratus helai pakaian sudah mencecah puluhan juta ringgit.

Sebaliknya kita tahu saban tahun Perdana Menteri, UMNO dan sayap-sayap UMNO, NGO yang mengadakan acara membeli pakaian hari raya untuk anak-anak yatim di Jakel menggunakan sumbangan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Mohd Najib juga sering mengumumkan bantuan dan sumbangan dalam bentuk pakaian dan selimut kepada mangsa bencana alam seperti banjir bukan sahaja dalam negara malah ke negara-negara Asean. Ini semua akan dibayar oleh Mohd Najib kepada pembekal yang antaranya ialah Jakel Trading. – MYKMU.NET

Nota Kaki:

ARKIB : 12/11/2010
Najib makes a personal contribution worth Rp1b for Merapi victims
YOGYAKARTA Nov 11 — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak has made a personal contribution worth Rp1 billion (RM347,000) to help alleviate the suffering of victims of the Merapi volcano disaster.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi handed over the contribution on Najib”s behalf to Sri Sultan Hamengku Buwono X, Sultan Yogyakarta, who is also the governor of Yogyakarta province, here today.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1112&pub=themessenger&sec=Home_News&pg=hn_02.htm#ixzz44qLcJqk7
© Utusan Melayu (M) Bhd

PM Sumbang Baju Kepada 1,600 Pemandu Teksi Kelantan
19 JUN 2011

Oleh Ali Salleh

KOTA BAHARU – Bukti keperihatinan kerajaan Barisan Nasional semakin terselah terhadap rakyat Kelantan apabila seramai1,600 pemandu teksi seluruh Kelantan menerima pakaian seragam yang disumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Pemberian pakaian itu diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan satu majlis yang meriah telah diadakan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyampaikan pakaian tersebut kepada pemandu teksi.
Artikel Penuh

12 thoughts on “Pembayaran di Jakel Adalah Untuk Sumbangan Kebajikan

  • April 4, 2016 at 5:10 pm
    Permalink

    Sebut saja Gedung Kain Jakel,mejoriti rakyat Malaysia tahu PM dan iateri sudah tentu tidak membeli pakaian untk diri mereka sendiri di gedung tersebut.WSJ tak tahu pun Kedai kain Jekel,kalau tidak mereka sudah tentu merasa malu menulis cerita lucu seperti itu.Siapalah yg memberi maklumat begitu pada WSJ.Terdesak benar nampaknya WSJ mahu mendapatkan berita sensasi.Paling teruk terdesak benar geng Mahahtir mahu menumbangkan PM Najib dgn cerita lucu begitu.

    Kes Proton bila pula Mahathir nak jawab?.RM13 billion lebih besar dari 2.6 billion.,tambah pula itu genuine duit rakyat Malyasia bukan derama dari luar.Berapa banyak dari jumlah tersebut di belanjakan pada vendors kroni,yg mengeluarkan parts tidak bermutu dan berharga tinggi?.

    Reply
  • April 4, 2016 at 6:01 pm
    Permalink

    rejim yang tamak kuasa adalah sumber berita untuk wsj yahudi laknat untuk disiarkan dengan tujuan untuk memburukkan malaysia dimata dunia..mereka tahu wsj di akses di merata dunia..wsj yang bersubahat dengan rejim bangsat dinegara ini mana tahu hal dalaman malaysia kalau tidak di upah oleh mereka ..ini kerja dajal terjijik dalam politik malaysia..

    Reply
  • April 4, 2016 at 6:01 pm
    Permalink

    Kunta Kinte.

    Kenapa MyKMU macam mengiyakan sahaja laporan WSJ pasal perbelanjaan PM?

    Kalau mengaku Jakel adalah sumbangan untuk anak yatim dan karpet masjid, perbelanjaan kat Chanel Hawaii, De Grisogono Italy dan Signature Exotic Cars KL itu nak membantu ibu tunggal dan nelayan ke.

    Jangan sokong membawa rebah

    Kita kena pikir balik hujah dan alasan kita dalam membantu PM menepis tuduhan

    Reply
  • April 4, 2016 at 6:24 pm
    Permalink

    Satu lagi tuduhan yg tidak berupa fitnah. Begitu juga dgn pemberian kepada Nazir Razak.

    Alangkah baiknya jika Mohd Najib beri penerangan awal2 lagi mengenai segala sumbangan dan derma yg diterimanya. Kalau dia PM yg prihatin dgn keadaan rakyat, buat satu Yayasan Rosmah kas utk membantu rakyat yg memerlukan. Tentu rakyat puji dan sokong dia tanpa perlu kempen ‘I Love PM’ atau ‘Respect My PM’. Itu cara yg paling baikdan ikhlas utk mendapat rasa hormat dan bangga dari rakyat. Apa yg dibuat mestilah tulus dan telus, baru tiada keraguan akan timbul.

    Sayang dia punya punahsihat2 yg tak tau buat kerja…

    Reply
  • April 4, 2016 at 7:26 pm
    Permalink

    Menurut RPK, BNM yg memberi maklumat palsu pada wsj berkaitan isu derma 2.6 b yg dikaitkan dengan 1MDB itu. Juga BNM mengetahui mengenainya malah BNM yg menyarankan agar ia dibankkan ke akaun Najib. Tapi BNM berpura2 blur fasal hal tersebut kerana terlibat dengan kumpulan ANC. Ia melibatkan 4 pegawai kanan termasuk govenor. Akan ada seseorang yg akan masuk jail.

    Diharap siasatan segera dijalankan terhadap BNM ini dan pihak yg terlibat segera didakwa di mahkamah. Fitnah adalah satu jenayah.

    Reply
  • April 4, 2016 at 8:11 pm
    Permalink

    PM Najib PM pertama salur peruntukan dr akaun sendiri, come on la pm2 sblm ni pn bnyk salur peruntukan utk bdn kebajikan tp mereka salur peruntukan dr jabatan kjaan atau akaun umno bkn akaun peribadi

    Reply
  • April 4, 2016 at 9:48 pm
    Permalink

    Admin, beli baju bermiliyon-miliyon? Jangan lah jadi pandir…

    Reply
  • April 5, 2016 at 2:13 am
    Permalink

    Saya ingin membalas komen Qalam Qabut.
    Cara yg dianjurkan oleh Qalam Qabut agak kelam kabut sikit, kerana Perdana Menteri kita lebih teratur dan lebih cantik gerak kerjanya daripada cara yg dianjurkan oleh Qalam Qabut. PM kita sebagai seorang Hamba Allah yg insaf akan kekerdilan kita, dan sebagai Ulil Amri yg sentiasa insaf akan amanah yg dipikul, tidak berhasrat hendak mengembar gemburkan kerja amal jariah. Elok segala kerja kebajikan dibuat secara senyap2, iaitu tangan kanan yg memberi tidak disedari oleh tangan kiri, itulah sebaik2 pemberian. Bukan style Najib hendak mempromosi diri sebagai seorang yg pemurah, kerana segala kemurahan hati datang dari keinsafan dan keikhlasan, bukan gimik politik sebagaimana yg sering diamalkan oleh negarawan yg pernah memerintah selama 22 tahun. Oleh kerana sifat2 murah hati beliau dan merendah diri, tidak ingin digembar gemburkan kerja amal kebajikan, ada pihak mengambil kesempatan untuk memutarkan kebaikan beliau sebagai pemboros, dgn menggunakan media antarabangsa untuk memburukkan beliau supaya sifat prihatin yg murni itu tenggelam. Tidakkah

    Reply
  • April 5, 2016 at 10:40 am
    Permalink

    Sensible,

    Dana masuk akuan sendiri dn didermakan atas kemurahan hati, adakah ia lebih menunjukan riak seorang individu. Ape guna agensi2 dan badan2 yang ditubuh untuk tujuan2 berikut dermakan saja disana, pasti x menjadi isu mcm hari ini.

    Kepada sman plak proton adalah icon negara, selama jatuh naik proton diorg x pernah buang pekerja x mcm MAS, bab part x bermutu mcmne tuan leh tau tuan pernah wat quality inspection dgn verify manufacturing product ke. Kena gak tgk pemanduan kereta mcmane, ini bkn mesin statik sepanjang masa, ini kereta yg akan bergegar semasa berjalan. Kalo bab mahal 2 lebih ada GST lagi mahal kot brg dia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *