Nallakaruppan 
mahu saman Dr. M

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut ganti rugi ke atas segala kehilangan yang dialami selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1998.

Dakwa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu, beliau telah kehilangan tiga jawatannya iaitu sebagai Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum, Pengarah Kamunting Corporation Bhd dan Pengarah Malaysian Plantations Bhd. setelah dipenjara yang berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu.

Sebagai langkah awal, menurut Nallakaruppan, pihaknya akan berjumpa dengan peguamnya dalam masa terdekat bagi berbincang berhubung tindakan menya­man bekas Perdana Menteri itu.

“Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa permit.

“Setelah diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan, saya telah kehilangan semua terma­suk ketiga-tiga jawatan tertinggi saya. Dr. Mahathir telah meme­rangkap saya sehingga menjadi buruan polis. Beliau adalah puncanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, Dr. Mahathir tidak sepatutnya keluar dari UMNO dan bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat jawatan dalam parti dan kerajaan.

“Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr. Mahathir tidak patut buat tuduhan tidak berasas untuk jatuhkan Datuk Seri Najib. Segala tuduhan hendaklah disiasat dan proses mahkamah mesti dipatuhi. Ja­ngan hancurkan perpaduan rakyat dan negara tanpa sebab. Malah, Dr. Mahathir yang me­ngarahkan saya serang Anwar.

“Tindakan Dr. Mahathir bagaikan menjilat ludah sendiri. Dulu beliau yang suruh saya serang Anwar tetapi sekarang mahu bersekutu dengan PKR pula. Beliau terlalu taksub mahukan anaknya jadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat demikian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan turut menasihatkan Anwar supaya berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir ketika ini.

“Sebagai rakan karib, saya nasihati Anwar berhati-hati dan jangan terperangkap dengan permainan Dr. Mahathir. Anwar perlu ingat suatu ketika dulu Dr. Mahathir yang penjarakan beliau, kalau tidak sudah tentunya Anwar jadi Perdana Menteri sekarang.

“Dulu Dr. Mahathir tidak suka pembangkang, sekarang mahu menyokong pula. Inilah sikap sebenar Dr. Mahathir, Saya berharap Anwar tidak terpedaya lagi dengan agendanya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan esok, Nallakaruppan menyifatkan penglibatan bekas Perdana Menteri itu sekadar mahu mencetuskan kekacauan.

“Itu adalah taktik pembangkang yang sengaja mahu me­nim­bulkan kekacauan, Perhimpunan sedemikian tidak membantu mengukuhkan demokrasi sedia ada di negara ini sebaliknya ha­nya akan mencemarkan imej baik Malaysia di mata dunia,” katanya.

Utusan

9 thoughts on “Nallakaruppan 
mahu saman Dr. M

  • March 27, 2016 at 12:44 pm
    Permalink

    owhhh…baru saya tau…

    “Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa permit.”

    kawan baik rupanya..
    sekarang sudah tada baik la machaaaa…
    siap tuduh anwar menerima 60 juta duit magnum..
    bila anwar saman selesai luar mahkamah..

    ADAKAH BELIAU SATU KAPAL DENGAN MAHATHIR?..

    Reply
  • March 27, 2016 at 12:52 pm
    Permalink

    ini lah sahabat baik…

    Reply
  • March 27, 2016 at 1:48 pm
    Permalink

    kepada MYKMU saya cadangkan orang-orang berikut perlulah dicari utk memperkuatkan najib..
    mereka ini pernah bersama anwar dan sekarang telah kembali kepada UMNO/BN dan perlukan DEDAK..

    1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilanNasional)
    2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, temanrapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegangrahsia Anwar).
    3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zamanReformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
    4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim diKementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
    5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan TimbalanKetua Menteri Pulau Pinang)
    6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru &Pengerusi PKR Pulau Pinang)
    7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekasPeguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik danpenceramah kes-kes anti-murtad)
    8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalamkes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum diLembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
    9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, KetuaPenerangan PKR dan Otai Reformasi)
    10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
    11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan TimbalanPresiden Parti Keadilan Malaysia)
    12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
    13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan,Ketua AMK Johor)
    14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
    15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
    16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
    17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
    18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
    19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
    20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
    21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
    22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
    23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi PerhubunganKeadilan Pahang)
    24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
    25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
    26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
    27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
    28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan WilayahPersekutuan)
    29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
    30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
    31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan NegeriSembilan)
    32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
    33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
    34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
    35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
    36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
    37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKRBahagian Bagan Serai)
    38. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib PresidenPKR)
    39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti KeadilanNasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY,menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan PresidenABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga RuslanKassim.)
    40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
    41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
    42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan MudaKeadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi.
    43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKRKedah).
    44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
    45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (bloggerulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagiDUN Kemayan Parlimen Bera)
    46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
    47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli ParlimenMerbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
    48. N Gobalakrishnan – YB Padang Serai, Kedah.

    Reply
  • March 27, 2016 at 3:34 pm
    Permalink

    Lupa cakap azmi CAI dap INI aku Tanya pada kurang mereka sedar perbuat mereka ITU mereka tak penah buat rusuhan selepas refomasi 1998, aku pelik tun m meroyan selepas Anak dia buang Dari mb Kedah ITU ia nampak sangat, tun m gila nak jadi Anak dia pm.

    Reply
  • March 27, 2016 at 3:40 pm
    Permalink

    Kesian… Bekas-bekas pkr makan dedak ke selama duduk ngan anwar dulu… Rasanya umno tak makan dedak macam mereka… Umno makan nasi..

    Yang dah meninggal dunia pun makan dedak lagi?? Cukup, cukup kesian….

    Reply
  • March 27, 2016 at 11:06 pm
    Permalink

    SUNDAY, AUGUST 17, 2008

    Nik Aziz akui sumpah Saiful ikut syariat Islam

    Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui cara bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan semalam mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Kata beliau, untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

    Menurutnya, mengikut hukum Islam apabila seseorang itu sudah bersumpah dan membatalkan balik sumpahnya, dia dimestikan membayar kafarah atau denda iaitu dengan menyembelih seekor kambing.

    ”Benda ni (mubahalah) bukan boleh dibuat main-main, azabnya cukup pedih walaupun kita nampak di dunia, di akhirat kelak tanggunglah nanti.

    ”Dan walaupun kesalahan itu sudah lepas tetapi itu bukan bermakna orang yang mengangkat sumpah itu sudah selesai tanggungjawabnya di dunia,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Anwar yang merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan borang pencalonan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini.

    Nik Abdul Aziz mengulas tindakan Mohd. Saiful yang bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas mendakwa diliwat oleh Anwar.

    Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

    Turut hadir para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *