Ku Li bukti dirinya orang 
parti berjiwa UMNO

Share

Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau benar-benar orang parti yang berjiwa UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perpaduan antara satu sama lain merupakan kekuatan UMNO ter­utama dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.

“Tindakan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan membuktikan beliau merupakan orang parti berjiwa UMNO kerana tidak mahu melihat perpecahan parti.

“Individu yang menyerang pe­mimpin hanya berniat melemah­kan parti dan memutuskan menggunakan kaedah ini untuk melemahkan UMNO. Jika tidak berpuas hati, lawan atau jatuhkan pemimpin secara demokratik kerana UMNO sendiri mempunyai kaedah pemilihan parti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan soko­ngan penuhnya terhadap Najib.

Deklarasi yang diserahkan kepada Najib itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.

Dalam pada itu, Mohamad Fatmi menjelaskan, pemilihan Najib sebagai Presiden mengikut Perlembagaan UMNO dan berbeza ketika pelantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden.

Katanya, ketika zaman Dr. Mahathir dilantik sebagai Presiden, beliau mesti mendapatkan soko­ngan 30 peratus daripada UMNO bahagian berbeza ketika pelantikan Najib kerana sesiapa yang mahu bertanding jawatan Presiden atau mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hanya perlu meme­nuhi syarat pernah menjadi Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

“Oleh itu, pelantikan Najib dijalankan secara terbuka dan demokratik. Bagaimanapun, mengapa kini ada pihak yang ingin menjatuhkannya kerana jika tidak berpuas hati tunggu sehingga masanya tiba dan lawan secara demokratik,” katanya.

“Mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan UMNO hanya menyusahkan kerana mereka bukan hanya memudaratkan parti tetapi merosakkan negara dan rakyat,” katanya.

Utusan

5 thoughts on “Ku Li bukti dirinya orang 
parti berjiwa UMNO

  • March 27, 2016 at 8:50 am
    Permalink

    Dari blog bangang Jelapang:

    Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

    Nawar Firdaws | March 26, 2016

    Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

    PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

    Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

    “Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

    “Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

    Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

    Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

    “Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

    Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

    “Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

    “Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.

    Reply
  • March 27, 2016 at 6:05 pm
    Permalink

    Dalam proses melancarkan deklarasi Madey, orang tua itu dilihat menghasilkan ramai musuh dari kawan. Dapat ramai seteru berbanding penyokong. Musuh terbaru adalah Ku Li dan Ku Li tidak bersendirian. Ku Li punyai ramai pengikut maka tentunya semua pengikut Ku Li bertukar jadi musuh Madey.

    Madey seorang pejuang yang tidak mengenal putus asa sama saperti NuarBrahim . Madey akan terus lakukan bermacam sama saperti NurBrahim dan helahnya tanggohkan kes. Madey akan gagal sama macam NuarBrahim yang gagal dan sedang asyik dalam bertapaan nya sekarang.

    Reply
  • March 27, 2016 at 8:04 pm
    Permalink

    Tun Mahathir la ni x boleh dipercayai lagi kerana cakapnya sudah berubah2. Tindak tanduknya juga begitu.

    Reply
  • March 27, 2016 at 10:57 pm
    Permalink

    Cara huraian RPK terhadap hubungan 2 individu iaini Madey & Ku Li amat cantik sekali. RPK mulakan dengan andaian seorang pelacur dengan seorang pelanggan. Yang pasti pelanggan perlukan seks sementara pelacur cuma mahu duit.

    Namun Madey & Ku Li diandaikan saperti pertemuan 2 orang pelacur. RPK dedahkan bahgaiman Madey permainkan Ku Li bukan sekali malah berkali2. Berjanji untuk melantik tetapi bila tiba masa, Ku Li dikecewakan. Hingga tiba satu saat Ku Li lawan Madey untuk kerysi nombor satu yang mebawa perpecahan. Pecah pati, pecah penyokong dan lesap diit UMNO 100B lepas itu ditelan Madey. Ye ditelan Madey yang sekarang duduk memekak duit 2.6B, 42M dan beberaoa jumlag rekaan lagi. Dia telah jumlah lebih besar tanpa menjawab soalan tak siapa kisah.

    Kini Madey betul2 kena main oleh Ku Li dan Madey sedar dia kena main kaw kaw oleh Ku Li.

    Apa salah Madey kena main sekali setelah main berkali2 dengan mangsa dia.

    Reply
  • March 28, 2016 at 4:17 am
    Permalink

    Undi tak percaya boleh di lakukan tapi sebab itu ,ku li dia lebih yakin undi tak percaya, jika sokong mejoriti baru najib boleh berundur, tak siapa ikut undi tak percaya dibuat oleh pembangkang ITU, sebab pembangkang minta jawatan bukan2 Dan minta adakan pilihan raya siapa ikut pembangkang ITU, dun bn pun tak ikut pun undi tak percaya sebab ITU undi tak percaya sia2 bakata hadi jadi sia2 sebab dun m menolak undi tak percaya pada najib, APA dicadangkan oleh ku li tindakan betul jika najib tak mendapat sokong mejoriti dun bn baru dia letak jawatan. APA di lakukan oleh Ku li tindakan betul. Tapi bagi tun m dia silap sebab angap mejoriti dun bn sokong najib letak jawatan.

    Jika benar kuli beri cadangan undi tak percaya itu ‘Kita tak boleh salah Ku li ITU APA dia cakap ITU system demokasi sebenar ,tak guna jika pm tak mendapat sokong mejoriti dun dari parti dia sendiri, pm tak boleh buat dasar jika dia tak mendapat sokong dun Dari parti dia sendiri.

    Tun m gagal hasut umno benci pada najib itu , najib masih memegang kuasa dengan sokongan mejoriti bn Dan tak guna undi tak percaya ITU jika dun bn masih sokong najib itu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *