Politik Nyanyuk: Dah Kuli Pulak Yang Kena!!

Share


Mahathir_Tengku-Razaleigh-Hamzah_600

PENULIS mula berfikir bahawa pemecatan bekas ahli UMNO, Mahathir Mohamad dari kerusi Penasihat Petronas ini benar-benar memberi kesan psikologi yang sangat hebat kepada bekas Perdana Menteri yang pernah digelar sebagai Mahafiraun ini.

Sejak dipecat kabinet dari jawatan itu minggu sudah, tidak ada apa logik dibuat Mahathir melainkan merapu belaka.  Setelah cuba meremehkan institusi kehakiman di negara ini dengan saman takmasuk akal ke atas Perdana Menteri kelmarin, Mahathir hari ini mendakwa Tengku Razaleigh (Kuli) sebagai orang yang mencadang agar diadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dah berapa lama sejak rancangan itu (undi tak percaya) gagal, baru sekarang nak sentuh nama Kuli?  Sebab itu penulis kata kena pecat dari Petronas ini ada beri kesan psikologi kepada Mahathir, dahlah dalam keeadaan umur sekarang, sikit sikit hilang kewarasan itu dilihat sebagai biasa.

Kejayaan Deklarasi Kelantan dokongan Kuli yang dikatakan punca Mahathir mula menyerang Kuli itu hanyalah alasan.  Nak tutup Deklarasi Rakyatnya yang bukan saja gagal, malah takde momentum.

Lagipun apa nak hairan orang berubah pendirian, bukankah Mahathir suka macam itu?  Mahathir suka Muhyiddin dari sokong Najib kepada tidak sokong Najib, tapi tak suka bila Kuli pilih untuk sokong Najib berbanding dia?  Kenyanyukkan apakah ini?

Rakyat dah bosan sebenarnya dengan permainan politik Mahathir pembangkang ni.  Dah tiba masa untuk move forward.  Nak ikut cakap Mahathir, apa dan bila yang semuanya jadi betul?  Sampai anak dia dapat jadi Perdana Menteri sajalah kot.



4 thoughts on “Politik Nyanyuk: Dah Kuli Pulak Yang Kena!!

  • March 26, 2016 at 5:54 pm
    Permalink

    Deklarasi ejakulasi pra matang. Baru seminggu lancar dah dengar bunyi cengkerik. Pengundi pembangkang buat bodoh…pemimpin pula terpaksa keluarkan statement bodoh tutup malu. Atas kapasiti apa PH nak campurtangan urusan Umno? Lagi Tun M dpt sokongan pembangkang lagi tambah meluat ahli dgn dia. Ahli bahagian TSMY sendiripun sudah mula berpatah arang gara2 strategi bodoh yg sebenarnya menambah kekuatan Najib. Kalau sebelum ni kekuatan TSMY mungkin berada pd paras terbaik utknya tapi dek kerana deklarasi bodoh dgn puak anti islam DAP ini saya ingat hanya kawasan dia shj yg masih tinggal.

    Maaf guna perkataan bodoh tapi nak buat macam mana dah tak ada pilihan lain. Hu hu.

    Reply
  • March 26, 2016 at 7:33 pm
    Permalink

    Ini mungkin saikoloji murahan supaya Najib dan Ku Li bergaduh. He he he ….apapun yg dibuatnya, rakyat dah bolayan.

    Reply
  • March 26, 2016 at 9:51 pm
    Permalink

    Makin kronik nyanyuk plak madey nih

    Reply
  • March 26, 2016 at 10:42 pm
    Permalink

    Cukup2 lah. Dari 1987 sampai ni dah masuk 2017. 30 tahun cerita pelakon A lawan pelakon B. Anak kelahiran 1987, dah boleh jadi hero / heroin muda tampan jelita boleh kutip jutaan RM di box office. Atau jadi ADUN & ahli parlimen, jadi guru, pengurus dan penguasa, memimpin masyarakat kearah suasana yg lebih baik. Hanya wayang gambar P Ramlee yg tak pudar ditelan zaman.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *